Followers

Khamis, Jun 30, 2011

Bersih berjaya! Jangan lupa video seks & kes liwat!!

Salam.. Salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah kerana Bersih sudah berjaya mencapai 'matlamatnya'.

Saya secara peribadi lebih mengenali Bersih 2.0 berbanding Bersih 1.0 yang diadakan sebelum ini.

Kerana apa? Kerana 'publisiti murahan' yang diberikan oleh media-media, sama ada media kerajaan atau pembangkang.

Tindakan lemah pihak berkuasa dalam menangani masalah ini juga menjadi punca Bersih 'berjaya'.

Saya membayangkan, jika Perdana Menteri ketika ini seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, sudah tentu tidak wujud nama yang popular seperti Ambiga.

Saya mengatakan bahawa Bersih 2.0 kali ini berjaya kerana gerakan ini berjaya memecahkan umat Melayu. Di dalam Bersih itu sendiri sudah wujud Melayu Pas, PKR, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Satu kelompok Melayu lagi yang menentang tindakan Bersih ialah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah teraju Ketua Pemudanya iaitu Khairy Jamaluddin. Sebelum ini saya menentang keras tindakan Khairy yang membawa Pemuda UMNO bergerak ke jalanraya kerana beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kabinet.

Satu lagi kelompok yang sejak awal-awal lagi menentang tindakan Bersih berarak di jalanraya ialah Perkasa. Perkasa adalah NGO Melayu yang paling berani dan paling menonjol dalam mempertahankan hak Melayu di negara ini. Saya bangga dengan Perkasa. Perkasa lebih berani berbanding UMNO.

Kelompok yang keempat saya gelarkan sebagai kelompok pendekar. Mahaguru silat sendiri sudah mengeluarkan kenyataan akan mempertahankan keamanan negara ini. Pembaca boleh ikuti kenyataan mahaguru silat ini pada post yang sebelum ini. Agak terkilan apabila ada rakan mempersenda 9 Julai ini akan diadakan pertunjukkan silat kerusi roda. Inilah salah satu baka biadab hasil perjuangan caci maki Pakatan Rakyat dan Pas di Kelantan.

Secara realiti dan secara peribadi saya melihat tindakan Bersih dan tuntutan yang diinginkan oleh Bersih itu adalah sangat bagus. Akan tetapi cara untuk menghantar memorandum kepada pihak istana adalah tidak wajar.

Persoalannya mengapa? Mengapa perlu berarak di jalanraya secara beramai-ramai sedangkan memorandum itu boleh dihantar secara lebih sopan dan tidak menyusahkan orang lain? Adakah ingin membawa saksi yang mencukupi untuk melihat 'aksi' memorandum itu selamat diserahkan kepada pihak istana?

SPR sudah menjawab tuntutan-tuntutan Bersih itu.

Tuntutan Bersih itu ada yang memerlukan pindaan perlembagaan, dan itu bukanlah bidang kuasa SPR.

Maaf saya nyatakan disini bahawa tindakan penyokong-penyokong Bersih yang bertindak secara emosional sebenarnya hanya membaca laporan berita di laman-laman berita yang pro kepada pembangkang. Media-media itu lebih cenderung menyiarkan pertikaian yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang terhadap kerajaan dan SPR, tetapi apabila pihak kerajaan dan SPR menjawab mengenai sesuatu isu seperti yang dibangkitkan oleh Bersih, mereka tidak baca.

Kerana apa? Kerana SPR sudah memberikan jawapan di media arus perdana tetapi mereka lebih suka 'memboikot'. Lebih elok baca semua berita daripada pelbagai sumber untuk mengetahui isu.

Secara jelas, terang dan nyata Bersih telah berjaya memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini. Orang bukan Melayu mencetak/menjual baju KUNING, dan orang Melayu pula membelinya.

Seperkara yang terlintas difikiran saya, isu Bersih ini sebenarnya juga sudah berjaya mengalih beberapa isu besar di dalam negara kita.

Apakah isu itu? Isu rakaman seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat beliau.

Pakar bergelar profesor daripada Amerika Syarikat sendiri sudah pun mengesahkan 99.99% rakaman itu adalah tulen dan pelakunya adalah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sebelum ini pakar daripada Korea Selatan juga menyatakan hal yang sama.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga merupakan anak kepada Ketua Umum PKR dan juga anak kepada Presiden PKR 'memilih' Turki sebagai negara 'contoh'. Saya setuju dengan cadangan beliau itu, sewajarnya juga ayahandanya yang juga 'anugerah tuhan' itu perlu juga mencontohi ahli-ahli parlimen Turki yang mengundurkan diri atas sebab moral dan skandal seks.

Sudah jelas terpampang wajah si 'anugerah tuhan' di dalam rakaman itu, mengapa masih ingin berdalih?


Baiklah, jika video itu adalah rekaan semata-mata, mengapa dinafikan melalui sumpah? Bersumpahlah atas nama Allah S.W.T dan nyatakan bahawa pelaku di dalam video itu bukan beliau. Terlalu banyak berdalih manusia itu. Pelbagai alasan diberikan, yang bagusnya angkat sumpah menjadi ahli parlimen berani pula.


Apa-apa pun Melayu tetap kalah dalam pertarungan ini. Yang berjaya hanya seorang Melayu sahaja iaitu Anwar Ibrahim kerana berjaya mendinginkan isu salah laku seks dan kes liwat beliau, itu pun atas bantuan seorang bukan Melayu.

Rabu, Jun 29, 2011

50 ribu sedia 'bertempur'

Salam.. Salam sejahtera..

Selepas Pengerusi Bersih menyatakan bahawa Perhimpunan Bersih akan tetap diadakan, nampaknya 'perang' benar-benar akan berlaku pada 9 Julai ini.

Yang pasti orang Melayu adalah golongan yang paling rugi dalam perhimpunan tersebut, kerana Melayu berpecah kepada Melayu yang mempertahankan pemerintahan atau cintakan keamanan negara, dan satu puak lagi adalah Melayu yang menyokong manusia (si peneraju) yang pernah mempertikaikan perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi.

Walaupun ada rakan saya menyindir tindakan pertubuhan silat ini, tetapi alasan untuk 'berperang' sudah dijelaskan sendiri oleh mahagurunya.

Ilmu persilatan bukan hanya untuk mempertahankan diri sahaja, tapi demi ALIF, BA, TA - Agama, Bangsa dan Tanah Air.

50,000 pengamal silat sedia 'bertempur'


KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.


Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.


Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.


''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.


''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.


''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.


Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam.


Sumber : Utusan Malaysia

Isnin, Jun 27, 2011

Gendang 'Perang' sudah dipalu!!

Salam.. Salam sejahtera..

Gendang 'PERANG' sudah dipalu oleh Mahaguru..

Kali ini amaran bukan main-main. Amaran ini tidak dikeluarkan oleh Menteri Amaran, tetapi daripada mulut seorang Mahaguru Silat yang berpengaruh.


"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik"


Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin


KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

Ahad, Jun 26, 2011

Orang Islam & Melayu wajib tahu siapa sebenarnya Ambiga?

Salam.. Salam sejahtera..


Orang Islam dan Melayu sewajarnya memahami dan tidak bertindak mengikut hawa nafsu.


Berfikirlah secara waras akan agenda yang sedang direncana oleh musuh Islam.

Jangan kerana hendakkan kuasa maka bergandingan dengan musuh Islam yang secara jelas menolak Islam.


Siapa sebenarnya Ambiga?


KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA



SKMM - Pantau dan bertindak

Salam.. Salam sejahtera..

"Kurangkan berpantun dan berperibahasa, sebaliknya perbanyakkan tindakan yang lebih berfaedah.

Jangan hanya menjadi 'Menteri di mata dan Perdana Menteri di hati'"

Inilah kata-kata atau nasihat daripada Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah terhadap salah seorang menteri kabinet yang senior.

Pada awal bulan ini (Jun), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) telah mempersoalkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman portal berita The Malaysia Insider.

Kita sedia maklum bahawa laman portal berita yang sedia ada kini khususnya The Malaysia Insider dan Malaysiakini sebenarnya dikatakan sebagai laman portal yang neutral dan bebas, tetapi hakikatnya berita-berita yang dilaporkan berunsur provokasi yang mampu mencetuskan masalah perkauman, menghina Raja-Raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin negara.

Persoalan yang wujud kini ialah mengapa tiada tindakan di ambil oleh SKMM terhadap laman portal berita-berita tersebut?

Secara peribadi saya bersetuju dan sependapat dengan JMM yang mengatakan bahawa SKMM sebenarnya bukan sahaja tiada taring tetapi dayus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Malahan tidak keterlaluan untuk mengibaratkan SKMM sebenarnya sudah 'mati pucuk'.

Adakah virus 'amaran' sudah menular ke dalam SKMM?

Sebagai rakyat biasa, kita sewajarnya membaca berita daripada pelbagai sumber. Sama ada media itu pro kerajaan atau pun pro pembangkang, kita sebagai rakyat perlu membaca untuk mengetahui perkara yang terjadi.

Saya hanya hendak menyentuh mengenai laman portal Malaysiakini yang menyediakan ruangan komen pembaca pada setiap laporan beritanya. Belum pernah saya membaca komen-komen diruangan komen itu digunakan sebaik mungkin untuk melontarkan idea alternatif.

Apakah tindakan SKMM terhadap Malaysiakini?

Apakah juga tindakan terhadap AdukaTaruna dan Namewee?

SKMM sewajarnya memantau setiap hasil penulisan sama ada di laman portal berita-berita yang mampu menghasut rakyat khususnya untuk bertindak di luar kawalan. Negara ini mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk membasmi masalah tersebut.

Hari ini surat khabar bukanlah satu-satunya medium untuk menghasut orang lain untuk sama-sama memberontak. Hari ini blog-blog yang berpengaruh dan ramai pembaca juga mampu dikategorikan sebagai 'blog penghasut'.

Oleh sebab itu SKMM sewajarnya memantau dan bertindak terus tanpa menunggu laporan. Rasanya golongan cerdik pandai yang bertugas di Putrajaya dan SKMM mampu berfikir untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin pandangan ini sebenarnya kecil, tetapi jika tidak di ambil perhatian dengan teliti maka ia akan mendatangkan masalah yang besar.

Jika budaya 'menghasut' di alam maya ini mampu dibendung daripada awal, saya yakin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini tidak akan berlaku.

Khamis, Jun 23, 2011

BERSIH kena ugut? SANDIWARA je tu..

Salam.. Salam sejahtera..

Merepek!

Pemimpin BERSIH khabarnya menerima khidmat pesanan ringkas atau SMS yang berbaur ugutan bunuh.

Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh para penyokong BERSIH terutamanya puak-puak pembangang.

Cuba kita pusingkan seketika keadaan.

Umpamakan bahawa Ambiga itu adalah tokoh atau pemimpin dalam Barisan Nasional yang menggerakkan BERSIH demi untuk menuntut pilihan raya yang adil di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS, DAP dan PKR. Kita umpamakan saja, bukan realiti.

Kalaulah sekiranya Ambiga itu di pihak BN dan beliau menerima SMS ugutan itu, saya yakin dengan penuh percaya akan ada suara-suara sumbang daripada pihak Pakatan Rakyat dan para penyokong yang menyokong memBABI buta mengatakan bahawa SMS itu dihantar dan direka oleh mereka sendiri dan bukannya musuh politik.

Maknanya mereka akan mengatakan bahawa SMS ugutan itu hanya sekadar sandiwara BN sahaja untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka ternacam.

Bolehkah saya membuat andaian seperti ini?

Di sini saya bebas menaip asalkan saya tidak mengugut mereka dengan ugutan bunuh.

Malangnya saya seorang Melayu. Jika saya seorang Cina atau India maka saya bebas mengkritik menggunakan kata-kata perkauman.

Hidup BERSIH!!

Saya tetap beranggapan bahawa SMS yang diterima oleh pemimpin BERSIH itu hanya sekadar sandiwara untuk meraih simpati rakyat supaya turun bersama ke jalan raya.

Semua itu hanya SANDIWARA..

Sekian.

Isnin, Jun 20, 2011

Demontrasi 3 'abdul' - BERSIH, Pemuda, Perkasa

Salam.. Salam sejahtera..


BERSIH - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kali kedua ini akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini.


Perhimpunan BERSIH yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga khabarnya akan turut disertai oleh dua kumpulan lagi. Namun begitu dua kumpulan tersebut bukanlah  hendak berjuang bersama satu aliran dengan BERSIH.

Dua kumpulan yang bakal turut serta ialah Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Saya sebenarnya berasa agak pelik apabila Pemuda UMNO dan Perkasa ingin turut sama mengadakan demonstrasi. Pada awalnya saya beranggapan mungkin Pemuda UMNO dan Perkasa ingin berhimpun bersama-sama BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang adil dan menaik taraf demokrasi di negara ini. Rupa-rupanya tanggapan saya itu salah.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa saya tidak setuju dengan tindakan Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Y.B. Khairy Jamalludin yang ingin mengikut langkah sama mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan BERSIH.

Mengapa BERSIH perlu diadakan untuk kali kedua? Saya tidak mengetahui mengenai perkara ini. Mungkin penganjur BERSIH ini mempunyai kepentingan politik mereka sendiri. Saya ulangi, MUNGKIN.

Adakah pilihan raya di negara ini tidak cukup bersih dan adil? Jika pilihan raya di negara ini yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil, mana mungkin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mampu mentadbir negeri Kelantan selama lebih 20 tahun.

Sejarah negara dan sejarah parti pembangkang di negara ini juga telah tercipta pada bulan Mac 2008 apabila PAS, DAP, PKR, dan Bebas berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Selain itu PAS berjaya mengekalkan kuasa pentadbiran di negeri Kelantan dan berjaya menguasai negeri Kedah. DAP pula telah berjaya merampas negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional dan DAP turut menguasai negeri Perak ketika itu walaupun Menteri Besar Perak adalah daripada PAS. PKR pula menguasai Selangor. Negeri Sembilan pula nyaris-nyaris di rampas oleh gabungan Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, persoalannya di sini ialah adakah pilihan raya tahun 2008 itu juga tidak bersih?

DAP juga telah berjaya menambah bilangan kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. Adakah ini juga disebabkan oleh SPR yang tidak bersih dan tidak adil?


Barangkali, apabila Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional barulah mereka akan menganggap pilihan raya negara ini sebagai paling bersih. Maknanya kemenangan besar Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga adalah tidak bersih.

Atas nama demokrasi saya memilih untuk tidak memilih sama ada bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang ingin berhimpun untuk menuntut sesuatu.

Namun begitu, mengapa tidak diadakan di suatu tempat yang lebih sesuai seperti di dalam stadium. Rasanya Stadium Shah Alam yang tersergam indah lebih sesuai dijadikan lokasi perhimpunan BERSIH berbanding di kawasan yang sudah sedia sesak. Setidak-tidaknya penganjur BERSIH boleh membuka ruang niaga untuk para peniaga menjual pelbagai jualan dan menjadikan lokasi perhimpunan seperti mana lokasi 'karnival jom heboh'.

Seperkara yang saya agak terkilan apabila Pemuda UMNO Malaysia kini beralih ke arah tindakan yang agresif. Syukur jika tindakan agresif itu menjurus ke arah berjuang demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air. Akan tetapi mengapa perlu turut sama berdemonstrasi?

