Followers

Rabu, September 30, 2009

Tan Sri Isa Samad...

Salam semua...

Barisan Nasional telah memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang. Pengumuman yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendapat sorakan yang gemuruh daripada para tetamu yang hadir.

Banyak pihak mengatakan bahawa Tan Sri Isa bukanlah calon yang sesuai untuk BN kerana penglibatannya dalam politik wang semasa pemilihan UMNO 2004, tetapi (UMNO) akar umbi di Bagan Pinang tetap inginkan beliau menjadi calon BN di sana. Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menyatakan bahawa jika beliau menjadi Tan Sri Isa maka beliau akan menolak untuk dicalonkan di dalam PRK tersebut.

Beliau dikenakan tindakan oleh UMNO kerana terlibat dengan politik wang semasa pemilihan jawatan naib presiden UMNO tahun 2004. Atas sebab itu maka beliau telah di gantung keahlian selama 3 tahun dan hilang jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan. Beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Jempol sehingga tahun 2008 dan tidak dicalonkan semasa pilihanraya umum ke-12.

Banyak pihak yang mempertikai pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang. Apa salahnya? Biarlah dia jadi calon.. Alasan yang kerap kedengaran ialah beliau bekas banduan yang dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti UMNO.

Memang kita sedia maklum bahawa di dalam UMNO wujud politik wang, tetapi adakah hanya Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sahaja yang telibat? Apakah tiada lagi yang terlibat? Saya agak hairan kerana setiap kali pemilihan UMNO akan wujud politik wang dan hanya beberapa orang sahaja yang dikenakan tindakan. Di dalam padang bola mana ada pemain yang tak sepak bola..

Saya tetap dengan pendirian bahawa Tan Sri Isa dan Datuk Ali hanya sebagai kambing hitam yang dijadikan mangsa oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

Tan Sri Isa Samad hanya banduan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan bukannya banduan penjara.

Bekas banduan yang pernah menghuni penjara Sungai Buloh atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan disahkan melakukan perkara diluar tabiee pun boleh bertanding dalam PRK dan menang pulak tu serta berhasrat ingin menjadi perdana menteri, jadi apakah salahnya Tan Sri Isa Samad bertanding dalam PRK Bagan Pinang?

Mungkin BN akan menang.. sama ada majoriti bertambah ataupun berkurangan..

*lawan BN ialah PAS yang meletakkan calonnya iaitu Pesuruhajaya PAS Negeri Zulkefly Mohamad Omar

2 ulasan:

  1. Aku bukan nak bela si Anwar ni, tapi mahkamah dah overturned kes sodomi part 1, jadi secara legalnya, dia ni kira tak bersalah la..

    Kalau part 2, biar mahkamah tentukan...Tapi salah guna kuasa memang berlaku.

    Dulu Hj Hadi dok habaq, kalau nak cuci tong najis, jangan masuk dalam tong tu, nanti abis kena najis kah kah kah

    La ni siapa dok kawan dengan pembawa najis kah kah kah

    Anyway, Langkah Kiri is dead...

    Thanks for reading and commenting..

    BalasPadam
  2. lama tak jumpa hang kat blog ni..

    aku pun bukan nak hentam anwar ni..dah memang hak dia nak buat apa shj yg dia suka..lagi pun keputusan mahkamah masa bebaskan dia adalah 2:1, 2 hakim kata dia tak salah & 1 hakim lagi kata dia salah..

    nantikan kes beliau sekali lagi..

    simpati dengan Nox atas kematian langkahkiri..

    BalasPadam