Followers

Ahad, Januari 09, 2011

Parlimen Mahasiswa vs Tanggungjawab vs Kehendak

Salam.. Salam Sejahtera..

Walaupun agak tertekan dengan beberapa tanggungjawab yang lain tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Diamanahkan bersama beberapa orang rakan oleh Speaker Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menguruskan bahagian di alam maya kadangkala amat mencabar kerana perlu mengadap laptop selama berjam-jam. Hasilnya belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak kerana diri sendiri juga tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerja itu.

Terima kasih kepada rakan-rakan (Nazurah dan Norizan) yang sudi membantu walaupun mereka sendiri turut mempunyai kerja lain. Tidak dilupakan juga kepada anak Muar yang sentiasa TARBAIK sikapnya (yelah tu) dan juga kepada SI KENDU yang banyak bagi idea dan sempat tulis mengenai Parlimen Mahasiswa di blog peribadi.

Harapan kepada semua warga kampus Universiti Sains Malaysia, gunakanlah segala ruang dan peluang yang telah diberikan ini. Disinilah kita sebagai mahasiswa bebas bersuara berdasarkan fakta di dunia realiti dan bukannya auta di dunia fantasi.

Kebebasan bersuara ada di sini.


Roadshow di kampus induk USM minggu ini.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan