Followers

Rabu, April 13, 2011

Sarawak - BN - Pakatan - Pemimpin Lapok

Salam.. Salam sejahtera..


Pilihan raya negeri Sarawak.

Diakui pilihan raya kali ini agak meriah dan mencabar.

Barisan Nasional akan cuba mempertahankan penguasaan di Sarawak manakala Pakatan Rakyat akan cuba menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional.


Sememangnya diakui, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah terlalu lama berada di kedudukan Ketua Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri S. Samy Vellu, dan beberapa pemimpin lain sudah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin muda. Namun begitu rakyat dan ahli-ahli parti di akar umbi masih memilih beliau. Itulah demokrasi.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memberikan isyarat akan berundur selepas pilihan raya negeri. Sebenarnya sebelum ini pun sudah ada ura-ura mengatakan beliau akan mengundurkan diri. Pada pilihan raya umum tahun 2008, beliau sendiri tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi parlimen yang diwakilinya beberapa penggal iaitu di Parlimen Kota Samarahan.

Walau apa pun, Tan Sri Taib memang sudah terlalu lama menjadi Ketua Menteri Sarawak. Namun begitu, tidak seharusnya dilupakan jasa-jasa beliau dalam membangunkan negeri Sarawak. Dalam tempoh masa 30 tahun pentadbiran beliau, sememangnya masih banyak kekurangan yang terdapat di Sarawak. Bak kata beberapa rakan di Sarawak, negeri bumi kenyalang itu lebih maju daripada Kelantan yang diperintah oleh pemimpin yang mentadbir lebih 20 tahun.

Pada saya, jika seseorang pemimpin itu berkredibiliti maka tidak salah untuk ia terus memimpin. Cuma lebih elok jika memberikan peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin supaya tidak dilihat sebagai ketandusan pemimpin pelapis.

Cuma rasanya tidak seharusnya memberikan tumpuan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud sahaja kerana terdapat juga pemimpin politik yang perlu berundur secara terhormat.

Tidak perlu menghasut pemimpin Barisan Nasional berundur seperti mana yang berlaku di Asia Barat. Tidak perlu menghasut rakyat untuk bertindak seperti mana di Libya, Mesir dan beberapa negara lagi. Lihat juga pemimpin-pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat yang sudah lama dalam politik dan kerap sakit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan