Followers

Jumaat, April 15, 2011

Musim dedah mendedah - Oohhh habis terdedah..

Salam.. Salam sejahtera..

Sekarang tiba musim dedah mendedah. Saya sendiri hampir lupa siri-siri pendedahan yang telah dilakukan.




Apa yang pasti (rasanyalah) pendedahan daripada wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi permulaan kepada beberapa siri pendedahan kepincangan dan segala apa yang berkaitan dengan PKR dan yang berkaitan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tidak perlu rasanya saya menceritakan semula satu persatu kisah pendedahan yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (Y.B.) Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Parlimen Bayan Baru), YB. Tan Tee Beng (Parlimen Nibong Tebal), YB. Mohsin Fadzil Samsuri (Parlimen Bagan Serai), YB. Woo Choo Keong (Parlimen Wangsa Maju), dan seorang lagi di pecat daripada PKR iaitu YB. Zulkifli Nordin (Parlimen Kulim-Bandar Baharu). Terbaru, YB. N. Gobalakrishnan (Parlimen Padang Serai) juga mengumumkan keluar daripada PKR.


Siri-siri pendedahan daripada ahli-ahli parlimen yang kini berstatus BEBAS itu bolehlah di tonton melalui youtube atau saluran-saluran yang berkaitan.


Orang kata, masa baik semuanya indah belaka, tapi bila sudah bergaduh yang wangi pun akan cuba dibusukkan.


Pendedahan yang di anggap sebagai sangat hangat tapi belum sampai ke tahap hangit ialah berkenaan dengan pendedahan video seks seorang pemimpin utama parti pembangkang di Malaysia. Khabarnya individu yang berada dalam rakaman video itu menyerupai pemimpin berkenaan. Saya secara peribadi 'tertonton' melalui facebook video pendek tersebut tetapi saya tidak mahu menaip nama pemimpin tersebut di sini kerana takut tersalah taip nanti jatuh kepada fitnah pula. (dah tak jumpa video tu..tak tahu betul atau tidak) - banyak blog sudah 'tertaip' nama pemimpin berkenaan.


Walaupun ramai penulis blog mengesahkan bahawa lelaki di dalam video itu adalah pemimpin utama parti pembangkang, tetapi saya cuma boleh mengatakan bahawa mungkin itu hanya pelanduk dua serupa. Mungkinlah. Saya ulang ya, MUNGKIN. Tapi...macam selalu nampak muka pelakon itu dalam surat khabar dan laman-laman portal pro-pembangkang di Malaysia. Mungkin serupa. Ooohhh kini segalanya mungkin bak kata cikgu Amir SMK Semerah..




Tidak mengapa, kita abaikan kisah siapa pelakon sebenar dalam video itu. Biar pihak polis melakukan siasatan. Kerana pendedahan video itu jugalah kini jam tangan jenama OMEGA semakin popular. Mungkin juga pemilik-pemilik jam tangan OMEGA berasa risau kerana 'terpalit' sama dengan kes tersebut. Oohhh segalanya mungkin..


Minggu ini satu lagi pendedahan eksklusif daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Siapa RPK? Anda taip saja nama RPK di google, insyaAllah ada info. Secara tidak langsung RPK 'mengesahkan' bahawa Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.




Siapa pula Altantuya ini? Perempuan Mongolia yang mati dalam keadaan yang dahsyat. Anda boleh google sendiri perkara ini. Yang pasti Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pernah bersumpah 'Wallahi Wabilahi Watallahi' menafikan fitnah terhadap beliau yang berkaitan perempuan Mongolia - Altantuya ini.


Semakin seronok melihat satu demi satu pendedahan. Nampaknya segala apa yang dicanang-canangkan oleh pihak pembangkang di negara ini seakan-akan 'mimpi' yang dicipta sendiri oleh mereka demi untuk menghalang Dato' Sri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri.


Sungguh dahsyat konspirasi yang berlaku. Budaya politik Malaysia kini semakin teruk. Secara peribadi saya tidak bersetuju pendedahan keaiban individu dalam politik tetapi kenapa apabila melibatkan sesetengah pihak keaiban itu di 'harus' kan pula? Bak kata orang, jangan apabila terkena pada pihak lawan, kita serang habis-habisan sehingga mengaibkan seluruh kaum keluarga kononnya seluruh rakyat perlu tahu ciri-ciri peribadi pemimpin yang ingin dijadikan sebagai pemimpin. Akan tetapi apabila keaiban pihak mereka sendiri dibongkar maka pelbagai dalil dan nas-nas dilemparkan bagi mempertahankan diri. Tolonglah konsisten dalam perjuangan.


Saya tidak sanggup negara tercinta ini di tadbir oleh mereka yang gila kuasa dan tidak bermoral. Sekian.


*Pandangan individu - pemerhati yang membaca..


**Soltis = Musim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan