Followers

Sabtu, Oktober 31, 2009

Budaya membaca akhbar..

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Minggu mengulangkaji adalah minggu yang amat memeningkan, berbeza dengan hari-hari biasa. Suka atau pun tidak, memang kena ulang dan kaji apa yang telah dipelajari selama hampir satu semester ini.

Walaupun pening sebab mengulangkaji tapi masih ada masa untuk baca blog sendiri dan blog-blog lain. Pelik sungguh diriku ini..

Habis saja baca SPU318E Kerajaan Demokratik, saya dapat idea untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Apa tajuknya? Mestilah ada kaitan dengan membaca..

Membaca.. Lazimnya budaya membaca sukar dipisahkan dengan mereka yang masih belajar. Orang tua yang dah pencen pun suka membaca juga. Budaya membaca ini sememangnya sinonim dengan kita yang bergelar pelajar.

Saya teringat kata-kata daripada pensyarah Sains Politik iaitu Dr. Zaini Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa membaca itu tidak semestinya membaca buku, tetapi melihat perbuatan mahupun duduk memerhati tingkahlaku orang lain itu juga boleh dikatakan sebagai membaca.. Bukannya membaca buku tetapi membaca perkara yang lain.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kepentingan kita sebagai pelajar khasnya untuk membaca akhbar. Buku itu semestinya di baca, tetapi akhbar juga perlu dibaca supaya kita mengetahui isu-isu semasa yang terjadi.

Maafkan saya sekiranya saya mengatakan bahawa ramai dalam kalangan pelajar universiti amat ketandusan kefahaman mengenai isu-isu semasa yang terjadi. Apa yang mereka gemari hanyalah berkenaan gosip-gosip para artis berbanding isu-isu semasa negara dan dunia.

Apabila ditanya mengapakah mereka tidak membaca akhbar, mereka akan menjawab "tidak minat..", itu sajalah jawapan yang paling popular setakat ini.

Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, Star, New Straits Times, Sinar Harian dan sebagainya merupakan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita negara dan luar negara. Bukan mahal pun harganya cuma RM1.50 dan RM2.00 untuk hari Ahad. Kalau tidak mampu, boleh baca akhbar-akhbar ini di internet. Kini semuanya di hujung jari anda.

"Ala..surat khabar tu semua kerajaan BN yang kawal, semua cerita dia orang..". Memanglah cerita mereka sebab perlu untuk menyebarkan dasar-dasar mereka. Kalau hendak berita mengenai pembangkang anda boleh beli akhbar Harakah dan sebagainya. Kalau dah tak nak baca cakaplah tak nak baca, tak perlu nak berdalih..

Bapa saya mengajar saya membaca surat khabar sejak sekolah rendah lagi. Sejak itu jika saya tidak membaca akhbar dalam sehari umpamanya saya rasa macam 'bodoh' sebab tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar. "Jangan nak baca intisari rancangan je..." inilah yang bapa saya selalu pesan.

Jadikanlah budaya membaca akhbar ini sebagai amalan bagi menambah ilmu pengetahuan. Jika membuat karangan atau esei itu InsyaAllah maklumat yang diperolehi akan membantu kita.

Contohilah sebahagian rakyat negara Jepun dan Korea Selatan, semasa berada di dalam kereta api atau tren mereka menggunakan masa tersebut dengan membaca akhbar ataupun buku. Kita? "Alaahhhh..peninglah kepala bila membaca dalam kenderaan yang bergerak..". Inilah yang selalu kita dengar.

Saya dalam bas bolehlah membaca tapi dalam kereta tak boleh. Kalau dalam bas senang sebab bukan saya yang memandu bas tu, jadi bolehlah membaca..

*Akhbar - Berita Harian - hanya sekadar hiasan.

**Blog ini bukan ditaja oleh Berita Harian.

Jumaat, Oktober 30, 2009

1 Malaysia..1 Aliran Sekolah..

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Untuk mengelak daripada kontroversi dan cuba untuk tidak memanaskan punggung-punggung pihak tertentu, maka lebih elok saya menulis mengenai isu-isu semasa ataupun politik. Sekurang-kurangnya isu tersebut telah diperkatakan di media massa.

1 Malaysia.. 1 Aliran Sekolah.. 1 Bangsa Malaysia

Banyak pihak dan tidak terkecuali saya cukup tertarik dengan saranan daripada tokoh akademik iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan kaum tercapai. Cadangan beliau ini turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Akan tetapi saranan bagi mewujudkan satu aliran sekolah di negara ini mendapat tentangan daripada pihak Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Malaysia.

Menurut Chow Siew Hon yang merupakan Timbalan Pengerusi Dong Zong, cadangan tersebut tidak boleh diterima kerana setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan termasuklah bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan.

Timbalan Pengerusi Dong Zong itu juga turut menyatakan bahawa terdapat pendekatan lain yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan perpaduan nasional, termasuklah menerusi pelaksanaan politik yang adil dan saksama.

Ada juga pihak yang mengatakan bahawa cadangan Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim itu tidak rasional. Jika mereka tahu mengkritik, saya ingin bertanya adakah mereka mempunyai cadangan lain yang lebih rasional? Jangan hanya tahu mengkritik sahaja tetapi tidak disertakan dengan alternatif.

Saya pernah menulis supaya Malaysia mewujudkan satu aliran sekolah sebelum ini.

YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling unik di dunia kerana mempunyai pelbagai aliran sistem pendidikan. Melayu, Cina dan India mempunyai sekolah masing-masing. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (termasuklah sekolah menengah).

Kita sudah merdeka lebih 52 tahun dan Persekutuan Malaysia sudah wujud lebih 46 tahun, oleh sebab itu sistem pendidikan yang berasaskan kaum ini perlu dirombak semula.

Saya cukup tertarik dengan hujah yang dilontarkan oleh wakil Dong Zong yang mengatakan bahawa setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan tersendiri termasuklah bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan.

Persoalannya, adakah hanya melalui sistem pendidikan sahaja warisan kebudayaan termasuklah bahasa ibunda itu boleh dikekalkan sampai bila-bila?

Jika itulah yang dihujahkan oleh mereka yang membantah maka saya beranggapan bahawa Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak lagi Sekolah Jenis Kebangsaan. Maksud saya di sini ialah kerajaan perlu mewujudkan SJK Iban, SJK Kadazan, SJK Bidayuh, SJK Murut, SJK Dusun, SJK Melanau, SJK Orang Asli, SJK Bajau, (SJK Jawa dan SJK Banjar kalau perlu..). Sebagai orang Melayu berketurunan Banjar saya sendiri tidak mahu bahasa ibunda saya hilang begitu saja. Adakah permintaan saya untuk mewujudkan SJK Banjar itu rasional? Mestilah tidak..

Melentur buluh biarlah daripada rebung. Perpaduan perlu dipupuk sejak daripada sekolah rendah. Jika sudah sampai di universiti memang susah nak di bentuk.

Rombak semula sistem pendidikan yang berasaskan kaum ini dan bentuk semula supaya semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Jika takut sesuatu bahasa ibunda itu hilang kerana SJK tidak ada, maka saya mencadangkan supaya "Sistem Satu Sekolah" itu perlulah mengajar ketiga-tiga matapelajaran. Adalah lebih elok jika bahasa Melayu, Cina dan Tamil dijadikan matapelajaran wajib lulus kepada pelajar-pelajar.

Bagi bahasa-bahasa ibunda yang lain perlulah dijadikan sebagai matapelajaran pilihan, terbuka untuk para pelajar sama ada hendak mempelajarinya atau pun tidak.

