Followers

Sabtu, Disember 17, 2011

Mereka bijak tapi tindakan bodoh

Salam dan salam sejahtera.

KEBEBASAN. Itulah yang dicari oleh sekumpulan mahasiswa/i yang berdemonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kebebasan apakah? Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah ini;






Kita semua sewajarnya berbangga apabila yang turun menyertai demonstrasi itu kebanyakkannya adalah mahasiswa/i Melayu. Alhamdulillah majoritinya Melayu, itu berdasarkan gambar yang dipaparkan.

Kebebasan akademik. Apakah tiada kebebasan akademik di negara ini? Sedangkan para pensyarah cerdik pandai berstatus ilmuan bebas mengeluarkan hujah dan pendapat sekiranya di minta oleh pihak media. Kebebasan para ilmuan cerdik pandai ini tiada batasnya apabila membuka mulut di dalam dewan-dewan kuliah.

Maafkan saya. Saya melihat signifikan demonstrasi yang dibuat oleh para mahasiswa/i itu hanya sekadar mengikut telunjuk dan arahan pihak-pihak tertentu. Arahan pihak mana?

Perlu diketahui bahawa keputusan mahkamah berkenaan kes seorang lelaki berstatus Datuk Seri yang juga merupakan ANU-gerah Tuhan seperti yang diperkatakan oleh isterinya itu akan diketahui pada 9 Januari 2012.

Tidakkah kita melihat tindakan mahasiswa/i tersebut seolah-olah hendak menutup isu sodomi tersebut? Sebelum ini negara kita lebih memberi tumpuan kepada BERSIH sehingga melupakan seketika kes sodomi tokoh terkenal yang bijak berkata-kata itu.

Maaf, saya tidak suka cara atau budaya demonstrasi diamalkan di dalam negara ini. Tindakan ini akan menyusahkan banyak pihak dalam melaksanakan urusan tertentu.

Ketika para mahasiswa/i Universiti lain sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah, ada juga mahasiswa/i Universiti tertentu yang mempunyai masa untuk berdemonstrasi sehingga menurunkan gambar Perdana Menteri.
Tindakan menurunkan gambar Perdana Menteri itu sebenarnya menunjukkan kedangkalan dan kejahilan mahasiswa/i dalam menghormati demokrasi negara ini. Demokrasi bukanlah sistem yang perlu kita terima apabila ia memihak kepada kita. Demokrasi adalah kemenangan bagi pihak yang memperolehi sokongan terbanyak. Ini definisi yang cuba saya ringkaskan kepada para pembaca supaya mudah difahami.

Sedar atau tidak, tindakan mahasiswa/i yang menurunkan gambar Perdana Menteri di PWTC itu sebenarnya telah menodai demokrasi. Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri atas tiket beliau sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan merupakan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional. Sememangnya betul Perdana Menteri tidak dipilih secara terus oleh rakyat tetapi majoriti rakyat negara ini memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

Tindakan yang dilakukan oleh para mahasiswa/i itu sebenarnya adalah salah satu cara mereka mengucapkan TERIMA KASIH kepada kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Sri Mohd Najib yang telah mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang akan membenarkan mahasiswa/i menjadi ahli parti politik.

Tindakan Perdana Menteri yang terlalu berlembut dan selalu menunaikan permintaan golongan minoriti sememangnya telah mengguris hati golongan majoriti.

Saya sendiri telah mendengar khabar mengenai ulasan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia mengenai pindaan AUKU tersebut. Media khususnya stesyen televisyen swasta dan stesyen televisyen kerajaan telah bercanggah dalam melaporkan berita. Bayangkanlah, satu-satunya media rasmi kerajaan telah memutar belit kenyataan YDP MPP USM yang secara jelas menyatakan bahawa beliau menghormati keputusan kerajaan untuk meminda AUKU tetapi tetap dengan pendirian tidak bersetuju pindaan dilakukan.

Saya agak kecewa dengan media rasmi kerajaan itu yang telah melaporkan dengan salah perkara tersebut. Pembetulan yang dibuat melalui perbualan telefon di dalam program siaran langsung juga khabarnya telah 'dicantas' kerana mungkin tidak mahu memalukan stesyen televisyen itu sendiri.

Kerajaan sewajarnya tahu bahawa tidak semua tuntutan rakyat negara ini akan dapat ditunaikan.

Saya hanya berharap supaya kerajaan pimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini mampu mengatasi permasalahan yang telah berlaku disebabkan beberapa tindakan 'baik hati' kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan golongan minoriti.

  • Novel Interlok telah dipinda sebab ada perkataan paria dan beberapa pindaan lain telah dipinda.
  • Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember melaporkan bahawa Novel Interlok tidak akan digunakan bagi mata pelajaran sastera untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun 2012.
Saya yakin, disebabkan 'keterbukaan' dan 'kebaikan hati' kerajaan yang ada sekarang ini, InsyaAllah suatu hari nanti akan ada tuntutan untuk meminda sejarah tanah air untuk menyatakan bahawa semua kaum utama di negara ini sebenarnya adalah penduduk asal Tanah Melayu ini.

Kesemua yang difikirkan mustahil hari ini mungkin akan berlaku

Mereka dan kita semua perlu tahu bahawa orang Melayu sememangnya pendatang di Malaysia tetapi status pendatang itu adalah pendatang dari satu KEPULAUAN NUSANTARA atau KEPULAUAN MELAYU.


Fikir-fikirkanlah.

5 ulasan:

  1. ini mesti anak2 org PAS.memang sue...le

    BalasPadam
  2. INI SEMUA ADALAH ANAK ORANG PAS DAN PKR. MEREKA "BERJUANG" SUPAYA IBU-BAPA MEREKA YANG BERTANDING KELAK AKAN MERAIH KEMENANGAN PADA PRU13. MEREKA SILAP. KALI INI PARA PENGUNDI TELAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PAKATAN TIPU RAKYAT. PAKATAN INI AKAN MATI LEMAS KERANA TSUNAMI POLITIK HASIL CIPTAAN MEREKA SENDIRI. JAHANAMLAH PAKATAN TIPU RAKYAT INI.

    BalasPadam
  3. Klu dah bertindak bodoh... xde bijaknye.... tu bodoh melantun namo eh....

    BalasPadam
  4. kenapa ramai yang sibuk nak mencapai kebebasan bersuara dalam berpolitik ketika di kampus?adakah kerana inginkan kemewahan segera?populariti segera?kepada mereka2 yang berdemo2 ni, carilah erti perjuangan yang sebenar.

    di sini menunjukkan betapa baiknya kerajaan. rakyat berdemo di pwtc pun masih lagi diberi peluang utk mereka bersuara.tapi apa yang puak2 ni buat? dasar tidak ada erti menghormati orang lain.

    malas nak ulas panjang. sebab mereka ini golongan terpelajar.belajar mengenai analisis dan analitikal.malah diajar lagi pemikiran kritis dan teknik berfikir.


    ingatlah, mereka ini melayu yang akan terus LAYU!

    (di kala ada berkahwin sesama jenis di dublin berbaju melayu lengkap, di sini masih lagi sibuk menuntut hak bebas bersuara pinda AUKU. BALA!BALA!)

    BalasPadam
  5. KEBEBASAN yang akan terus mencetuskan fenomena luar biasa. KEBEBASAN akan memuncak apabila mereka sendiri meminta supaya diberi KEBEBASAN untuk berkahwin sesama jantina

    BalasPadam