Salam.. Salam sejahtera..
Sedikit keterkilanan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Sebuah parti mahu mengekalkan status yang sebelum ini menyandang kerusi DUN tersebut.
Sebuah lagi parti mahu merampas kerusi DUN tersebut.
Mana-mana parti yang menang, sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pas, ini tidak akan mengubah landskap politik di negeri Johor.
Jika Pas berjaya menang di DUN Tenang, BN akan terus menjadi kerajaan di negeri Johor.
Jika BN pula yang menang, sudah tentu perancangan yang dilakukan sebelum ini akan dapat diteruskan.
Pertarungan dua penjuru di antara BN dan Pas sewajarnya berlangsung dalam suasana 'bersih'.
Kenapa?
BN diwakili UMNO menentang Pas yang cuba merampas kerusi tersebut.
Kedua-dua ahli parti ini beragama Islam.
Kedua-dua pihak cuba memenangi kerusi tersebut dengan pelbagai cara.
Cara yang paling popular digunakan ialah serangan peribadi.
Suka atau tidak cara tersebut akan digunakan sama ada mereka menggunakan ideologi parti yang ada nama Islam.
Mungkin ini boleh dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara untuk menang.
Keluar fatwa sesuka hati demi parti sendiri.
Mendoakan sesuatu yang tidak elok kepada saudara seagama.
Apa-apa pun mereka tetap 'halal' dan boleh melakukannya.
Sungguh memalukan.
Tenang oh Tenang - ada ular lidah bercabang