Jika bahasa Melayu, Cina dan Tamil dijadikan sebagai matapelajaran teras dan wajib lulus, adalah tidak mustahil suatu masa nanti kita akan dapat melihat pelajar Melayu, Cina dan India akan berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka sendiri ketika mengadakan perbincangan atau sebagainya. Hari ini situasi seperti yang saya nyatakan amat sukar untuk dilihat.

Alangkah indahnya jika kita dapat melihat perbahasan di Parlimen antara YB. Datuk Mohamad Aziz (BN - Sri Gading), YB. Tan Seng Giaw (DAP - Kepong) dan YB. Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) yang masing-masing berbahas dan bertikam lidah dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing serta mereka memahaminya antara satu sama lain. Jika sistem satu sekolah diwujudkan maka perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Ini hanya cadangan dan pandangan saya, terpulang kepada pihak berkenaan yang berkuasa dalam menentukan hala tuju pendidikan negara kita.

Perkara yang elok perlu diteruskan. Bantahan hanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan sahaja.

Khamis, Oktober 29, 2009

Boleh jalanlah.. "Get out you!"

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Berita MalaysiaKini petang ini telah membuatkan saya tersenyum, sebab seorang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang terkenal dengan kelantangannya mendesak supaya dua orang menteri meletak jawatan.
Ahli Parlimen Sri Gading, Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Haji Aziz telah mendesak YB. Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA meletak jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan parti dan imejnya yang telah tercalar.

Selain itu, YB. Datuk Mohamad Aziz juga turut mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Senator Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai seorang menteri.

Datuk Mohamad Aziz menyatakan perkara sedemikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat. Beliau mengatakan bahawa sebagai barisan hadapan kabinet, seorang menteri itu tidak seharusnya hilang kepercayaan anggota parti apatah lagi jika maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat.

Ahli Parlimen Sri Gading Johor itu berkata menteri-menteri tersebut perlu berundur kerana sejajar dengan slogan kerajaan sekarang iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau turut membidas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon kerana tidak menunjukkan prestasi yang baik walaupun bertanggungjawab terhadap KPI (Petunjuk Prestasi Utama).

Beliau turut menggelar Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai pengampu kerana tidak pernah hadir ke Parlimen kecuali apabila Perdana Menteri hadir.

Segala apa yang diperkatakan beliau ini mendapat sokongan ahli-ahli dewan termasuklah pihak pembangkang.

Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Sri Gading berkenaan kerana membangkitkan berkenaan dasar terbaru kerajaan yang mengarahkan supaya semua kenderaan penumpang yang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di PUSPAKOM sebelum memperbaharui cukai jalan.

Sememangnya dasar ini amat menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah. Kereta hari ini bukanlah barang kehendak tetapi sudah menjadi satu keperluan bagi mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga.

Walau apa pun saya amat kagum dan hormat dengan YB. Datuk Mohamad Aziz kerana sejak dulu lagi beliau terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya. Sebagai Ahli Parlimen Sri Gading beliau berani menyatakan perkara yang hak dan bathil. Tauke Cina kaya pun dia 'basuh' sebab nak jaga kepentingan rakyat kawasan dia.

Masa zaman Pak Lah beliau marah Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga masa itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO. Kini beliau desak pula Presiden MCA dan Gerakan berundur daripada jawatan kabinet.

Kita perlukan pemimpin yang tegas dan lantang seperti beliau.

Berani menyatakan yang hak..bukan berpura-pura demi memelihara kuasa politik..

ADUN Keluar Parti Bateri 3A..

Salam Satu Malaysia..Salam Sejahtera..

Berita terkini mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang keluar Parti Bateri 3A..
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Badrul Hisham Abdullah petang ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Pagi tadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meminta beliau meletak jawatan sebagai ADUN kerana menerima aduan daripada rakyat kawasan DUN Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

YB. Badrul Hisham Abdullah diminta meletak jawatan sebagai ADUN kerana kegagalan beliau melaksanakan tugas di kawasan tersebut dan telah mencemarkan imej PKR itu sendiri.

Sebenarnya tindakan YB. Badrul Hisham Abdullah untuk keluar PKR ini telah di jangka sejak beberapa bulan lalu.

Jika beliau meletak jawatan sebagai ADUN maka pilihanraya kecil akan diadakan dan PRK ini akan melibatkan kos yang besar. Masa inilah akan berlaku pelbagai kisah pertengkaran antara puak yang bertanding. Tidak mustahil juga akan berlaku pelbagai bentuk fitnah bagi menyedapkan ceramah..

Apa-apa pun itu hak dia sebagai ADUN yang memenangi kerusi itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri merupakan pelopor kepada 'lompat parti' ini. Tetapi ADUN Pelabuhan Klang dan ADUN-ADUN yang sebelum ini keluar PKR juga tidak lompat parti, mereka hanya keluar Parti Bateri 3A dan nyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Dia nak sokong siapa lagi? Cuma BN je yang ada kat dalam DUN tu..

Apa-apa pun, selamat mengamalkan demokrasi..

Salam demokrasi dan tolak demonstrasi jalanan..

Rabu, Oktober 28, 2009

Terima kasih.. Ini bukan diari umum..

Salam sejahtera..

Kali ini saya ingin menggunakan medium ini sebagai tempat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Saya tidak berminat hendak menulis mengikut siri kerana memeningkan kepala. Inilah penulisan yang agak panjang dan membosankan.

Saya akui terdapat beberapa pihak cuba 'memancing' saya untuk diberikan komitmen ataupun tanggungjawab di dalam sesebuah organisasi. Secara peribadi dan rendah diri saya terpaksa menolak tawaran tersebut atas faktor-faktor peribadi.

Saya mengenali apa itu 'komitmen' sejak sekolah menengah. Walaupun semasa di sekolah rendah saya merupakan ketua pustakawan. Saya masih ingat semasa di tingkatan 2 tahun 2002 saya telah dipilih sebagai pengawas atas cadangan cikgu Zaki dan kekal sebagai pengawas sehingga tingkatan 6 Atas tahun 2007.

Semasa di tingkatan 3 saya menjadi Pengerusi Kelab Kemahiran Hidup di atas kepercayaan Cikgu Hasnah Ibrahim. (banyak lagi jawatan yang saya dah lupa).

Di tingkatan empat saya menjadi Pengerusi Galeri Sejarah. Masa inilah banyak masa saya diluangkan untuk menaikkan semula Galeri Sejarah sekolah. Alhamdulillah, atas penat lelah yang kami berikan, Galeri Sejarah berjaya mendapat tempat ke-3 di Daerah Batu Pahat dan mengalahkan sekolah elit di Batu Pahat. Saya diberikan peranan sebagai pengerusi oleh Cikgu Yahya Suyot, selain sokongan daripada cikgu-cikgu lain seperti Cikgu Salasiah Buniran, Cikgu Hamidah Miskun dan ramai lagi. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang membantu.

Semasa di tingkatan 5, saya telah dipilih sebagai Penolong Ketua Pengawas. Masa itulah saya belajar erti tanggungjawab yang sebenar sebagai seorang pelajar dan membantu ketua. Tanggungjawab itu juga merupakan amanah dan akan menjadi beban jika gagal menguruskan dengan baik. Sebab keaktifan inilah saya telah gagal menyerlah dalam keputusan SPM 2005.

Saya mula bertekad akan menebus kesilapan yang lalu. Semasa di tingkatan 6 Rendah tahun 2006 sekali lagi saya diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Tingkatan Enam (PERTINA) bagi sesi 2006/2007. Jawatan telah diberi maka saya terpaksa laksanakan amanah yang diberi oleh rakan-rakan.

Di tingkatan 6 ini jugalah saya telah menjauhkan diri daripada mereka yang rapat dengan saya terutama dengan cikgu yang selalu membawa saya 'merayap' ke mana-mana.. Pelbagai alasan dicipta tetapi tidak berkesan. Terima kasih kerana mengajar saya 'teknik menipu' (Adobe Photoshop)..

Untuk mengelak saya diberi jawatan sebagai Ketua Pengawas (KP), maka saya telah berunding secara peribadi dengan GPK 1 iaitu Tuan Hj. Tajuddin Mohd Asri. supaya saya tidak dipilih sebagai Ketua Pengawas. Beliau bersetuju dengan permintaan saya.

Walaupun begitu pada awal tahun 2007 saya terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa saya akan dipilih sebagai Ketua Pengawas. Maka saya ambil keputusan tidak mahu menghadiri Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas. Tetapi suka atau pun tidak, saya terpaksa hadir juga kerana dikatakan mereka menunggu kehadiran saya dan jika saya tidak hadir maka mesyuarat tidak akan bermula.

Semasa mesyuarat tersebut saya telah dipilih sebagai Ketua Pengawas. Terima kasih Cikgu Hazizah Yeop Ismail. Walaupun saya cuba menolak tetapi komitmen tetap diberi.

Memegang 2 jawatan tinggi di sekolah sebagai Ketua Pengawas dan Pengerusi PERTINA telah menyebabkan ada yang mengelar saya sebagai gila kuasa. Harus di ingat bahawa saya tidak pernah meminta pun jawatan tersebut.

Saya tertekan.. Maka saya telah cuba untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pengawas. Tapi atas faktor apa?

Pada suatu pagi ada pemeriksaan mengejut diadakan dan saya telah diperiksa di hadapan rakan-rakan saya di kelas (sebenarnya saya tak kisah pun hal ni..). Tekanan sebagai Ketua Pengawas dan 'anak buah' yang tak bertugas telah menyebabkan saya tertinggi suara terhadap Cikgu Latifah Abdul Rahman dan Cikgu Hazizah Yeop Ismail. Nasib baiklah Cikgu Latifah faham situasi saya masa tu.

Selepas itu saya telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pengawas atas faktor kredibiliti sebagai Ketua Pengawas telah tercalar disebabkan pemeriksaan terhadap diri saya. Saya sebenarnya tak kisah pun hal ini, tetapi nak dijadikan sebab untuk meletak jawatan sahaja.

Selepas surat sampai ke tangan GPK HEM, masa itulah pelbagai tekanan lagi saya terima. Cikgu Jailani Gaman yang juga merupakan penasihat PERTINA dan guru kelas saya telah menyatakan rasa terkilan di atas tindakan saya itu. Beliau minta saya tarik semula keputusan tersebut tetapi saya tetap dengan pendirian yang saya ambil. Begitu juga halnya dengan Kaunselor, Puan Rose Dewi. Kaunselor yang amat saya hormat di sekolah itu.

Kemudian saya telah di panggil oleh Guru Disiplin iaitu Cikgu Mahbib Pungut. Beliau juga meminta saya menarik semula keputusan dan menawarkan komputer beliau untuk saya menaip surat menarik semula keputusan. Kemudian beliau memberikan tempoh kepada saya untuk memikirkannya. Saya tetap dengan pendirian saya..

Setelah itu saya telah diarahkan untuk berjumpa dengan GPK HEM iaitu Puan Hjh. Noreha Ahem. Perbincangan seperti ibu dan anak telah diadakan. Beliau telah mula melembutkan hati saya. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya..

Kemudian, saya diminta berjumpa semula dengan Guru Disiplin, Cikgu Mahbib telah memberitahu saya satu perkara yang saya tidak boleh nyatakan di sini dan perkara tersebut telah menyebabkan saya terpaksa untuk melembutkan hati ketika itu. Tetapi masa itu saya tetap dengan pendirian saya.

Suatu peristiwa yang menyebabkan saya rasa bersalah sehingga ke hari ini ialah Cikgu Hazizah Yeop Ismail yang juga Penasihat Lembaga Pengawas telah meminta maaf dengan saya di atas segala kesilapan yang beliau lakukan terhadap saya. Masa itulah saya rasakan bahawa diri ini amat hina kerana membenarkan seorang cikgu yang mendidik anak bangsa merendahkan dirinya dengan meminta maaf terhadap anak muridnya sendiri.

Maka oleh sebab itulah saya telah membuat keputusan untuk menarik semula keputusan yang dibuat walaupun ada yang menghasut supaya tidak menerimanya semula.

Walaupun Cikgu Hazizah telah memaafkan saya, tetapi rasa bersalah dalam diri ini tetap ada. Saya telah menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam' demi untuk melepaskan diri daripada komitmen. Maafkan saya cikgu..

Saya akur dan redha dengan segala kesukaran yang saya terima selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai balasan terhadap diri saya. Saya redha dan saya bersyukur kerana mungkin itu balasan yang saya terima di dunia ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada Cikgu Yusaida Yusof (Mama Yus) dan suami serta Cikgu Salasiah dan suaminya kerana memberikan nasihat kepada saya sepanjang menghadapi cabaran tersebut.

Kepada mereka yang pernah memfitnah saya khasnya mereka yang mengatakan "Syukri terlompat-lompat atas meja, tak matang langsung.." saya maafkan anda kerana anda juga adalah orang yang saya hormat di sekolah itu. (Saya berdiri atas meja untuk memasang bendera Malaysia).

Terima kasih kepada semua pihak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth, Yong Peng. Saya tidak menyimpan dendam kepada mereka yang memfitnah diri dan keluarga saya.

Banyak ilmu yang saya perolehi di SMKDS.. Cabaran hidup dunia realiti yang penuh fitnah telah saya lalui.. InsyaAllah inilah pelajaran untuk saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar.

Kini di USM saya tidak mahu mengulangi peristiwa itu. Berilah jawatan ataupun komitmen itu kepada mereka yang bercita-cita sejak sekian lama.

Maaf kepada semua..

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang panjang ini..

*Blog bukan diari umum..

Korban pertama '1 Malaysia'..

Salam Sejahtera..

Salam Takziah kepada keluarga mangsa..

Semalam satu mayat telah ditemui dan kini operasi mencari dua mangsa masih diteruskan.

Kita tidak tahu sama ada dua lagi mangsa itu masih hidup atau sebaliknya. Walau apa pun marilah kita bersama-sama mendoakan supaya kedua-dua mangsa tersebut dapat ditemui.



Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang lebar mengenai tragedi jambatan yang runtuh itu. Perkara sudah berlaku, jambatan sudah runtuh, 1 nyawa sudah hilang, 2 nyawa masih menjadi tanda tanya, 19 nyawa yang terselamat mungkin trauma dengan peristiwa tersebut. Tapi kita tetap 1 Malaysia.

Cari kontraktor yang membuat jambatan gantung itu, adili mereka dengan sewajarnya. Walaupun jambatan gantung itu adalah sumbangan daripada pihak tertentu tetapi faktor keselamatan perlu diutamakan. Apa ingat jambatan percuma boleh buat sambil lewa?

Lepas ni tak perlu buat jambatan gantung di tempat tersebut, buatlah jambatan konkrit.. Mahal ke? Kalau mahal dan tak mampu, minta sikit bajet buat jambatan ke-2 Pulau Pinang tu.. Ala bukan besar mana pun sungai tu..



Nyawa lebih penting daripada segala-galanya..

Salam Takziah..

Sikap atau tabiat???

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Minggu Mengulangkaji..

Sikap atau tabiat???

Anda fikirkanlah..



Salah siapa? Sebenarnya dalam perkara ini semua pihak salah. Bermula daripada pihak pengeluar produk sehinggalah pengguna akhir produk.

Apabila kita menegur mereka yang melakukan hal seperti ini lazimnya mereka akan menjawab "Saya bayar cukai, duit tu gunalah untuk bersihkan sampah yang saya buang..". Lagi satu ayat power, "Kalau aku tak buang sampah merata-rata nanti ada orang tak ada kerja pulak..". Kalau dah dapat ayat maut macam ni tak payah nak layan lagi la orang tu..

Pemuda ini terkejut melihat sampah..ini bukan kejutan budaya tetapi kejutan sampah.. Bayangkanlah apa akan terjadi jika orang tua yang berpenyakit kronik berada dalam situasi pemuda ini..

Inilah mentaliti dunia ke-3..

Isnin, Oktober 26, 2009

Rojak pun sedap..

Salam Sejahtera..

Ada yang bertanya kepada saya, "Syukri, blog engkau ni aliran apa? Tak ada pengkhususan langsung..berkecamuk..kucar kacir..dah macam rojak.."

Sebenarnya saya tak mengkhususkan blog ini hanya untuk hal-hal tertentu sahaja. Hal-hal politik, isu-isu semasa atau yang bersesuaian akan saya sumbat jika bersesuaian.

Selain itu apa yang terlintas dek pandangan dan perasaan itulah yang akan catat di sini. Bab hati dan perasaan lazimnya kurang saya persetujui kerana bagi saya blog bukanlah 'diari' umum yang sesuai untuk memaparkan isi hati kita kepada orang lain.

Memanglah blog saya macam rojak. Perlu disedari bahawa rojak pun sedap dimakan..

Segala terguran yang membina dan dibuat secara berhemah akan saya layan dengan penuh etika. Terima kasih kepada mereka yang kerap menegur segala apa yang saya catat di blog ini.

Saya akui banyak yang sensitif dan menyebabkan beberapa pihak panas punggung. (jangan main-main dengan punggung)

"Kalau tak kontroversi bukan Syukri la namanya..". Inilah sindiran yang dilontar kepada saya oleh teman akrab di Johor.

Kebenaran adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan.. Seperti mana ubat, pahit-pahit pun boleh meringankan kesakitan..

Bab politik nasional, politik kampus sedikit dan isu-isu semasa telah saya sumbatkan di dalam blog ini.

InsyaAllah saya akan ceritakan pengalaman yang menarik semasa di SMKDS - Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth - Selepas menerima pendapat daripada cikgu saya.

Tapi perlu diingat bahawa saya akan pastikan blog ini todak akan menjadi 'diari' umum..

Khamis, Oktober 22, 2009

Minyak : Harga Naik = Naik Minyak..

Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Aspirasi.. Salam Mahasiswa.. Salam Satu Malaysia kepada para pembaca semua..

Hari ini 22 Oktober 2009, akhbar melaporkan bahawa harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$82.00 setong (lebih kurang RM287.00). Laporan menyatakan bahawa harga minyak mentah ini adalah yang tertinggi sejak bulan Oktober 2008.

Di Malaysia, pada awal pengenalan minyak baru RON95 harga yang ditetapkan ialah RM1.75 seliter dan RON97 RM1.80 seliter. RON95 mengantikan minyak RON92.

Sebelum kita beraya pada bulan September lalu harga minyak telah dinaikkan. Bagi RON95 naik kepada RM1.80 seliter dan RON97 naik kepada RM2.05 seliter. Saya sempat 'rasa' minyak baru RON95 dengan harga RM1.75 seliter. Itu pun baru sekali isi, kemudian harga pun naik.

Hari ini juga akhbar melaporkan berita mengenai "Harga Petrol RM300 Seliter!". Di mana agaknya? Ketirisan ada di mana-mana.

Hal ini merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2008. Negeri manakah yang terlibat? Pahang, Pulau Pinang, Perak atau negeri-negeri lain? Anda boleh merujuk akhbar..

Baru saya sedar bahawa harga minyak di Malaysia sememangnya mahal. Apa yang kita perolehi di pasaran sebenarnya lebih murah berbanding harga untuk pejabat-pejabat kerajaan.

Kita sebagai rakyat biasa tidak kira status membeli minyak dengan harga RM1.80 dan RM2.05 seliter, tetapi mereka yang 'di atas' beli minyak dengan harga RM100 hingga RM300 seliter. Sungguh bijak mereka ini kerana mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

Apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana memberi subsidi minyak petrol RON95. Saya secara peribadi sebenarnya kurang berminat untuk menggunakan minyak RON95 kerana minyak baru ini telah mengurangkan prestasi enjin dan menyebabkan enjin yang sudah biasa dengan minyak RON97 'merajuk' sebab tidak sesuai dengan minyak RON95.

Isnin, Oktober 19, 2009

16 September cuti umum..

Salam sejahtera..

Hari ini 19 Oktober 2009, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa tarikh 16 September akan dijadikan sebagai cuti umum di seluruh negara bermula tahun 2010. Pengumunan ini telah dilakukan di Persidangan Dewan Rakyat.

Untuk makluman mereka yang kurang peka, tarikh 16 September adalah tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Pembentukan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia akan meraikan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos akan mengingatkan kita kepada perjuangan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Semasa 31 Ogos inilah akan diadakan pelbagai upacara khasnya perarakan. Bagi Hari Malaysia pada 16 September pula akan disambut bagi mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kesenian dan sebagainya.

Sebelum ini ramai dalam kalangan kita yang tidak mengetahui apakah perkara yang sinonim dengan 16 September. Apa yang mereka ketahui hanyalah khabar mengenai peralihan tampuk pemerintahan negara yang dijaja oleh individu berkepentingan. 16 September hanya diketahui bahawa sebanyak 30 ahli parlimen kerajaan 'berbaris' akan menyertai kumpulan 'berpakat' dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Namun begitu 16 September terus berlalu, mimpi hanya tinggal mimpi.Secara peribadi saya rasa negara kita perlu merayakan hari kebangsaan pada 16 September dan bukannya 31 Ogos. Secara peribadi juga saya berpendapat bahawa tarikh 31 Ogos itu hanya tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya tarikh kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak.

Tarikh 31 Ogos tahun ini kita dapat melihat terdapat iklan-iklan yang memaparkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52".. Persoalannya adakah Persekutuan Malaysia telah wujud pada 52 tahun yang lalu?

Perlu diketahui bahawa usia Persekutuan Malaysia baru 46 tahun dan bukannya 52 tahun.

Secara peribadi juga saya amat bersetuju tarikh 16 September dijadikan sebagai cuti umum, yelah siapa tak nak cuti..

Ingatlah bahawa Malaysia berusia 46 tahun dan bukannya 52 tahun..

16 SEPTEMBER = HARI MALAYSIA = CUTI UMUM

Khamis, Oktober 15, 2009

Buka Mata, Hati dan Minda.. Rasional

Salam kepada rakan-rakan seperjuangan dan para pengunjung blog ini..

Hari ini terlintas dalam fikiran saya mengenai sesuatu yang mungkin akan dianggap gila dan mustahil berlaku. Kadangkala saya terfikir apakah yang akan saya lakukan jika saya memiliki kuasa di dalam negara yang bernama Malaysia ini? Persoalan yang agak sukar untuk direalisasikan kerana siapalah saya..hanya insan kerdil yang tiada apa-apa.

Di dalam Islam tiada yang mustahil. Siapa sangka buah cempedak pun boleh jadi nangka. Apa yang akan anda lakukan jika anda mendapat kuasa di dalam negara ini? Jangan salah guna kuasa dah la..

Sekiranya saya memiliki kuasa perkara yang ingin saya lakukan ialah mengkaji sumbangan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gerakan berhaluan kiri yang telah cuba berusaha untuk membebaskan tanah air kita daripada penjajahan British. Mungkin idea ini akan mendapat tentangan daripada sesetengah pihak tetapi secara rasional kita perlu mengkajinya.

Kali ini saya nak selit sikit unsur-unsur sejarah.. Saya akui sejarah memang perkara yang membosankan. Kalaulah blog saya ini memaparkan kisah-kisah hiburan dan peribadi, saya yakin mesti ramai yg komen.. Tapi tu semua dunia semata-mata, inilah saya..tak ada manusia yang boleh paksa saya untuk ikut kehendak mereka kecuali mak bapak saya..

Pernahkah kita berfikir mengapakah mereka digelar sebagai berhaluan kiri? Mengapa mereka sanggup menentang British secara gerila?

Hari ini kita mempelajari sejarah yang dicatat oleh mereka yang menang. Seminar sejarah yang saya ikuti di Dewan Budaya USM menyaksikan salah seorang pembentang kertas kerja menyatakan bahawa "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang". Sejak sekolah lagi kita telah dididik mengenai jasa UMNO yang banyak berjasa dalam memerdekakan Tanah Melayu. Saya tidak mahu menafikan jasa UMNO tetapi apa yang kita pelajari di sekolah itu tidak diceritakan secara menyeluruh. Catatan di dalam buku teks itu adalah perkara yang benar tetapi ada kisah yang tidak diceritakan.

Oleh sebab itulah saya telah mengambil keputusan untuk mengambil Sejarah sebagai minor di USM ini. Sememangnya UMNO berjasa dalam menuntut kemerdekaan tetapi sebelum itu wujud gerakan yang telah menentang pihak British. Penentangan dilakukan dengan harapan dapat memerdekakan Tanah Melayu.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin (HM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan sebagainya merupakan institusi atau organisasi yang diharamkan oleh pihak British kerana menentang mereka. Kesemua organisasi ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British. Akan tetapi disebabkan tindakan yang radikal maka pihak British telah mengharamkan pertubuhan-pertubuhan tersebut yang juga dikenali sebagai berhaluan kiri.

Mereka yang dikenali sebagai berhaluan kiri ialah seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Haji Yaakub, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Abdullah CD, Musa Ahmad, Rashid Maidin, Cikgu Mohd. Yusof Ayub, Ibrahim Singgeh dan Ibrahim Karim. Kesemua mereka ini terlibat dalam memimpin gerakan berhaluan kiri untuk menentang penjajahan British.

Gerakan berhaluan kiri ini amat berbeza berbanding gerakan yang berhaluan kanan. Dato' Onn Jaafar merupakan salah seorang pemimpin yang berhaluan kanan dan sanggup berunding dengan British. Gerakan berhaluan kiri tidak berunding dengan British tetapi melancarkan gerakan untuk menghalau British. Hal ini telah tercatat di dalam buku-buku yang kita pelajari.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mempunyai jasa yang besar dalam memerdekakan Tanah Melayu. Kebijaksanaan yang dimiliki oleh Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj secara tidak langsung telah menyebabkan pihak British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Harus disedari bahawa "MERDEKA" adalah slogan kepada PKMM. PKMM merupakan parti yang ditubuhkan terlebih dahulu berbanding UMNO. Ketika awal penubuhan UMNO, slogannya adalah "HIDUP MELAYU" dan kemudian ditukar kepada "MERDEKA". Secara tidak langsung bahawa idea atau semangat untuk memerdekaan Tanah Melayu telah dicetuskan oleh PKMM dan UMNO merealisasikannya.

Apa yang saya ingin tekankan disini ialah kita perlu memberikan penghargaan kepada mereka yang dilabel sebagai berhaluan kiri ini. Pelabelan Haluan Kiri atau Radikal itu bukan diberikan oleh kita tetapi telah diberikan oleh pihak British kerana mereka inilah yang mula-mula membangkitkan semangat untuk merdeka daripada cengkaman British.

Bukanlah saya ingin mempengaruhi sesiapa tetapi eloklah kita merenung kembali sejarah itu. Mengapa kita menafikan sumbangan mereka yang berhaluan kiri ini? Fikirkanlah sendiri.

Tahukah kita di dalam Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri wujud Rejimen ke-10 yang dianggotai oleh orang Melayu. Mengapa mereka menyertai PKM? Jawapan yang kita belum temui ialah mereka berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu secara kekerasan dan berjuang bersama-sama PKM. Jika anda ingin mengetahui cerita yang sebenar, carilah maklumat tersebut..

Haluan Kanan dan Haluan Kiri mempunyai matlamat sama iaitu ingin memerdekakan Tanah Melayu. Yang membezakan mereka ialah bentuk perjuangan sahaja. Misi mereka adalah sama iaitu membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Apakah penghargaan yang wajar diberikan? Bukan pingat "DATUK" yang mereka pinta tetapi cukuplah penghargaan untuk menyatakan rasa terima kasih kita kepada mereka..

*Ini hanya pandangan peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana institusi..

**Mengikut rujukan buku-buku ilmiah dan bukannya dakyah..

***Sebarang kritikan mahupun sindiran amat dialu-alukan..

Kita perlu belajar untuk menghargai apa yang kita ada serta bagaimana susahnya cara untuk mendapatkannya.

Rabu, Oktober 14, 2009

Suruhanjaya Khas..

Suruhanjaya khas pantau gejala fitnah laman web, blog

14/10/2009 5:15pm

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perwakilan Puteri UMNO Kedah hari ini mencadangkan parti itu menubuhkan satu suruhanjaya khas siber bagi memantau laman web dan blog secara lebih serius supaya penyebaran gejala fitnah dapat dibendung.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Norashimah Md. Nowar berkata, gejala fitnah di kalangan pengendali laman web dan blog semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

"Ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah ia bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

"Melalui penubuhan suruhanjaya tersebut, kita berharap identiti penulis laman web dan blog dapat dikesan untuk di bawa kemuka pengadilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul cadangan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Norashimah, penggunaan laman web dan blog harus dimanfaatkan dengan sebaiknya terutamanya generasi muda yang bakal memimpin negara. - Utusan

*************************************************************

Salam Aspirasi kepada Mahasiswa/i dan para pembaca semua..

Saya selaku penulis blog sambilan dan tidak membuat keuntungan melalui blog ini merasakan bahawa cadangan penubuhan suruhanjaya khas bagi memantau blog-blog adalah tindakan yang rasional.

Hari ini kita dapat membaca pelbagai jenis blog yang dihasilkan penulisannya oleh individu mahupun kumpulan yang tidak dikenali. Mereka menggunakan nama samaran dan adakalanya menggunakan kebebasan itu untuk menyebarkan fitnah serta menghina pihak lain.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai blog, jika cadangan ini diterima maka kita kena berhati-hati dengan penulisan yang dihasilkan supaya tidak terjebak kepada penulisan yang berunsurkan fitnah dan jahat.

