Followers

Rabu, Januari 27, 2010

PRKampus - Calon Pilihan

Salam.. Salam Sejahtera..

Kini Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sedang hangat dengan pilihanraya kampus (PRK). Tidak ketinggalan juga di tempat saya menuntut.

Niat di hati tidak mahu mencampuri urusan mereka yang gemar berbakti untuk mahasiswa dan mahasiswi tetapi sebagai warga IPT rasanya wajar untuk saya melakukan telahan atau pun andaian.

Rapat umum yang diadakan merupakan salah satu platform untuk calon-calon yang bertanding memperkenalkan diri di hadapan para penuntut IPT. Di sini kita akan dapat melihat cara berpidato yang ada di dalam diri calon-calon itu sendiri. Saya tidak melihat kepintaran berpidato itu sebagai kebolehan seseorang calon untuk membuat kerja. Yang penting ialah pandai membuat kerja.

(KURANGKAN BERCAKAP, PRESTASI HEBAT)

Rapat umum yang saya hadiri memperlihatkan agak ramai calon yang boleh buat kerja. Walaupun begitu ada juga calon yang di lihat mencontohi imej pembangkang di luar kampus kerana pertikai itu dan ini.

Pada mulanya saya meletakkan diri saya pada kedudukan BEBAS, tetapi apabila melihat penampilan calon yang berpidato sambil menekankan kepada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) saya membuat keputusan terpaksa memilih 'rakan-rakan lama'.

Isu seperti kebajikan, AUKU, WiFi, bas, makanan murah, dan sebagainya pada saya adalah isu yang sentiasa dimainkan setiap kali PRK. Tiada isu lain ke?

Mengenai bas atau di sini dikenali sebagai Komuter, pada saya perlu diperbaiki sama ada perkhidmatannya dari segi ketepatan masa mahupun keadaan bas itu sendiri. Saya tidak tahulah sama ada calon-calon yang memperkatakan mengenai 'bas' ini benar-benar menaiki bas atau lebih selesa menggunakan motosikal ataupun kereta di dalam kampus.

Isu seperti perbelanjaan besar yang dibelanjakan untuk memperbaiki sesebuah bangunan pun dijadikan modal kempen. Apa ni??? Kita nampak sendiri ada bahagian-bahagian yang dah reput dan usang, jadi mengapa ia dijadikan isu??? Aduuuhhhh peninglah kalau ada pembangkang macam ni... Macam mana nak pilih mereka ni....

Adakah kita hendak menerima segulung ijazah di dalam sebuah tempat yang buruk, keadaan keselamatan tidak terjamin, panas dan sebagainya???? Fikirlah sendiri...

PRK kali ini saya dengan penuh rasa tanggungjawab akan turun mengundi sebab PRK yang lepas saya hanya memerhati tanpa perasaan hendak mengundi.

Di antara calon yang saya kenali disebabkan kemesraan sebelum mereka diwar-warkan akan bertanding ialah :
  1. Bazilah binti Mohamad Zaki
  2. Abel Benjamin Lim
  3. Muhamad Nur Hazim bin Mazlan
  4. Muslihah binti Mazlan
Manakala ini pula calon yang dikhabarkan oleh rakan-rakan yang 'berpengaruh' :
  1. Aisyah binti Mohd Marsin
  2. Mohd Faiz bin Omar
  3. Ahmad Wafi bin Sahedan
  4. Vincent
Di antara tujuh nama di atas, satu nama akan terkeluar daripada carta undian.

Apa-apa pun seperti mana yang dikatakan oleh rakan sedaerah dengan saya, Aspirasi tetap Aspirasi. Walaupun wujud perasaan kecewa, tetapi di dalam jiwa tetap Aspirasi.

Saya tetap BEBAS kerana Aspirasi Universiti adalah untuk Mahasiswa.

Dah menang jangan lupa KEBAJIKAN kami...

2 ulasan:

  1. slmt mengundi..!! hari ni kat UTM Skudai pun ade pilihanraya..

    BalasPadam
  2. USM panas malam tadi..riuh dgn suara2 kempen bagi tarik perhatian oleh calon yg bertanding..

    calon di atas mungkin akan isi kerusi2 umum..

    BalasPadam