Salam.. Salam sejahtera..
Esok 9 Julai 2011 bersamaan 7 Syaaban 1432 Hijrah.
Ramadhan pula akan muncul 3 minggu lagi.
Malangnya berita mengenai BERSIH 2.0 lebih mendominasi.
Mari kita lihat apa yang bakal berlaku esok (Sabtu 9 Julai 2011).
Mari kita lihat lokasi yang menjadi
tumpuan para peserta demonstrasi tanpa permit itu.
Mari kita lihat BERSIH kah mereka itu.
Mari kita lihat perhimpunan AMAN yang dijanjikan.
Mari kita lihat berapa kumpulan yang bakal bertembung.
Mari kita lihat siapa yang bakal menjadi juara.
Mari kita lihat berapa ramai yang cedera.
Mari kita lihat berapa ramai yang diperkuda.
Mari kita lihat muka-muka yang diperkuda.
Mari kita lihat saudara siapa yang diperkuda.
Mari kita lihat kaum mana yang mendominasi di sana.
Mari kita lihat penganut agama mana yang berteriak di sana.
Mari kita lihat senyuman sang juara.
Mari kita lihat masjid-masjid menjadi lokasi berhimpun mereka.
Mari kita lihat lokasi peniaga Melayu diganggu.
Mari kita lihat pejuang-pejuang baju kuning dan merah bertempur.
Mari kita lihat pendekar-pendekar
turut masuk campur demi keamanan negara.
Mari kita lihat tuntutan-tuntutan yang bakal diserahkan.
Mari kita lihat percaturan politik demi individu,
anugerah Tuhan katanya.
Mari kita lihat berjayakah memorandum diserahkan.
Mari kita lihat permainan wayang oleh mereka.
Mari kita lihat permainan politik murahan.
Mari kita lihat mereka menyerahkan memorandum
sedangkan pemimpin mereka berkesempatan bersemuka
dengan Baginda Yang Di-Pertuan Agong suatu ketika.
Mungkin terlupa bawa memorandum ketika itu.
Mari kita lihat majoriti orang Melayu dan Islam
disembur air dan gas pemedih mata.
Mari kita lihat orang Melayu dan Islam yang buta.
Mari kita lihat orang Islam diperkuda.
Mari kita lihat orang Melayu dan Islam berpecah di tanah air sendiri.
Mari kita lihat senyuman sinis pemimpin kononnya ikhlas.
Mari kita lihat mengapa Stadium Merdeka jadi pilihan.
Mari kita lihat sebab mereka menolak stadium di Selangor.
Mari kita fahami maksud tersirat BERSIH 2.0 ini.
Mari kita lihat dan buka mata.
Mari kita lihat dan lapangkan dada.
Mari kita lihat dan fikir sedalamnya.
Mari kita renungi dan fahami.
Mari kita hayati dan selami.
Mari kita buka mata dan celikkan hati.
Mari kita berfikiran rasional dan bukannya menurut emosi.
Sedarlah bahawa kita orang Melayu dan Islam kini seperti buah catur.
Siapakah pemainnya?
Apakah pertaruhannya?
Apakah imbuhannya?
Sedarlah wahai bangsaku.
Sedarlah wahai saudara seagamaku.
Mengapa selepas berjaya mentadbir Kelantan lebih 20 tahun
masih ada pertikaian pilihanraya di negara ini tidak telus?
Mengapa selepas menewaskan Barisan Nasional
di 82 kerusi Parlimen mereka mengatakan SPR tidak adil?
Mengapa selepas menguasai Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan suatu ketika di Perak
mereka tidak mengatakan pilihan raya itu tidak adil?
Mengapa selepas lebih 3 tahun pilihan raya umum tahun 2008
berkumandang pula pilihan raya negara ini tidak adil?
Lebih 20 tahun Kelantan ditadbir oleh PAS,
mengapa tidak dipersoalkan?
Jangan jadi seperti budak-budak.
Jangan di bawa perangai ketika budak-budak sewaktu bermain.
Semasa kecil kita berlawan, apabila kalah kita menuduh lawan itu main tipu. Kita minta lawan semula dan sekiranya kalah kita ulang dan ulang lagi. Apabila kita menang barulah kita puas dan anggap itu adalah keadilan.
Tidak ku sangka ramai yang berfikiran seperti
budak-budak di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat.
Sedarlah, seandainya kita terlepas apa yang dimiliki hari ini,
belum tentu kita mampu mendapatkannya kembali dengan mudah.
Kemerdekaan negara ini hampir 54 tahun.
Mengekalkan kemerdekaan
lebih sukar berbanding mendapatkan kemerdekaan.
Menitis air mata orang-orang tua melihat
Melayu dan Islam bodoh mengikut telunjuk si penentang
agama Persekutuan.
Tatkala mereka berjuang demi kemerdekaan tanah air ini, ada pula yang cuba memusnahkannya, demi keadilan katanya.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah.