Followers

Ahad, Julai 17, 2011

Demonstrasi itu Demokrasi - Tumbuk pun Demokrasi juga..

Salam.. Salam sejahtera..

9 Julai 2011 yang lalu ramai yang kata ingin berhimpun atau berdemonstrasi dijalanan atas nama demokrasi.

Sememangnya tidak dapat dinafikan hujah-hujah mereka yang cintakan atau taksub dengan demokrasi bahawa budaya demonstrasi juga adalah salah satu elemen di dalam demokrasi.

Akan tetapi dalam masa yang sama hak orang lain yang cintakan keamanan, kedamaian, ketenteraman, dan semua yang sewaktu dengannya juga tidak sewajarnya dinafikan atas nama demokrasi untuk mengadakan demonstrasi.

Saya tidak mahu mengulas atau mengambil contoh tuntutan-tuntutan ganti rugi atau kerugian yang dialami oleh peniaga kesan akibat daripada perhimpunan HARAM tanpa permit Bersih pada 9 Julai yang lalu.

Sewajarnya apa yang berlaku oleh wanita yang dilaporkan di dalam Mingguan Malaysia hari ini mendapat perhatian oleh penganjur Bersih itu sendiri.

Bayangkanlah majlis perkahwinan anak perempuan dan merupakan anak tunggal terganggu kerana disebabkan oleh perhimpunan HARAM Bersih.

Mengapa demonstrasi tidak dibuat di stadium? Ohh mungkin takut stadium terlalu banyak tempat duduk yang kosong.

Secara peribadi saya kesian dengan wanita ini. Bukan wang ringgit menjadi masalahnya, cuma pengalaman manis yang sepatutnya dikecapi dihari persandingan anak perempuan dan anak tunggal bertukar telah menjadi sebaliknya.

Bayangkan perasaan kita jika kita berada di dalam posisi wanita itu.

Adakah ini demokrasi yang dilaung-laungkan oleh penganjur Bersih?

Adakah ini budaya demokrasi yang sebenarnya?

Adakah demokrasi itu menafikan hak orang lain?

Renung-renungkanlah.

Takziah dan saya doakan wanita ini dan seluruh ahli keluarganya tabah.


"Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya"


KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

*Ulasan : Tumbuk je Anwar dan mereka yang bersekongkol tu..kalau boleh sula terus mereka yang berkenaan, saya cadangkan sula dan bukannya liwat..sekian

1 ulasan:

  1. Maaf, hanya membetukn fakta. Sbnrnya mmg nk diadakan di stadium ats nasihat phak bkuasa, nmun sedih apabila rmai sdah b'kmpu di sana , pihk berkuasa tba2 tmbk dgn meriam air & khidmat URL. Mungkin propaganda pihak2 trtntu yg ingi phimpunan ini di anggap uar kwln.... Kajilah dgn lbih mndlm bru sbrkn , jgn hnya di sblh pihak...utk mnjd manusia yg adil....

    BalasPadam