Followers

Khamis, Disember 17, 2009

Gejala ponteng di Dewan Rakyat..

Salam.. Salam Sejahtera..

Ponteng dan ponteng lagi. Nampaknya gejala ponteng ini bukan sahaja masalah kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru tetapi masalah ini telah menular ke Dewan Rakyat.

Siapakah yang telah mempengaruhi antara satu sama lain? Adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat terpengaruh dengan pelajar-pelajar sekolah? Atau adakah pelajar sekolah yang terpengaruh dengan YB? Entahlah..

Akhbar melaporkan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara lebih 50 tahun hampir-hampir kehilangan kuasa pada 15 Disember 2009 kerana ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak hadir di Dewan Rakyat semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010.

Peristiwa yang agak bersejarah ini sememangnya perlu direkodkan supaya selepas ini tidak akan ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat ponteng Persidangan Dewan Rakyat.

Undian Bajet 2010 bagi negara diluluskan dengan undian 66 menyokong dan 63 menentang.

Bajet 2010 ini hampir-hampir tidak diluluskan kerana perbezaan undi yang amat tipis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa berdasarkan konvensyen sebuah negara berparlimen jika bajet tidak diluluskan maka kerajaan terpaksa dibubarkan dan pilihanraya terpaksa diadakan.

Selain itu kerajaan juga tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan oleh YAB. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak buat kali pertama sebagai Perdana Menteri kerana tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Akhbar melaporkan undian yang meluluskan Bajet 2010 hanya 66 undi dan menentang ialah sebanyak 63.

Undian yang sepatutnya diterima bagi meluluskan Bajet 2010 ialah sebanyak 139 undi. Hal ini kerana seramai 139 orang Ahli Parlimen yang mendapat kerusi empuk di dalam Dewan Rakyat ialah melalui tiket atau lambang Barisan Nasional.

Perdana Menteri dan Timbalannya sendiri turut hadir di dalam pengundian tersebut. Persoalannya ialah di mana 73 orang Ahli Parlimen yang mewakili BN? Ponteng atau bersikap sambil lewa? Mana tanggungjawab mereka? Ada program yang lebih penting daripada Bajet Negara? Berhenti sahajalah..

Alhamdulillah, kerana 19 Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir semasa pengundian tersebut. Cuba bayangkan jika semua 82 Ahli Parlimen pembangkang hadir sudah tentu Malaysia akan mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat ini.

Kepada Ahli-Ahli Parlimen (BN) yang ponteng semasa pengundian Bajet 2010, jangan terkejut jika penggal ini adalah penggal terakhir YB sebagai Yang Berhormat.

Nampaknya gejala ponteng ini bukan sahaja berlaku di dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti, malahan turut berlaku dalam kalangan mereka yang dipilih bagi mewakili rakyat.

Malangnya...

*Alhamdulillah tak ada pilihanraya.. Daftar bulan Julai tapi nama tak keluar lagi dalam senarai SPR.. Bengang betul..


4 ulasan:

  1. Jawapan mat skema: Jangan kata macam tu, mungkin dia masuk tengok kawasan kew... YB kan banyak undangan. Kena jaga kawasan.. Kalau tak jaga, nanti hilang kerusi. Kalau yang menteri, mungkin dia ada tugas lain samada di luar atau dalam negara.

    Jawapan ala hishamuddin rais: Ko tau la macamana.. Kah! KAh! Kah! Kah!

    Jawapan lain: Jawapannya ada pada dia.

    (Aku malas nak bagi jawapan yang membina lagi buat masa sekarang. Kalau ada idea, aku bagitau lagi.)

    BalasPadam
  2. Salam...Topik ini memang hangat...

    Sangat merbahaya...Sikit je lagi Brader Nuar nak berjaya....Yang ponteng @ lebih tepat yang ada urusan lain,perlu cermin diri...

    BalasPadam
  3. yg penting lepas ni pak najib akan bagi habuan kat mereka yg ponteng..

    BalasPadam
  4. Teringat kt peristiwa masa jumpa bekas ahli parlimen batu pahat... Cara bercakap cukup gah... Tapi kne tukar plak...sebab dia antara ahli parlimen yang paling banyak x dtg bersidang tapi paling banyak ke luar negara...hahahaha..

    harap yang jenis degil x lagi akan jadi perwakilan...amin....

    BalasPadam