Ini pandangan saya..apa pula pandangan anda?

Isnin, Oktober 12, 2009

Ini amaran kepada pensyarah!!

Salam Aspirasi dan Salam Perjuangan semua.. Di bawah ini adalah sebahagian petikan daripada Utusan Malaysia. Kepada mereka yang "kadang-kadang" baca surat khabar tu inilah berita yang agak menarik perhatian saya.. Jangan baca hiburan je.

Pensyarah IPT diberi amaran tidak bersikap perkauman

BANGI 11 Okt. - Pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diberi amaran supaya tidak bersikap perkauman ketika mengajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap perkauman perlu dielak kerana ia akan merosakkan mentaliti pelajar dan mengguris hati kaum- kaum tertentu.

''Saya tidak nafikan, individu bersikap perkauman memang wujud di banyak tempat, jadi saya berharap mereka ini berubah dan menanam rasa hormat yang tinggi kepada kaum lain supaya perpaduan dapat selalu dibentuk serta dipupuk.

''Pensyarah adalah individu penting kepada penuntut, jadi mereka perlu menjaga pertuturan supaya tidak memberi contoh buruk,'' katanya.

Mohamed Khaled mengulas aduan yang diterima Utusan Malaysia daripada seorang pelajar sebuah IPTS berhubung sikap perkauman beberapa pensyarah di situ.

Pelajar itu mendakwa, pada setiap sesi kuliah bagi subjek tertentu, pensyarah berkenaan seringkali mengaitkan isu yang diajar dengan sesuatu kaum secara negatif.

Sikap pensyarah berkenaan didakwa memberi tekanan kepada pelajar daripada kaum yang diburukkan itu kerana mereka adalah golongan minoriti di dalam kuliah.

Ujar Mohamed Khaled, mana-mana pelajar yang berdepan masalah sedemikian perlu tampil mengemukakannya secara terus kepada kementerian.

Katanya, kementerian memandang serius jika benar dakwaan itu kerana ia memberi kesan buruk kepada pelajar, IPT dan negara.

''Setiap dakwaan akan dipantau dan jika benar, kementerian akan mengambil tindakan susulan termasuk menasihatkan IPT dan pensyarah ini.

''Namun saya tidak boleh kata adakah kementerian akan pertimbangkan untuk menarik semula lesen IPT ini kerana kami belum tahu sejauh mana kebenaran dakwaan ini,'' katanya.

(Utusan Malaysia, 12 Oktober 2009)

*********************************

Dah baca petikan di atas? Anda faham apa yang saya cuba sampaikan? Isu pokok mengenai pensyarah yang bersikap perkauman ini sudah diperkatakan oleh rakan saya di blognya yang beliau sentuh mengenai pensyarah di salah sebuah IPTA utara semenanjung Malaysia. Tidak perlulah dinyatakan tempat IPTA tersebut kerana setahun yang lalu telah memperoleh status yang hebat daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dengar cerita daripada senior tindakan pensyarah itu telah diadukan kepada pihak atasan IPTA tetapi tidak cukup bukti untuk diambil tindakan.

Secara peribadi saya sendiri pernah diperlekehkan oleh pensyarah tersebut kerana status saya sebagai orang Melayu yang ingin bermajorkan Sains Politik. Dalam hati saya berkata, "apa dia ingat orang Melayu ni tak boleh nak belajar Sains Politik ke? Ingat orang Cina je yang boleh?".

Sebagai pelajar kita perlu berfikir secara positif perkara ini. Kali pertama saya diperlekehkan seperti itu memanglah rasa seperti nak melenting tetapi adalah lebih wajar jika sekiranya kita bertindak mendiamkan diri terlebih dahulu. Memang pensyarah itu bersikap perkauman tetapi tiada bukti untuk dikemukakan kepada pihak atasan.

Semester ini saya tidak mengambil kursus pensyarah tersebut kerana belum bersedia untuk mendengar 'syarahan perkauman' beliau. Insya-Allah jika ditakdirkan mungkin kami akan berjumpa di semester ke-5 nanti. Harap-haraplah dia dah pencen masa tu..

*Yang penting adalah ilmunya.. Macam makan buah, yang elok kita makan la tapi kalau ada yang busuk kita jangan makan.. Untuk elak pembaziran yang busuk tu bagi mereka yang macam pensyarah tu..

**Tiada kena mengena dengan pensyarah Sains Politik yang mengajar Muhammad Syukri Sa'adon, tahun 2.

***Siapa makan cili dia terasa pedas..siapa makan belacan hidung dia gatal, macam....

Ahad, Oktober 11, 2009

Kecil yang menyengat..

Salam perpaduan dan salam satu Malaysia..

Sebagai pelajar major Sains Politik rasanya gatal jari ini jika tidak menaip hal-hal yang berkaitan politik di tanah air sendiri. Jika ada yang kurang senang saya mohon kemaafan..

Hari ini 11 Oktober 2009 bersamaan 22 Syawal 1430 Hijrah telah menyaksikan satu lagi siri pilihanraya kecil (PRK) di Malaysia yang diadakan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. PRK ini memperlihatkan pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

PRK Bagan Pinang merupakan kawasan yang perlu dipertahankan oleh BN kerana penyandangnya iaitu Allahyarham YB. Azman Mohd Nor meninggal dunia.

BN perlu memenangi PRK Bagan Pinang ini kerana telah mengalami kekalahan dalam semua siri PRK di semenanjung Malaysia. Kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang disandangnya juga telah terlepas ke tangan PAS. Hanya PRK di DUN Batang Ai di Sarawak sahaja yang berjaya dimenangi.

Di PRK N31 Bagan Pinang, BN telah meletakkan calonnya iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad. PAS pula meletakkan calonnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan iaitu Zulkefly Mohamad Omar.

Sepanjang tempoh berkempen kita dapat melihat dan membaca di media massa mengenai keganasan dan tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. Tidak kiralah sama ada ianya dilakukan oleh pihak yang berbaris mahupun yang berpakat, BN mahupun PAS.

Pertikaian mengenai calon BN tidak perlu dihebahkan lagi. Cukuplah sekadar mengingat kembali mengenai kes politik wang yang pernah dikaitkan terhadap Tan Sri Isa Samad pada Pemilihan UMNO tahun 2004 sehingga mengakibatkan beliau digantung keahlian selama 6 tahun daripada UMNO dan mengakibatkan beliau kehilangan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Di atas sebab kesetiaan terhadap UMNO yang banyak berjasa kepada beliau maka beliau tidak mengkhianati UMNO dan atas kesetiaan beliau itulah maka hukuman terhadap beliau dikurangkan kepada hanya 3 tahun. Pada tahun 2008 beliau tidak dicalonkan dalam PRU-12.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pula merupakan calon yang diimport daripada luar kawasan Bagan Pinang. Beliau bukanlah anak jati DUN Bagan Pinang. Beliau tidak dikenali di DUN Bagan Pinang kecuali hanya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan supaya BN tidak meletakkan calon yang terlibat dalam politik wang. Walaupun begitu BN tetap mendengar suara hati pengundi Bagan Pinang yang menyatakan hasrat untuk memilih Tan Sri Isa Samad. Rasa kurang senang Tun Dr. Mahathir dapat dilihat apabila beliau sendiri tidak ke Bagan Pinang untuk berkempen.

