Followers

Khamis, Oktober 22, 2009

Minyak : Harga Naik = Naik Minyak..

Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Aspirasi.. Salam Mahasiswa.. Salam Satu Malaysia kepada para pembaca semua..

Hari ini 22 Oktober 2009, akhbar melaporkan bahawa harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$82.00 setong (lebih kurang RM287.00). Laporan menyatakan bahawa harga minyak mentah ini adalah yang tertinggi sejak bulan Oktober 2008.

Di Malaysia, pada awal pengenalan minyak baru RON95 harga yang ditetapkan ialah RM1.75 seliter dan RON97 RM1.80 seliter. RON95 mengantikan minyak RON92.

Sebelum kita beraya pada bulan September lalu harga minyak telah dinaikkan. Bagi RON95 naik kepada RM1.80 seliter dan RON97 naik kepada RM2.05 seliter. Saya sempat 'rasa' minyak baru RON95 dengan harga RM1.75 seliter. Itu pun baru sekali isi, kemudian harga pun naik.

Hari ini juga akhbar melaporkan berita mengenai "Harga Petrol RM300 Seliter!". Di mana agaknya? Ketirisan ada di mana-mana.

Hal ini merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2008. Negeri manakah yang terlibat? Pahang, Pulau Pinang, Perak atau negeri-negeri lain? Anda boleh merujuk akhbar..

Baru saya sedar bahawa harga minyak di Malaysia sememangnya mahal. Apa yang kita perolehi di pasaran sebenarnya lebih murah berbanding harga untuk pejabat-pejabat kerajaan.

Kita sebagai rakyat biasa tidak kira status membeli minyak dengan harga RM1.80 dan RM2.05 seliter, tetapi mereka yang 'di atas' beli minyak dengan harga RM100 hingga RM300 seliter. Sungguh bijak mereka ini kerana mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

Apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana memberi subsidi minyak petrol RON95. Saya secara peribadi sebenarnya kurang berminat untuk menggunakan minyak RON95 kerana minyak baru ini telah mengurangkan prestasi enjin dan menyebabkan enjin yang sudah biasa dengan minyak RON97 'merajuk' sebab tidak sesuai dengan minyak RON95.

6 ulasan:

  1. minyak merajuk xpa..

    jgn org yg merajuk...

    lg susah nk dipujuk..

    huhu..

    BalasPadam
  2. bukan minyak yang merajuk..tapi enjin kereta la..

    enjin kereta kalau merajuk lagi susah sebab kena keluar belanja nak betulkan..tapi kalau orang yg merajuk kita biar je, tak payah nak pujuk2..cari lain je

    BalasPadam
  3. Selagi mana kita bergantung pada minyak selagi itulah masalah tak selesai.

    Tak payah complaint lebih-lebih, terima je lah.

    BalasPadam
  4. Orang merajuk,gi mati ngan dia la..Awak dah besar nak merajuk..Hampeh..hahahahah
    Keta kalu merajuk bermakna kita kuar duit lagi..Tu lagi sadis.Bak kata kapitalis,Duit!Duit!
    Yup,selagi benda ini ada,kita akan terus bergantung walau harganya mahal berlipat ganda sekalipun.Kita tetap akan beli.

    BalasPadam
  5. kalo merajuk cari lain???

    nak ada yg 1 pon susah ada hati nk cari lain

    hahaha..

    dunia semata-mata

    =P

    BalasPadam