Followers

Sabtu, Disember 05, 2009

Dilema Melayu - Islam

Salam.. Salam Sejahtera..

Ketika berjalan-jalan sambil membuang masa di Batu Pahat Mall saya singgah seketika di kedai buku Popular yang agak perasan popular.

Kawan-kawan yang lain membelek-belek novel-novel cinta, saya pula lebih gemar meneroka bahagian buku yang lebih serius dan memeningkan kepala.

Ketika sedang mencari sesuatu yang saya sendiri tidak ketahui apakah yang perlu saya cari, tiba-tiba saya ternampak kelibat sebuah buku yang hanya tinggal satu sahaja di rak buku. Buku itu ialah “DILEMA MELAYU – ISLAM”.


Saya tertarik dengan tajuk buku ini kerana hampir sama dengan tajuk buku Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu iaitu “DILEMA MELAYU”.

Buku “DILEMA MELAYU – ISLAM” ini mencungkil banyak perkara dari sudut di 'luar kotak'.

Buku ini mempunyai 39 bab, dan setiap bab menerangkan banyak perkara yang amat penting.

Saya berpuas hati dengan hasil tulisan Pahrol Mohamad Juoi kerana penulisan beliau tidak dipengaruhi sentimen politik.

Banyak kata hikmah yang boleh direnung bersama. Harganya cuma RM30 sahaja.

Amalkan budaya membaca..

3 ulasan:

  1. Apa lagi brader, gunakan blog Candu Minda he he..

    BalasPadam
  2. mm. bunyi macam menarik.
    sapa penerbit?
    nak carila.. :)

    salam kenal.

    BalasPadam
  3. Nox : sabar la bro, rumah aku ni tak ada 3G maklum la tepi bandar kecil..tapi aku dah siapkan 3 ulasan buku untuk Candu Minda..insyaAllah aku tak akan hampakan peminat2 semua..ayat tah apa2 aku ni..

    setiakasih : salam perkenalan, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ni..buku ni memang menarik tapi agak memeningkan kepala sedikit..penerbit buku ni ialah Telaga Biru Sdn. Bhd.

    BalasPadam