Followers

Selasa, Mac 15, 2011

"..pelanggan tu RAJA.."

Salam.. Salam sejahtera..

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini (di bawah).

Walaupun yang menjadi mangsa itu adalah kawan tetapi sebagai kawan baik rasanya seperti kita sama-sama menjadi mangsa.

Sekadar rentetan peristiwa. Laporan polis di buat pada 1 Mac 2011 di Balai Polis Sungai Nibong selepas mendapat tahu kehilangan semua wang tunai di dalam akaun Bank Islam dan CIMB. Kemudian di minta pula terus rujuk kepada polis di IPD Timur Laut, Pulau Pinang.

Terima kasih dan tahniah kepada pihak Bank CIMB di USM kerana membantu memberikan dengan penuh lengkap tarikh, masa, dan tempat pengeluaran wang secara tidak sah itu. CIMB terbaiklah..

1 Mac 2011 itu jugalah laporan susulan  yang sama turut dilakukan di Bank Islam  Bayan Baru, Pulau Pinang. Pegawai Bank Islam memberitahu hanya dapat membantu mendapatkan bukti-bukti dalam tempoh maksima 14 hari bekerja. Ketika saya menaip di sini, sudah masuk hari ke-11. Saya ulangi hari ke-11 ya.

Apabila kami pergi ke Bank Islam Bayan Baru dan bertanya mengenai bahan bukti tersebut, pegawai hanya berkata "kami belum dapat apa-apa lagi daripada HQ". Tiga kali pergi berjumpa dan itulah jawapan pegawai tersebut sambil tersenyum sehingga rakan saya menjawab "ini dah hari ke-11, ada 3 hari lagi ya..kalau tak ada siaplah".

Kesian dengan kawan baik itulah maka hari ini dengan penuh berani (berani la sangat kan) saya menghubungi terus HQ Bank Islam di Kuala Lumpur dan bertanya sendiri perkembangan kes tersebut. Macam-macam yang di tanya kepada saya sepertinya kami BODOH sampai tidak membuat laporan polis. Alasan mereka "sepatutnya pihak polis yang berurusan dengan kami dan bukannya individu"

"eehhh helllooooo...dah terang-terang pihak polis suruh kami berurusan dengan pihak Bank Islam dulu, dah ada bukti barulah buka kes". Ini nasihat polis sebab tak nak gelapkan masa depan si pencuri. (sebenarnya dah jadi kes pun) Dua orang yang menjawab telefon tapi jawapan berbeza. Apa daaaaaaaa....tak tahu cakap je la tak tahu..tak pasal-pasal SYUKRI SA'ADON marah orang hari ni..


Sarjan yang membantu kami dalam kes ni pesan, "Hangpa jangan takut dengan orang-orang yang kerja bank ni, kalau depa berlagak hang cakap ja ingat aku nak sangat ka simpan duit dalam bank ni! baik simpan dalam ASB ja..depa pinjam duit kita untuk melabur lepas tu nak berlagak pulak, kita sebagai pelanggan ni raja". Betul juga kata-kata sarjan ni...

Kepada mana-mana pihak yang ada saham dalam Bank Islam atau ada yang bekerja di Bank Islam, atau siapa-siapa yang ada saudara mara (orang banjar kata KULAAN) yang kerja di Bank Islam, tolonglah ya bantu mereka yang menjadi mangsa ni. Janganlah merumitkan keadaan. Kalau boleh tu tak perlulah nak berBIROKRASI sangat dalam kes-kes macam tu.

Kalau mutu perkhidmatan masih sama dan tidak memberikan kepuasan kepada pelanggan, rasanya sudah tiba masanya pihak yang berkenaan tidak menjadikan sesuatu BANK itu sebagai saluran untuk menyalurkan pinjaman dan biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

*Menanti dengan penuh sabar dan debaran.

**Cukup tempoh 14 hari dan masih tiada apa-apa maklum balas maka eloklah perkara ini diheboh-hebohkan ke seluruh MALAYA ini.

6 ulasan:

  1. Bank Islam hanyalah Islam pada nama dan bukan Islam pada cara kerja. Bayangkan kad kredit Bank Islam kalau lbt bayat charge terlalu tinggi sedangkan Bank Yahudi mcm Citibank hanya kenakan RM5 sahaja. Tak ke naya nama nyer.Yg terbaik buat tuan, lanjutkan laporan ini ke Biro Pengaduan Awam dan juga Bank Negara Malaysia.

    BalasPadam
  2. Satu ketika dulu masa nak buka current akaun ade ke pegawai Bank Islam tu tanya ada ke duit nak buka akaun?

    BalasPadam
  3. ada ke patut kalau berurusan di kaunter, "bank islam' charge 1 borang 50 sen. bank yahudi x pulak mcm tu. ni apahal pulak ni. kat mana la etika urusniaga bank islam ni ye!! bank negara tolong jwb!!!

    BalasPadam
  4. terima kasih atas idea tersebut. insyaAllah tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh kawan saya tu..mungkin salah satunya kami akan sebarkan melalui media..

    saya sendiri sudah pindahkan semua duit ke akaun bank lain. sungguh memalukan ISLAM..

    layanan di kaunter pun ada yg main sindir2..tak apalah kalau itu cara mereka bekerja.

    BalasPadam
  5. apa kata kita bako je bank islam tue...sape setuju angkat tangan mcm saya...hehehehehe...

    BalasPadam
  6. hahaaa kamu ni zairee asyik nak membako je kejenyeee..x baik..bawak2 la bersabor ye..

    BalasPadam