Followers

Isnin, Oktober 19, 2009

16 September cuti umum..

Salam sejahtera..

Hari ini 19 Oktober 2009, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa tarikh 16 September akan dijadikan sebagai cuti umum di seluruh negara bermula tahun 2010. Pengumunan ini telah dilakukan di Persidangan Dewan Rakyat.

Untuk makluman mereka yang kurang peka, tarikh 16 September adalah tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Pembentukan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia akan meraikan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos akan mengingatkan kita kepada perjuangan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Semasa 31 Ogos inilah akan diadakan pelbagai upacara khasnya perarakan. Bagi Hari Malaysia pada 16 September pula akan disambut bagi mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kesenian dan sebagainya.

Sebelum ini ramai dalam kalangan kita yang tidak mengetahui apakah perkara yang sinonim dengan 16 September. Apa yang mereka ketahui hanyalah khabar mengenai peralihan tampuk pemerintahan negara yang dijaja oleh individu berkepentingan. 16 September hanya diketahui bahawa sebanyak 30 ahli parlimen kerajaan 'berbaris' akan menyertai kumpulan 'berpakat' dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Namun begitu 16 September terus berlalu, mimpi hanya tinggal mimpi.Secara peribadi saya rasa negara kita perlu merayakan hari kebangsaan pada 16 September dan bukannya 31 Ogos. Secara peribadi juga saya berpendapat bahawa tarikh 31 Ogos itu hanya tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya tarikh kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak.

Tarikh 31 Ogos tahun ini kita dapat melihat terdapat iklan-iklan yang memaparkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52".. Persoalannya adakah Persekutuan Malaysia telah wujud pada 52 tahun yang lalu?

Perlu diketahui bahawa usia Persekutuan Malaysia baru 46 tahun dan bukannya 52 tahun.

Secara peribadi juga saya amat bersetuju tarikh 16 September dijadikan sebagai cuti umum, yelah siapa tak nak cuti..

Ingatlah bahawa Malaysia berusia 46 tahun dan bukannya 52 tahun..

16 SEPTEMBER = HARI MALAYSIA = CUTI UMUM

7 ulasan:

  1. Ya, baru satu Malaysia.
    Syabas.

    BalasPadam
  2. Terima kasih untuk tidak bersetuju

    Kalau aku kata Malaysia ni sebenarnya dah dirancang wujud sejak 1936,macamana?

    BalasPadam
  3. terima kasih Nox..

    Sama2 The Street Ruffian..aku pun pernah terbaca artikel mengenai nama Malaysia sebenarnya dah wujud pada tahun 1936..tapi aku lupa siapa yang tulis artikel tu

    BalasPadam
  4. Harap anda bertiga dapat berkongsi dgn saya tentang sejarah Malaysia 1936 tu. Kongsi kapada semua yang masih tak tahu lagi.

    BalasPadam
  5. insyaAllah itu tiada masalah din..kita akan bincang perkara ini di persidangan meja bulat yg diwarnai dengan air limau suam, teh tarik dan teh ais..

    masalah utamanya ialah bahan rujukan itu sendiri..saya boleh katakan buku mengenai perkara ini hampir susah nak dijumpai..mengenai '1936' tu pun terjumpa dan terbaca secara tak sengaja dan apabila dicari semula tak jumpa..

    walau apa pun, nama Malaysia memang telah wujud sebelum Tanah Melayu merdeka..

    *saya mengalu-alukan pandangan saudara/saudari jika mempunyai informasi mengenai perkara ini..

    BalasPadam
  6. Salam. Sejarah mesti berpaksi atas fakta.walaupun pahit kita hendak menerimanya terpaksa ditelan juga. contoh mudah dato sri anwar ibrahim pernah jadi tim. perdana menteri. juga timbalan presiden umno. sejarah ini tak perlu disorok dari pengetahuan generasi akan datang.

    BalasPadam
  7. Salam abu muaz..

    saya setuju pendapat saudara.. sejarah itu tetap akan wujud walaupun kita tidak menceritakannya, ini adalah pendapat tokoh falsafah Barat, Leopold Von Ranke..

    contoh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri tu sememangnya tak dapat nak dinafikan kerana namanya sudah tercatat sebagai TPM..soal kes jenayah yang dilakukan tidak akan memadam sejarah negara..

    BalasPadam