Followers

Ahad, September 27, 2009

Ops Sikap.. Oooopppp!!!

KUALA LUMPUR, 26 Sept. - Sebanyak 12 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap ke-20 semalam, menjadikan jumlah korban akibat kemalangan jalan raya meningkat kepada 222 orang.

Statistik terbaru itu merekodkan lima kematian melibatkan pengguna motosikal, kereta (tiga) dan pejalan kaki (empat).

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, sebanyak 1,003 kes kemalangan dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Katanya, jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi sebanyak 414 kes, diikuti jalan Persekutuan (277 kes), jalan negeri (173 kes), lebuh raya (77 kes) dan jalan-jalan lain (62 kes).

Menurutnya, sehingga semalam, sebanyak 11,783 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 yang berakhir Ahad ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

(Mingguan Malaysia)

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa kadar kemalangan di Malaysia lebih tinggi berbanding di negara-negara Eropah. Tun juga mencadangkan supaya lesen mereka yang terlibat dalam kemalangan digantung selama 3 tahun.

Ketua Polis Negara pula dengan tegas menyatakan bahawa jika hukuman mati dijatuhkan terhadap pesalah jalan raya dilaksanakan belum tentu berjaya mengurangkan kadar kemalangan.

Persoalannya ialah mengapakah kadar kemalangan di negara kita ini begitu tinggi?

Jawapan yang acap kali kita dengar ialah "SIKAP" pemandu itu sendiri. SIKAP memang sukar untuk diubah apatah lagi jika melibatkan seseorang yang keras hati.

Apakah faktor lain? Ada yang mengatakan jalan raya yang tidak sempurna, berlubang sana sini, jalan tidak rata, selekoh tajam dan seribu satu alasan lagi diberikan.

Kelajuan juga menyumbang kepada terjadinya kemalangan. Kenderaan yang dipandu laju agak sukar untuk dikawal jika terjadinya perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Setiap kali musim perayaan maka pihak berwajib akan melancarkan "Ops Sikap" bagi mendidik sikap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu. Ada juga yang mengatakan bahawa Ops Sikap ini sebagai 'Tukang Kira' kadar kemalangan semasa musim perayaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan sentiasa berlaku di negara ini tetapi Ops Sikap hanya tertumpu semasa musim perayaan sahaja. Mengapa tidak diperluaskan pada hari-hari lain?

Kelmarin saya mendapat idea daripada seseorang bahawa salah satu cara untuk mengecilkan kadar kemalangan di negara ini adalah dengan cara menghapuskan insurans semua kenderaan bermotor. Beliau mengatakan bahawa di Indonesia agak sukar untuk kita melihat kemalangan berlaku berbanding di Malaysia walaupun penduduk Indonesia lebih ramai berbanding Malaysia. Menurut sepupu saya yang berada di Banjarmasin, di Indonesia tiada insurans kenderaan bermotor maka apabila berlaku kemalangan mereka perlu menanggung kos baik pulih dengan menggunakan wang sendiri. Rundingan perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam kemalangan tanpa melibatkan pihak polis. Jika pihak polis terlibat maka keadaan akan bertambah rumit.

Persoalannya adakah wajar insurans kenderaan bermotor di Malaysia ini dihapuskan? Cuba bayangkan sekarang ni banyak pemandu memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan pemandu lain. Mereka beranggapan bahawa jika berlaku kemalangan mereka tidak perlu membayarnya kerana telah dilindungi insurans. Jika insurans kenderaan dihapuskan maka kita hanya perlu membayar cukai jalan sahaja, ni lagi jimat. Selain itu mungkin juga kadar kemalangan akan dapat dikurangkan kerana pemandu-pemandu semua akan berhati-hati supaya tidak terlibat dengan kemalangan. Sekarang ini insurans menjadi penyelamat kepada mereka, tetapi bukan penyelamat untuk kemalangan maut.

Perlukah pihak kerajaan mencari penawar kepada penyakit? Yang perlu diatasi adalah punca penyakit itu sendiri.. Adakah wajar insurans kenderaan dimansuhkan?

4 ulasan:

  1. kadang2..

    selain faktor sikap,

    keadaan jalan pon menyumbang pd kemalangan...

    kalo kereta mngkin xtruk sgt

    tp sy sebagai penunggang motosikal memang sgt menghadapi masalah dgn jalan kat highway...

    selain tak rata berlubang sana sini...

    dh bapa kali hampir jatuh n terbabas...

    berpeloh-peloh nk bawa motor pon...

    BalasPadam
  2. Bagi aku,insurans jangan dimansuhkan.Sebab nanti si mangsa tak dapat apa2 pampasan dari pemangsa.Bagi aku,punca kemalangan ialah sikap pemandu yang tak focus masa drive.Macam berkhyalan masa memandu(fiqiran merewang ke lain.So,ade selekoh pun dia nampak lurus atau jalan lurus dia nampak ada selekoh),dok raba awek or isteri kat sebelah,guna handphone,merasakan mereka pandu ferrari walau diaorang tengah pandu kancil standard,dok pakai or repair make up bagi pompuan masa memandu dan paling dahsyat merasakan mereka takkan mati walau diaorang tengah cakap pasal mati masa memandu.Sebab lain aku malas nak tulis lagi.Kang orang kata aku poyo lak walau aku tak kisah.

    BalasPadam
  3. Syuk,ko kena pakai cermin mata bingkai tebal la.Pakai samping dan songkok tinggi.Baru macam dato Onn Jaafar.

    BalasPadam
  4. perli tu..

    bila insurans dimansuhkan maksudnya orang & keluarga yg terlibat akan bertanggungjawab terhadap apa yg berlaku..

    contohnya din memandu dgn cuai sebab leka dgn awek yg dok kat sebelah, jadi dia pun langgar si remie..(rasanya kenal sape remie tu..). Dalam hal ni si din kena bayar semua kos baik pulih termasuk perubatan si remie. Kalau si remie ni mati maka si din ni kena bayar pampasan kat keluarga si remie. kalau dua2 mati maka pihak keluarga kena bertanggungjawab.

    jadi bila tanggungjawab tu diletak kat bahu masing2 ini akan mendidik pemandu2 yg agak ekstrem ini untuk berhemah ketika memandu. bukannya berkhemah dengan beg plastik yg menutupi jenazah mereka.

    apa2 pun ini hanya cadangan & pandangan sahaja.

    ada cadangan lain?

    BalasPadam