Saya melihat Pemuda UMNO kini terlalu mengikut rentak pihak pembangkang. Mengapa Pemuda UMNO tidak melakukan sesuatu untuk mengembalikan sokongan orang muda kepada UMNO? Lihat sahajalah di dalam mesyuarat Pemuda UMNO di peringkat cawangan, terdapat cawangan Pemuda UMNO yang tidak dapat diadakan kerana tidak cukup kuorum. Apakah tindakan Pemuda UMNO untuk mengatasi masalah ini? Saya menulis berdasarkan kepada apa yang saya lihat dan dengar sendiri di kawasan tempat saya membesar di Parlimen Ayer Hitam, Johor.

Saya tetap berpendirian bahawa Pemuda UMNO tidak perlu berdemonstrasi pada 9 Julai ini. Biarlah pihak berkuasa yang melakukan tugas mereka. Kita juga mempunyai menteri yang sudah memberi AMARAN keras kepada pihak penganjur.

Walaupun Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak mempunyai jawatan kabinet, namun itu bukanlah alasan untuk 'mengaktifkan' Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia supaya kerap berdemontrasi di atas jalan raya.


Ketua Pemuda UMNO sendiri sudah memberikan jawapan untuk tetap dengan pendirian asal walaupun telah diberi AMARAN oleh menteri bertanggungjawab. Jika saya Pemuda UMNO, saya tidak akan gentar dengan AMARAN tersebut kerana ia hanya sekadar AMARAN.

Sewajarnya Pemuda UMNO diperkasakan semula supaya lebih mantap dan hebat. Berapa ramai Pemuda UMNO yang mahir berpidato dan berhujah seperti mana Senator Ezam Mohd Nor? Berapa ramai Pemuda UMNO yang boleh dibanggakan dan menjadi pengganti 'Singa UMNO' seperti Allahyarham Syed Jaafar Albar? Hari ini kebanyakkan Pemuda UMNO di peringkat atasan lazimnya lebih berminat dengan projek-projek yang mendatangkan hasil kepada periuk nasi mereka sahaja.

Satu lagi kumpulan yang bakal berdemonstrasi pada 9 Julai ini ialah Perkasa. Saya cukup mengagumi Perkasa kerana Perkasa adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang terkenal dan berjaya memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam di negara ini. Perkasa diibaratkan sebagai alternatif kepada orang Melayu dan Islam kerana kegagalan parti-parti politik Melayu dan Islam dalam memperjuangkan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam di negara ini daripada diperlekeh dan dipersenda oleh orang lain.

Saya mengakui keberanian dan pengaruh yang dimiliki oleh Perkasa. Namun begitu saya beranggapan Perkasa tidak sewajarnya turut serta dalam mengadakan demonstrasi sebagai protes kepada tindakan BERSIH itu.

Apabila tiga kumpulan berentap mengadakan demonstrasi di jalanan, hal ini akan menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa. Biarlah pihak polis hanya menggunakan kuasa pada 9 Julai ini kepada BERSIH dan bukan kepada Pemuda UMNO dan Perkasa. Oleh sebab itu, molek jika sekiranya Pemuda UMNO dan Perkasa tidak terlibat di dalam aktiviti yang akan menyusahkan kebanyakkan warga kota.

Cuba bayangkang, jika ketiga-tiga kumpulan ini mengadakan demonstrasi secara serentak, maka pihak polis terpaksa menyuraikan kesemua mereka tanpa mengira fahaman politik. Jika pihak polis hanya menahan atau menyuraikan para pengikut BERSIH tetapi Pemuda UMNO dan Perkasa tidak di ambil tindakan, maka pihak-pihak lain (terutamanya saya) akan melabel pihak polis sebagai tidak adil kerana bersikap pilih kasih. Sebab itulah saya berasa agak terkesima apabila membaca mengenai AMARAN yang diberikan oleh menteri bertanggungjawab terhadap Pemuda UMNO baru-baru ini.

Secara realitinya, setiap tindakan yang dilakukan akan membawa kesan baik dan buruk. Setiap manusia yang sempurna, memiliki akal fikiran yang dikurniakan oleh-Nya untuk memikirkan kesan dan akibat yang bakal berlaku jika tersalah membuat percaturan.


Oleh sebab itu, marilah kita semua berfikir secara rasional dan bukannya secara emosional.

Sekian.

Ahad, Jun 19, 2011

Komen biadab di laman portal 'NEUTRAL' kononnya..

Salam.. Salam sejahtera..

Sebagai salah seorang daripada puluhan ribu pembaca Malaysiakini, rasanya tidak keterlaluan jika saya mengkategorikan sebahagian besar pembaca yang memberi komen diruangan itu adalah dalam kategori mereka yang beremosi dan tidak bijaksana dalam memberi komen.

Saya bukan hendak menuduh tetapi ini adalah hakikat yang sebenar. Kalau anda tidak percaya silalah baca berita-berita di MALAYSIAKINI dan lihat sendiri komen-komen di bahagian bawah ruangan berita itu.

Salah satu individu contoh terbaik akan kebiadabannya di laman portal yang khabarnya sangat 'neutral' itu adalah lelaki di bawah ini,


Individu ini sesuka hati menggelar Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan gelaran sedemikian. Siapakah lelaki ini? Diharapkan bukan beragama Islam.

Namun begitu ada juga pembaca Malaysiakini yang rasional seperti di bawah ini,


Persoalannya mengapakah tidak menggunakan bahasa yang lebih sopan untuk memberi komen? 

Mengapa lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa yang kesat? 

Bukankah bahasa menunjukkan bangsa?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, silalah ke blog http://satulimatiga.blogspot.com/2011/06/tun-mahathir-dihina-laknatullah-pandi.html

Sabtu, Jun 18, 2011

"Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi"

Salam.. Salam sejahtera..

Di bawah adalah pengakuan yang di buat oleh Y.B. Zulkifli Noordin yang saya copy bulat-bulat daripada Anti-PKR Club.


Zulkifli Noordin buat pengakuan : "Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi"

18/06/11 – “Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.

AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.

Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.

Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.

Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.

Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.

Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.

Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.

Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah.

Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (telivisyen) dia percayalah. Sebab itu orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.

Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? ustaz tv kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.

Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.

Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.

Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.

Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.

Baik, saya dah ada program ceramah apa semua nak buat. Bila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi dia dipecat 2 September.

Sebenarnya, 11 September 1998, saya suddah ada satu jadual ceramah perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.

Anwar tahu itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. Aa’ha besar, memang dah plan dah.

Memang besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada ceramah perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.

Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah ramai.

Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?

Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak ceramah.

Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi telefon Harun Din. Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan. Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.

Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah. Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.

Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah apa semua.

Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.

Dengan keadaan itu ?

Aaa..dia tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang. Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?

Anwar kata, ana berani bersumpah, tapi tak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.

Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.

Saya pergi jumpa sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa, cerita-cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, sama saja.

Cerita..cerita, tapi masa itu kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998. Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang.

Dosa tu banyak.

Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?

Tak..tak, itu tak betul. Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. Kita ceramah di rumah Lokman Noor Adam.

Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka. Saya kata, nak buat apa. Dia (Anwar) kata, minta supaya Datuk Ishak Baharom sokong dia.

Ish..macam mana tu kan. Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpahlah.

Sumpah?

Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.

Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.

Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.

Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.

Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.

Dia tak bercakap?

Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya.

Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.

Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.

Tak spesifik?

Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.

Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?

Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka.

Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.

Termasuk di Masjid Negara?

Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.

Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?

Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.

Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.

Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.

Benda tu, kita percaya tak percaya itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.

Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.

Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?

Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.

Bagaimana pula dengan Wan Azizah?

Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.

YB rapat dengan Wan Azizah?

Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.

Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.

Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.

Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.

Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.

Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.

Zulkifli Noordin : Tidak Mahu Bela Diri, Anwar Ada Senjata Rahsia…

Zulkifli Noordin : Kes Saiful Punca Keraguan Saya Pada Anwar

Zulkifli Noordin : Kenapa Ambiga Perlu Jadi Ketua ?

sumber : AIDC
posted : reez