Followers

Rabu, Oktober 28, 2009

Terima kasih.. Ini bukan diari umum..

Salam sejahtera..

Kali ini saya ingin menggunakan medium ini sebagai tempat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Saya tidak berminat hendak menulis mengikut siri kerana memeningkan kepala. Inilah penulisan yang agak panjang dan membosankan.

Saya akui terdapat beberapa pihak cuba 'memancing' saya untuk diberikan komitmen ataupun tanggungjawab di dalam sesebuah organisasi. Secara peribadi dan rendah diri saya terpaksa menolak tawaran tersebut atas faktor-faktor peribadi.

Saya mengenali apa itu 'komitmen' sejak sekolah menengah. Walaupun semasa di sekolah rendah saya merupakan ketua pustakawan. Saya masih ingat semasa di tingkatan 2 tahun 2002 saya telah dipilih sebagai pengawas atas cadangan cikgu Zaki dan kekal sebagai pengawas sehingga tingkatan 6 Atas tahun 2007.

Semasa di tingkatan 3 saya menjadi Pengerusi Kelab Kemahiran Hidup di atas kepercayaan Cikgu Hasnah Ibrahim. (banyak lagi jawatan yang saya dah lupa).

Di tingkatan empat saya menjadi Pengerusi Galeri Sejarah. Masa inilah banyak masa saya diluangkan untuk menaikkan semula Galeri Sejarah sekolah. Alhamdulillah, atas penat lelah yang kami berikan, Galeri Sejarah berjaya mendapat tempat ke-3 di Daerah Batu Pahat dan mengalahkan sekolah elit di Batu Pahat. Saya diberikan peranan sebagai pengerusi oleh Cikgu Yahya Suyot, selain sokongan daripada cikgu-cikgu lain seperti Cikgu Salasiah Buniran, Cikgu Hamidah Miskun dan ramai lagi. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang membantu.

Semasa di tingkatan 5, saya telah dipilih sebagai Penolong Ketua Pengawas. Masa itulah saya belajar erti tanggungjawab yang sebenar sebagai seorang pelajar dan membantu ketua. Tanggungjawab itu juga merupakan amanah dan akan menjadi beban jika gagal menguruskan dengan baik. Sebab keaktifan inilah saya telah gagal menyerlah dalam keputusan SPM 2005.

Saya mula bertekad akan menebus kesilapan yang lalu. Semasa di tingkatan 6 Rendah tahun 2006 sekali lagi saya diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Tingkatan Enam (PERTINA) bagi sesi 2006/2007. Jawatan telah diberi maka saya terpaksa laksanakan amanah yang diberi oleh rakan-rakan.

Di tingkatan 6 ini jugalah saya telah menjauhkan diri daripada mereka yang rapat dengan saya terutama dengan cikgu yang selalu membawa saya 'merayap' ke mana-mana.. Pelbagai alasan dicipta tetapi tidak berkesan. Terima kasih kerana mengajar saya 'teknik menipu' (Adobe Photoshop)..

Untuk mengelak saya diberi jawatan sebagai Ketua Pengawas (KP), maka saya telah berunding secara peribadi dengan GPK 1 iaitu Tuan Hj. Tajuddin Mohd Asri. supaya saya tidak dipilih sebagai Ketua Pengawas. Beliau bersetuju dengan permintaan saya.

Walaupun begitu pada awal tahun 2007 saya terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa saya akan dipilih sebagai Ketua Pengawas. Maka saya ambil keputusan tidak mahu menghadiri Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas. Tetapi suka atau pun tidak, saya terpaksa hadir juga kerana dikatakan mereka menunggu kehadiran saya dan jika saya tidak hadir maka mesyuarat tidak akan bermula.

Semasa mesyuarat tersebut saya telah dipilih sebagai Ketua Pengawas. Terima kasih Cikgu Hazizah Yeop Ismail. Walaupun saya cuba menolak tetapi komitmen tetap diberi.

