Salam.. Salam sejahtera..
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Peribahasa ini sebenarnya tidak berapa sesuai untuk mengambarkan hubungan antara dua buah negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia. Namun begitu saya beranggapan hanya peribahasa ini sahaja yang melepasi tahap kelayakkan untuk digunakan bagi mengambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
Seperti mana yang dilaporkan di media-media sama ada media cetak, media elektronik, dan media baru, hubungan Malaysia dan Indonesia di lihat semakin keruh walaupun kedua-dua pemimpin cuba mempertahankan keutuhan semangat erat kedua-dua negara. Terima kasih kepada Presiden Indonesia, Bapak Susilo Bambang Yudhoyono yang memberikan perlindungan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia. Jika tidak dengan arahan itu mungkin tapak Kedutaan Besar itu sudah ‘dicabut’ oleh para perusuh rakyat Indonesia.
Mengikut kepada laporan akhbar, perkara ini berlaku kerana disebabkan oleh peristiwa penangkapan tiga pegawai Penguatkuasa Laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia terhadap tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang didakwa menceroboh perairan Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau pada 13 Ogos 2010 yang lalu. Pihak Malaysia pula mendakwa nelayan tersebut berada di dalam perairan Malaysia apabila di tahan oleh Penguatkuasa Indonesia. Pada 17 Ogos 2010 pula kesemua mereka telah dibebaskan dan kumpulan penunjuk perasaan telah menuntut supaya Malaysia memohon maaf serta meminta Pemerintah Indonesia memanggil pulang Duta Besar Indonesia di Malaysia. Inilah puncanya.
Satu persoalan yang ingin saya ajukan di sini ialah, mengapa apabila melibatkan Malaysia, mereka khasnya rakyat Indonesia begitu ‘teruja’ untuk mengadakan demonstrasi? Saya tidak mampu menjawab persoalan ini.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu, saya dan rakan-rakan Kelab Sains Politik telah membuat pembentangan kertas kerja di Universitas Airlangga dan Universitas Surabaya, kedua-duanya di wilayah Surabaya. Semasa di Universitas Airlangga kami telah ‘berkesempatan’ diajukan persoalan oleh teman-teman di sana mengenai hasrat Malaysia untuk mendapatkan kawasan blok Ambalat yang berada diperairan antara Sabah dan Kalimantan Indonesia. Walaupun soalan-soalan yang diajukan itu agak panas tetapi sebagai mahasiswa mereka berjaya mengawal emosi.
Di Universitas Airlangga, Surabaya juga kami berkesempatan mengadakan kuliah bersama dengan teman-teman di sana. Di sana adalah sesi yang paling mencabar kerana sebahagian kami rombongan Kelab Sains Politik ‘terpaksa’ berpaling tadah menjadi penyokong Indonesia dan menghentam Malaysia, begitu juga teman-teman di sana yang menjadi pembela kepada Malaysia apabila di hentam habis-habisan mengenai isu-isu yang menjadi duri dalam daging hubungan Malaysia dan Indonesia. Isu yang dibangkitkan seperti pembakaran hutan di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di negara-negara jiran, keadilan kepada pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia, dan beberapa isu lagi yang sensitif dibincangkan termasuklah isu blok Ambalat yang dikatakan memiliki sumber asli petroleum. Soalan panas yang diajukan oleh wakil Malaysia yang ‘khianat’ (teman kami dari Malaysia) berbunyi, “adakah kerana disebabkan kawasan blok Ambalat itu memiliki petroleum maka Malaysia menuntut hak keatasnya?”.
Cuba bayangkan, apa akan berlaku jika kami yang berada di sana pada bulan Mei yang lalu berfikir seperti para perusuh dan tidak mahu menggunakan akal fikiran yang waras untuk menyelesaikan sebarang konflik? Sudah tentu banyak kerusi meja akan terbang dan keputusannya kami dari Malaysia akan tewas kerana bilangan kami yang sedikit.
Apabila media melaporkan berita mengenai rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia, mereka memijak bendera dan membakar bendera Malaysa malahan mereka turut melontar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar itu, saya berasa amat dukacita dengan perkara ini. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana sesaknya jalanraya di hadapan Kedutaan Besar Malaysia itu kerana pada hari-hari biasa pun kawasan itu sudah terlalu padat.
Teman saya di Universitas Surabaya, Universitas Airlangga di Surabaya dan Universitas Paramadina ada berhubung dengan saya dan mereka menyatakan kekesalan dan rasa kurang senangnya mengenai insiden yang berlaku itu. Maksudnya mereka kesal dengan tindakan tidak siuman daripada saudara-saudara mereka yang bertindak di luar kawalan minda waras sebagai seorang manusia. Mereka juga tidak bersetuju dengan pandangan daripada individu yang dikatakan sebagai pemimpin yang mengeluarkan kenyataan “Jika hari ini Bapak Sukarno adalah Presiden Republik Indonesia, sudah tentu dia akan GANYANG MALAYSIA!!”.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana teman-teman mahasiswa dan mahasiswi di Indonesia masih mampu berfikir secara rasional dalam menghadapi krisis yang melibatkan Malaysia dan Indonesia. Mereka juga mengatakan kepada saya, “kamu tidak perlu risau kerana yang berdemonstrasi itu mendapat upah beberapa ribu rupiah, diberikan makan dan minum, mereka juga kadangkala tidak tahu apa yang mereka lakukan itu..”.