Seperti mana kata YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan calon BN, "Rakyat Bagan Pinang didahulukan..mana yang rakyat nak itu yang kita beri..".


Hari ini tepat pukul 8.00 malam keputusan rasmi telah diumumkan. Keputusan yang telah diduga apabila slogan Perdana Menteri yang "Rakyat Didahulukan.." telah mengembalikan maruah BN yang tercalar dalam siri PRK sebelum ini. Keputusannya, BN menang dengan majoriti yang besar iaitu 5,435 undi, berbanding majoriti semasa PRU-12 yang lalu iaitu 2,333 undi. Pertambahan majoriti sebanyak lebih 3,000 undi.


Calon BN mendapat 8,013 undi manakala calon PAS hanya mendapat 2,578 undi. Keputusan ini memperlihatkan bahawa calon BN yang dikatakan perasuh itu telah berjaya menarik hati para pengundi Bagan Pinang atas keramahan dan keceriaan beliau serta kecekapan beliau dalam menarik perhatian ketika menyampaikan ucapan.

PAS menang besar di PRK Permatang Pasir sebelum ini kerana BN tersalah meletak calon. Kini BN pula yang menang besar di Bagan Pinang. Apa-apa pun tahniah kepada BN kerana berjaya mengekalkan kerusi N31 DUN Bagan Pinang.

Apakah faktor kemenangan BN? Tolak ketepi dahulu rasuah politik, peruntukan segera yang diluluskan kerajaan pusat dan sebagainya. Kita nilai pada calonnya terlebih dahulu. Tan Sri Isa Samad menjadi MB selama 22 tahun, siapa tak kenal dia? Perwatakan beliau cukup menarik, bukan sahaja comel sebab kerendahan fizikal malahan bijak mengambil hati dan perhatian mereka yang mendengar ucapannya. Gaya penyampaian ucapannya yang bersahaja tanpa banyak retorik yang menjengkelkan. Keramahan beliau sudah sebati dengan penduduk di sana. Kelebihan BN ialah meletakkan calon anak tempatan yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kecil yang menyengat..

Inilah pendirian dan jawapan saya kepada mereka yang mengajukan soalan mengenai PRK Bagan Pinang. Jawapan bertulis..macam jawab kat parlimen pulak..

Khamis, Oktober 08, 2009

Sejarah itu sensitif??

Satu seminar berkaitan sejarah telah diadakan di Dewan Budaya USM pada 8 Oktober 2009, hari Khamis. Tajuk seminar tersebut ialah "Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia : Di Mana Kebenarannya?".

Seminar tersebut dianjurkan oleh Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dan atas kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.

Pihak penganjur telah menghebahkan program atau seminar ini melalui banner yang dipasang ditempat-tempat yang strategik dengan menggunakan ayat yang agak menarik. Selain itu pihak penganjur turut menyebarkan risalah bagi menghebahkan program tersebut.

Bayaran sebanyak RM30.00, RM50.00 dan RM100.00 dikenakan. Para pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

Saya cukup tertarik membaca iklan yang terpampang di papan kenyataan di PP Sains Kemasyarakatan, akan tetapi rasa keberatan apabila melihat bayaran yang dikenakan itu. RM30 boleh buat makan untuk beberapa hari tu.. Tapi selepas difikir-fikirkan, ilmu itu lebih penting dan peluang ini bukannya selalu ada depan kita, maka saya pun mendaftarkan diri untuk turut serta dalam program ni. Ponteng kelas Dr. Loh Koh Wah..

Para pembentang kertas kerja sesi pertama di seminar tersebut nyata tidak membuatkan para pendengar mengantuk. Pembentang kertas kerja tersebut antaranya ialah Prof. Dato' Abu Talib Ahmad (Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Prof. Dato' Nik Anuar Nik Mahmud (UKM), Prof Madya Hj. Abdul Rahman Hj. Ismail (PPIK), Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze (UM), Prof. Dr. Ooi Keat Gin (PPIK) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Haslinda Nik Hussein (PPIK).

Pada sesi yang kedua pula para pembentang ialah Dr. Ishak Saat (PPJarak Jauh), Dr. Azmi Ariffin (PPIK), Encik Mohd. Akbal Abdullah (UTHM), Dr. Anbalakan Kailasam (PPIK) dan dipengerusikan oleh Prof. Ooi Keat Gin.

Seminar bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah bayaran yang dikenakan itu agak mahal tetapi dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi dan makanan yang disediakan itu memang berbaloi. Sejarah yang kita semua pelajari hari ini sebenarnya memang bahan sejarah, akan tetapi apa yang dipelajari selama ini tidak menceritakan sejarah yang sebenarnya. Ada sejarah yang tidak diceritakan. Saya tidak akan menceritakan perkara tersebut di sini kerana ianya agak sensitif.
SEJARAH ITU ADALAH PERKARA YANG SENSITIF.. Inilah yang diperkatakan oleh salah seorang ahli panel.

Peluang seperti ini amat sukar untuk ditemui. Apa yang menjadi persoalan dibenak fikiran saya ialah mengapa para pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tidak mahu merebut peluang ini? Mungkin ada kuliah, bayaran mahal, tak minat, sejarah cerita yang membosankan, dan seribu macam alasan lagi. Hal ini jelas dapat dilihat semasa di Dewan Budaya mungkin hanya kerusi penonton di tengah-tengah sahaja yang penuh jika semua penonton disatukan dalam satu baris yang sama. Amat mengecewakan jika hendak dibandingkan dengan konsert nyanyian.. Saya andaikan kehadiran mungkin hanya 2/5 sahaja yang memenuhi Dewan Budaya tersebut..

Seperkara yang saya tidak puas hati semasa seminar tersebut ialah terdapat dua pelajar yang duduk dibelakang saya asyik bercakap sehinggalah habis sesi yang pertama. Sungguh memalukan apabila beberapa orang guru memandang kebelakang untuk melihat siapa yang berbual tanpa henti itu. Para pembentang kertas kerja membentang kertas kerja di hadapan mereka berdua pula membentang kertas kerja dibelakang. Pelajar tersebut merupakan bakal pendidik yang kini sedang belajar di tahun empat UPSI. Oooohhhhh bakal cikgu rupanya.. Bukan apa, kita datang nak dengar pembentangan tapi mereka ni pula yang bentang kertas kerja secara peribadi. Yang buat saya tak selesa tu ialah dia cakap bahasa Cina, saya dah la tak faham..

Apa-apa pun secara peribadi saya berpuas hati dengan seminar ini. Apa yang kita tidak ketahui selama ini telah dicungkil di dalam seminar ini. Terima kasih kepada Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dr. Nik Haslinda Nik Hussein yang telah memberikan dorongan pelajar minor untuk turut serta dalam seminar tersebut.

DIMANAKAH KEBENARANNYA???

Mahasiswa terlanjur berkempen di Bagan Pinang???


Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa pegawai kementerian pengajian tinggi bersama anggota polis menyerbu pusat gerakan mahasiswa di Bagan Pinang pagi ini.


SMM mendirikan pusat tersebut - yang merupakan sebuah kanopi yang didirikan di tepi jalan di Batu 6 ½ ,Jalan Pantai Teluk Kemang - untuk membawa isu bantahan e-undi dalam pemilihan kampus, sewaktu kempen pilihanraya kecil di situ.

Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata tindakan itu juga dipercayai ada berkaitan dengan kenyataan menteri berkenaan, Datuk Khalid Noordin bahawa pelajar yang berkempen di situ, akan dikenakan tindakan.

Beliau yang tidak berada di situ, dimaklulmkan bahawa pegawai berkenaan, tiba di pusat tersebut pada jam 10.30 pagi.

Kanopi tersebut terletak tidak jauh dari bilik gerakan pilihanraya PAS di situ.

Kakitangan kementerian tersebut, katanya, turut memperkenalkan diri mereka kepada pekerja parti di situ.

Shahni berkata, dia dimaklumkan, apabila menyedari kehadiran mereka, tiga anggota SMM beredar dari pusat itu, dan memerhati dari jauh.

Shazni kata, mereka ternampak pegawai berkenaan bertanya kepada peniaga dekat situ mengenai pusat mahasiswa tersebut.

Katanya, pagi ini, SMM bercadang untuk mengedarkan risalah berhubung bantahan terhadap e-undi sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Berikutan itu, katanya, SMM menangguhkan sementara itu rancangannya untuk mengedarkan risalah tersebut di Bagan Pinang.

"Saya dimaklumkan bahawa mereka berada di pusat itu selama kira-kira sejam sebelum beredar dari situ," katanya.

(Malaysiakini)

Salam semua..

Mahasiswa semakin mengganas. Menteri Pangajian Tinggi kini semakin mudah dipermain-mainkan oleh mereka yang ingin memegang tampuk kekuasaan. Buatlah apa jua program maka golongan-golongan yang senada dengan mereka inilah yang akan membantahnya.

Kenapa bantahan e-undi dalam PRKampus diadakan di PRKecil Bagan Pinang? Suasana di sana sudah cukup hangat, tak payahlah nak menyibuk. Jangan terikut-ikut dengan budaya di luar sana. Bantahan tak perlu dilakukan di Bagan Pinang, jika perlu buatlah bantahan secara berani dengan berdepan secara bersemuka dengan pihak menteri. Mengapa jadi pengecut?

Mengedar risalah mengenai bantahan terhadap e-undi di Bagan Pinang adalah satu pembaziran. Kebodohan yang jelas terpancar ialah adakah pengundi Bagan Pinang turut serta dalam pengundian di kampus? Atau adakah taktik ini sebagai salah satu untuk membantu PAS dalam PRKecil tersebut?

Adalah lebih elok wang yang digunakan untuk mencetak risalah itu mereka gunakan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Di universiti pun ada pelajar yang memerlukan bantuan. Jika tidak pun gunalah wang tersebut untuk membantu mangsa gempa bumi di Indonesia. (cadangan je..tak nak buat pun tak apa..)

Sudah jelas golongan-golongan ini semakin kemaruk kuasa. Adakah golongan seperti ini wujud di USM? Fikif-fikirkanlah..

Isnin, Oktober 05, 2009

Memilih untuk tidak memilih..

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.. Salam juga kepada Mahasiswa yang menjunjung Aspirasi..

Walaupun saya cukup tertekan untuk menyiapkan tugasan Sejarah, tetapi tak tahulah macam mana boleh dapat idea nak buat topik baru ni.. Redakan ketegangan sebentar.

Setiap orang berhak memilih untuk tidak memilih..

Adalah menjadi suatu kesukaran untuk membuat keputusan jika terdapat dua pilihan yang berbeza. Setuju untuk bersetuju ataupun setuju untuk tidak bersetuju. Hal ini menjadi dilema bagi sesetengah pihak untuk membuat keputusan yang dilihat agak sukar kerana melibatkan maruah sesebuah institusi.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Sains Politik USM kerana berpegang kepada keputusan awal yang telah dibuat sebelum ini. Adalah menjadi satu kesukaran dalam membuat keputusan sama ada ingin menjaga hati pihak yang berkepentingan ataupun menjaga hati pihak yang menyumbang kepada aktiviti kelab sendiri.

Keputusan yang dipersetujui secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Sains Politik dilihat sebagai mencerminkan kebijaksanaan dan keserasian dalam menghadapi segala cabaran.

KOMITMEN DAN CABARAN merupakan medium yang dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Kelab Sains Politik jelas mencerminkan kewujudan demokrasi di dalam kelab kita. Keputusan tidak dilakukan oleh Yang Dipertua mahupun pengarah projek, tetapi dilakukan secara sebulat suara dalam kalangan Majlis Tertinggi dan Exco-exco.

Sebarang aktiviti yang dilakukan perlulah ikhlas. Sekiranya kita ingin berbakti kepada masyarakat, maka kita perlulah ikhlas. Adakah keikhlasan itu dapat dilihat? Hanya Allah S.W.T dan mereka yang menerima manfaat daripada kita akan menilainya. Adakah ikhlas kita itu perlu disusuli dengan liputan media? Adakah sumbangan yang diberi kepada golongan tidak berkemampuan perlu diheboh-hebohkan? Dimanakah keikhlasan yang perlu wujud di sini? Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya..

Berundurnya kita dari medan peperangan ini bukanlah bererti kita mengalah, tetapi kita sedang mengumpul tenaga mahupun kudrat untuk menghadapi pertempuran yang lebih hebat tanpa mendapat liputan media..

Yang penting kita tidak menenggek di dahan lain..hanya di dahan kita sendiri. Bukannya kita sombong tetapi kita tidak mahu diri kita menjadi punca kepada kesalahan yang diperolehi oleh mereka.

*Siapalah kita.. Jangan benarkan diri kita dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..

Jumaat, Oktober 02, 2009

Aku cari mana dia...


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kira bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi..

(Tun Abdullah Ahmad Badawi)


Aku cari mana dia anak-anak Johor..

Salam semua..

Di sini saya tidak mahu mencari harta mahupun wang berjuta-juta, kalau boleh saya nak cari kawan-kawan bukan sekadar untuk berfoya-foya..kalau nak loyer buruk pun boleh..

Ok la.. Di sini saya inginkan kerjasama daripada kawan-kawan khasnya anda sebagai pembaca blog ini untuk memberikan kerjasama kepada saya. Kerjasama?? Kerjasama tu maknanya kita kena kerja dulu baru boleh bersama-sama.. (abaikan hal yang merapu ni..)

Di sini saya ingin meminta kerjasama daripada anda semua selaku penuntut yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang (kampus Induk) untuk memberikan kerjasama seandainya anda merupakan anak jati negeri Johor Darul Ta'zim.

Sekiranya anda merupakan anak jati negeri Johor atau anda berasal daripada negeri Johor ataupun darah di dalam badan anda itu mempunyai kaitan dengan negeri Johor, saya meminta anda semua untuk menghubungi saya atas urusan-urusan yang tertentu.

Di USM mempunyai banyak persatuan anak-anak negeri. Persatuan anak negeri Johor dikenali sebagai Ikatan Mahasiswa Johor ataupun IKMAR.. Oleh sebab-sebab yang tertentu maka saya meminta kerjasama daripada anda semua sama ada anda merupakan anak kelahiran negeri Johor ataupun anda mengenali sesiapa jua yang merupakan anak kelahiran negeri Johor, saya minta sila berhubung dengan saya untuk urusan yang berkenaan. Untuk rekod..

Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih..

*Hubungi saya di andinmss88@yahoo.com (YM pun boleh)

**Sertakan nama penuh, no.ic, no. matriks, jurusan, alamat tetap, dan yang berkaitan

***Saya cuma menggunakan kemudahan yang sedia ada sahaja.. Diharapkan tidak ada yang menggelar saya sebagai orang yang mempunyai semangat kenegerian yang tebal.. Yang penting saya tidak taksub mahupun fanatik terhadap sesuatu perkara..

Terima kasih..

Wassalam...