Followers

Ahad, September 27, 2009

Zakat Fitrah..

Dari sudut bahasa zakat bermaksud keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikkan. Ia disebut zakat kerana dapat mengembangkan harta yang sudah dikeluarkan zakat dan menjauhkannya daripada segala kerosakkan.

Dari sudut syarak pula zakat didefinisikan sebagai sebahagian daripada harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.

Zakat adalah Rukun Islam yang ketiga. Sebahagian kecil harta kekayaan diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin dalam kalangan mereka. Jumlah zakat tidak ditentukan tetapi diserahkan kepada tahap keimanan, kemurahan hati dan perasaan tanggungjawab sesama orang beriman dan kebanyakkannya tertakluk kepada keperluan semasa.

Disebut di dalam Al-Quran surah Al-Muddathir disebut bahawa ahli syurga bertanya kepada ahli neraka mengapa mereka dihumban ke neraka? Lalu mereka menjelaskan bahawa itu berlaku kerana mereka bukan dari golongan yang bersolat dan memberi makan kepada orang miskin.

Kegemilangan pengurusan zakat dapat dilihat ketika pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ketika itu negara Islam amat makmur walaupun reformasi kewangan yang dilakukan oleh beliau mengurangkan pendapatan negara. Pelbagai cukai yang diharamkan oleh Islam telah dihapuskan tetapi tidak menimbulkan sebarang masalah kepada perbendaharaan negara. Malahan rakyat menjadi begitu makmur sehingga sukar untuk bertemu dengan pengemis dan fakir miskin yang berhak menerima zakat.

Diceritakan bahawa Yahya Ibn Sa'id telah dilantik oleh Khalifah Umar Abdul Aziz untuk memungut zakat di Afrika. Apabila zakat sudah dipungut, beliau mencari orang yang berhajat kepada zakat tersebut tetapi gagal menemui walau seorang pun yang layak menerima zakat. Beliau tiada pilihan lain kecuali membeli beberapa hamba dan memerdekakan mereka.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, penerima zakat tidak merasakan perlu menerimanya walaupun terbukti wujudnya golongan yang berhak menerima zakat pada waktu itu. Mereka tidak begitu berhajat kepada harta kekayaan sebaliknya mereka amat beryukur dengan apa yang mereka miliki.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa institusi zakat di Malaysia ini tidak menjadikan pengurusan zakat era Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh terbaik? Mengapa tidak ada perancangan seperti zaman beliau?

Saban tahun kita akan dikhabarkan mengenai sasaran kutipan zakat di setiap negeri. Ada yang mencapai puluhan juta ringgit. Pokok persoalannya disini ialah mengapa masih ramai yang memerlukan bantuan zakat? Tidak makmurkah ekonomi negara kita?

Kemanakah perginya wang-wang zakat yang dikutip? Benarkah wang tersebut diagih dengan telus?

Saya ingin mencadangkan kepada institusi zakat di negara ini supaya bantuan zakat itu disalurkan dengan cara memberi modal perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Adakah masih relevan agihan wang zakat yang disalurkan dalam hanya beberapa ratus ringgit sahaja?

Sudah tiba masanya pengurusan zakat di negara ini mencontohi dengan agresif cara Khalifah Umar Abdul Aziz dalam menguruskan zakat. Jangan kita hanya berbangga mengumumkan kutipan zakat yang berpuluh-puluh dan ratusan juta setiap tahun tetapi kadar kemiskinan masih tinggi.

1 ulasan:

  1. mengikut apa yang saya pelajari , pengagihan zakat adalah mengikut negeri bukan Kelompok negara . ketika ini , Pusat Zakat di seluruh Malysia sedang usaha untuk menyelraskan kutipan zakat.

    jika anda lihat kekurangan itu disesebuah negeri , bukan salah badan kerajaan tetapi salah pengurus zakat di negeri itu .

    tetapi mereka juga manusia seperti kita kadang kala mereka terlepas pandang , anda sebagai UMAT islam yang prihatin .. jika anda kenal golongan2 yg memerlukan , beritahu kepada pusat zakat ketika anda pergi membayar zakat .

    apa yang anda cadng an itu sudah pon terlaksana . Modal perniagaan , menanggung persekolah anak2 yatim dan asnaf , bayar sewa, bil api , bil elektrik dan lain2 .

    tetapi kdang kala timbul , apabila rmah2 asnaf dan anak yatim ini , tidak berdaftar ... mereka2 yg susah itu BUKAN ORANG MALAYSIA .

    BalasPadam