Secara peribadi saya melihat isu ini daripada kaca mata seorang mahasiswa yang hanya mendapat maklumat daripada media massa. Maka disebabkan oleh itu, saya beranggapan bahawa agen yang sebenarnya menyebabkan isu ini dibesar-besarkan ialah media itu sendiri. Saya melihat apabila berlaku sesuatu isu yang melibatkan Malaysia maka media di sana akan membuat satu slot khas yang membicarakan mengenai tindakan Malaysia khasnya melibatkan isu ini, dan secara tidak langsung akan membangkitkan semangat rakyat mereka yang anti kepada Malaysia. Di Malaysia adakah wujud slot khas seperti itu?
Satu persoalan bermain di benak fikiran saya, jika rakyat Indonesia menghalau kesemua rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, adakah Malaysia juga akan mengambil tindakan yang sama dengan menghalau kesemua rakyat Indonesia yang dikatakan hampir 3 juta orang berada di Malaysia mencari rezeki? Saya lebih suka kita Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana daripada mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak.
Saya tertarik dengan kata-kata daripada tenaga pengajar tutorial Sains Politik saya dan teman-teman, beliau mengatakan sesuatu isu yang kecil akan dibesar-besarkan oleh media supaya ia memberikan impak. Beliau juga berkata media adalah pemain penting dalam menghidupkan sesuatu isu. Analogi yang kerap digambarkan kepada kami ialah, “Kalau ada anjing menggigit orang, itu bukan berita...tapi kalau ada orang menggigit anjing itu baru berita..”. Saya harap media di Malaysia tidak seperti yang digambarkan dek kata-kata ini.
Sebenarnya itulah budaya yg sebahagian pemimpin politik dinegara ini mahu bawa ke Malaysia...
BalasPadamSuharto ditumbangkan dulu akibat dari demonstrasi jalanan yg sangat hebat...
Tapi, alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku di malaysia disebabkan ketegasan Tun Dr Mahathir.
Terlalu banyak sebenarnya, orang orang malaysia sendiri terutamanya pemimpin politik parti tertentu, yang telah memburukkan negara kita di luar megera termasuk di Indonesia. Mereka diberi informasi yg salah dan kalau boleh ingin memusnahkan ekonomi negara...
kalau ikut sejarah, pemimpin sesebuah negara akan jatuh bila keadaan ekonomi di negara tersebut tak baik...
Terlalu banyak cabaran yg kerajaan kita sedang lalui...Tapi saya yakin, allah akan sentiasa bersama orang-orang yg benar..
BalasPadamKita jangan terikut sangat dengan perangai mereka..kalau ditengok dalam TV, semuanya dalah anak muda yg tak berpelajaran dan mungkin tak ada pekerjaan. Mereka ini diupah!! Biarlah orang-orang bodoh dan gila ni melalak...Mereka ini tak ada ugama dan iman...dalam bulan puasa pun buat perkara yg tak baik ...
Kepada semua rakyat Malaysia,.. bila kita diam dan tak bertindak bukan bermakna kita tak ada maruah dan takut, TETAPI kita tidak mahu bertindak terhadap segelintir rakyat Indonesia yg bodoh dan gila ini....Macam kalau di mahkahmah, kalau dah disahkan gila, maka terlepas hukuman...
Kepada Kerajaan Malaysia dan Indonesia, berbincanglah semula..cari jalan penyelesaian..
BalasPadamKalau disebabkan prosedur yg tak begitu baik, maka ubahlah..Kita malaysia dan Indonesia adalah adik beradik, kenapa perlu terlalu tegas dalam melaksanakan undang-undang. Contoh, kalau kita bawak laju dan ditahan oleh polis, kadaang-kadang pun boleh lepas selepas diberi amaran sekali. Ini semua adalah budi bicara...
Kepada rakyat Indonesia, sedarlah..sebenarnya penguatkuasa di malaysia memang sudah terlalu banyak bertolak ansur kepada rakyat indonesia yg masuk secara haram ke malaysia..kalau nak diikutkan, tembak mati aje mereka ni di laut terutamanya yg degil...
Yang anehnya, dalam bulan puasa pun perkara ini berlaku..Dimana rasa hormat dan keimanan mereka didalam bulan ramadhan Al mubarak ini??
BalasPadamMereka ni tahu ke apa yg sebenarnya berlaku sehingga tertangkapnya 3 orang penguatkuasa kelautan mereka??
Diharap pihak Malaysia dan Indonesia memberi penjelasan dgn segera sebelum api yg kecil menjadi besar...
terima kasih sasha2020..
BalasPadamkesemua yang berlaku itu mampu dikekang sebenarnya jika adanya ketegasan..