Memegang 2 jawatan tinggi di sekolah sebagai Ketua Pengawas dan Pengerusi PERTINA telah menyebabkan ada yang mengelar saya sebagai gila kuasa. Harus di ingat bahawa saya tidak pernah meminta pun jawatan tersebut.

Saya tertekan.. Maka saya telah cuba untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pengawas. Tapi atas faktor apa?

Pada suatu pagi ada pemeriksaan mengejut diadakan dan saya telah diperiksa di hadapan rakan-rakan saya di kelas (sebenarnya saya tak kisah pun hal ni..). Tekanan sebagai Ketua Pengawas dan 'anak buah' yang tak bertugas telah menyebabkan saya tertinggi suara terhadap Cikgu Latifah Abdul Rahman dan Cikgu Hazizah Yeop Ismail. Nasib baiklah Cikgu Latifah faham situasi saya masa tu.

Selepas itu saya telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pengawas atas faktor kredibiliti sebagai Ketua Pengawas telah tercalar disebabkan pemeriksaan terhadap diri saya. Saya sebenarnya tak kisah pun hal ini, tetapi nak dijadikan sebab untuk meletak jawatan sahaja.

Selepas surat sampai ke tangan GPK HEM, masa itulah pelbagai tekanan lagi saya terima. Cikgu Jailani Gaman yang juga merupakan penasihat PERTINA dan guru kelas saya telah menyatakan rasa terkilan di atas tindakan saya itu. Beliau minta saya tarik semula keputusan tersebut tetapi saya tetap dengan pendirian yang saya ambil. Begitu juga halnya dengan Kaunselor, Puan Rose Dewi. Kaunselor yang amat saya hormat di sekolah itu.

Kemudian saya telah di panggil oleh Guru Disiplin iaitu Cikgu Mahbib Pungut. Beliau juga meminta saya menarik semula keputusan dan menawarkan komputer beliau untuk saya menaip surat menarik semula keputusan. Kemudian beliau memberikan tempoh kepada saya untuk memikirkannya. Saya tetap dengan pendirian saya..

Setelah itu saya telah diarahkan untuk berjumpa dengan GPK HEM iaitu Puan Hjh. Noreha Ahem. Perbincangan seperti ibu dan anak telah diadakan. Beliau telah mula melembutkan hati saya. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya..

Kemudian, saya diminta berjumpa semula dengan Guru Disiplin, Cikgu Mahbib telah memberitahu saya satu perkara yang saya tidak boleh nyatakan di sini dan perkara tersebut telah menyebabkan saya terpaksa untuk melembutkan hati ketika itu. Tetapi masa itu saya tetap dengan pendirian saya.

Suatu peristiwa yang menyebabkan saya rasa bersalah sehingga ke hari ini ialah Cikgu Hazizah Yeop Ismail yang juga Penasihat Lembaga Pengawas telah meminta maaf dengan saya di atas segala kesilapan yang beliau lakukan terhadap saya. Masa itulah saya rasakan bahawa diri ini amat hina kerana membenarkan seorang cikgu yang mendidik anak bangsa merendahkan dirinya dengan meminta maaf terhadap anak muridnya sendiri.

Maka oleh sebab itulah saya telah membuat keputusan untuk menarik semula keputusan yang dibuat walaupun ada yang menghasut supaya tidak menerimanya semula.

Walaupun Cikgu Hazizah telah memaafkan saya, tetapi rasa bersalah dalam diri ini tetap ada. Saya telah menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam' demi untuk melepaskan diri daripada komitmen. Maafkan saya cikgu..

Saya akur dan redha dengan segala kesukaran yang saya terima selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai balasan terhadap diri saya. Saya redha dan saya bersyukur kerana mungkin itu balasan yang saya terima di dunia ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada Cikgu Yusaida Yusof (Mama Yus) dan suami serta Cikgu Salasiah dan suaminya kerana memberikan nasihat kepada saya sepanjang menghadapi cabaran tersebut.

Kepada mereka yang pernah memfitnah saya khasnya mereka yang mengatakan "Syukri terlompat-lompat atas meja, tak matang langsung.." saya maafkan anda kerana anda juga adalah orang yang saya hormat di sekolah itu. (Saya berdiri atas meja untuk memasang bendera Malaysia).

Terima kasih kepada semua pihak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth, Yong Peng. Saya tidak menyimpan dendam kepada mereka yang memfitnah diri dan keluarga saya.

Banyak ilmu yang saya perolehi di SMKDS.. Cabaran hidup dunia realiti yang penuh fitnah telah saya lalui.. InsyaAllah inilah pelajaran untuk saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar.

Kini di USM saya tidak mahu mengulangi peristiwa itu. Berilah jawatan ataupun komitmen itu kepada mereka yang bercita-cita sejak sekian lama.

Maaf kepada semua..

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang panjang ini..

*Blog bukan diari umum..

9 ulasan:

  1. memang jawa belaka nama ckgu ko ye...
    hehhee...

    BalasPadam
  2. zon tempat aku memang ramai jawa..

    orang jawa ajar orang banjar..

    BalasPadam
  3. hari ni kita baca sejarah juga yek..

    hehehe..

    walopon panjang tp xberpeloh-peloh disebabkan hjn sejuk sikit...

    =P

    BalasPadam
  4. rasa sedih sangat bila di ingat semula..

    sedih sebab sy bertindak secara emosi dengan orang yang tidak sewajarnya..

    sedih sebab sy dijadikan bahan fitnah dan kutukan mereka yang gemar makan daging saudara sendiri..

    sy di ajar oleh guru sy untuk menyatakan perkara yg hak (benar) dan menafikan sekeras-kerasnya perkara yg bathil (tidak benar)..

    sy akan terus jadikan perkara ini sebagai prinsip sepanjang hidup ini..

    jika ada yg tidak sependapat, jika ada yg panas punggung dengan kenyataan sy ini..anda harus menyedari bahawa sy tetap akan menyatakan yg hak..

    apa yg di tulis bukanlah fitnah atau hasutan..tetapi kenyataan..

    BalasPadam
  5. kadang2...

    ada org xleh nak terima kenyataan...

    BalasPadam
  6. betul tu Gadis KamDar..

    lazimnya memang ramai yg tak boleh terima kenyataan..

    apabila di tegur mereka melenting.. apabila di beri pendapat mereka kata kita cuba tunjuk pandai..

    "kadang2.." bila diamalkan selalu akan menjadi kebiasaan..

    BalasPadam
  7. Syukri,benda ni semua memakan diri kita sendiri..Aku faham la sebab aku pun sama je..Dibenci cikgu,satu perkara biasa terutama pengawas pemberontak macam kita ni.Kita cuba menegakkan sesuatu yang betul tapi kerana ego diaorang sebagai cikgu,diaorang takkan terima walau mereka akui kebenaran kata-kata kita.Diaorang kalau boleh nak kita jadi kaki angguk,kaki tunduk macam budak-budak skema.Bila kita tegur,diaorang kita melawan dan kurang ajar.

    Aku tengok cikgu-cikgu ni mana-mana sama jek.Sebab apa diaorang jadi macam ni,diaorang saja yang tahu.Kita nak kutuk diaorang lebih-lebih pun tak guna.Sebab tak berkat ilmu kita nanti..Tapi atleast ada gak yang calar keta dan pecah cermin keta..Hahahaha

    Mungkin kalau kita jadi cikgu sok pun,kita akan bersikap macam ni kowt.

    BalasPadam
  8. yg tak mengajar kita tetiba je boleh kata macam2..tak apalah, yg dah lepas tu biarlah..

    tak semua pendidik macam tu, dan tak semua yg dididik pun kaki angguk..

    BalasPadam
  9. sabarlah atok..there a lot of ups and down in our life..everything that happens for a reason..no matter what,life must go on..that's all in the past..no turning back..chaiyok2!!!

    BalasPadam