Tahun ini adalah tahun ke-3 berada di sebuah pulau untuk menuntut ilmu. Pulau Mutiara yang penuh dengan kenangan mencari ilmu, penuh kesesakkan, penuh kehangatan dek bahang mentari, penuh ragam manusia yang amat sensitif dan pelbagai lagi.
Tahun ini juga satu kenangan kerana menyambut hari Raya Aidil Adha bersama rakan-rakan senegeri di perantauan. Memaksa diri untuk tidak pulang ke Johor kerana masih dalam mood peperiksaan.


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada mereka yang sanggup bersengkang mata menyediakan juadah di pagi raya. Terima kasih kepada saudara Jasman Subari dan Mohd. Fithri Jemari kerana bertungkus lumus menyediakan segala persiapan walaupun sibuk dengan peperiksaan. Terima kasih semua.
Semoga Hari Raya Aidil Adha kali ini mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar. Pengorbanan sebagai seorang insan yang bergelar anak, mahasiswa, mahasiswi, golongan masyarakat, dan yang paling utama ialah insan yang beragama Islam. Apalah erti kejayaan jika tanpa pengorbanan.

love this family...
BalasPadamtarbaik laa...
BalasPadam