Salam dan salam sejahtera
Dalam lingkungan jam 8 malam (7 Mac 2012), saya telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pegawai di Johor. Beliau memberitahu mengenai program Perdana Menteri di Johor selama dua hari.
Saya agak terdiam seketika apabila pegawai berkenaan memberitahu bahawa beliau akan menyampaikan laporan mengenai isi kandungan ucapan Timbalan Menteri Belia & Sukan yang telah mengguris hati kontinjen Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia (USM) semasa merasmikan program Interaksi Belia Siswa Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus kepada Perdana Menteri semasa beliau mengadakan mesyuarat bersama pemimpin tersebut.
Saya agak terdiam seketika apabila pegawai berkenaan memberitahu bahawa beliau akan menyampaikan laporan mengenai isi kandungan ucapan Timbalan Menteri Belia & Sukan yang telah mengguris hati kontinjen Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia (USM) semasa merasmikan program Interaksi Belia Siswa Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus kepada Perdana Menteri semasa beliau mengadakan mesyuarat bersama pemimpin tersebut.
Mengapa? Para pembaca sila hayati kata-kata ini,
"...kepada anak-anak Johor USM bolehlah dapatkan dana daripada Ketua Menteri Pulau Pinang.........(Timbalan Menteri terdiam seketika apabila saya menunjukkan isyarat ibu jari sebagai tanda 'BAGUS' kepada beliau, bukan isyarat kacang ngan yin).........tapi adik-adik jangan risau, kami di sini akan tetap bersama anda semua..."
Cuba anda renungkan kata-kata tersebut. Saya tidak memandang berat perkara tersebut tetapi apabila adik-adik saya di USM khususnya yang berada di dalam majlis perasmian itu secara spontan berkata, "Kenapa Datuk cakap macam tu?" Kami datang dari jauh, penat, tayar bas meletup, tapi ini yang ditujukan kat kami".
Kata-kata spontan yang keluar daripada mulut adik-adik saya itu pada saya mungkin kata-kata daripada insan yang belum mengenal dunia politik seperti mana para belia yang berada di dalam majlis tersebut. Akan tetapi, saya terdiam apabila salah seorang adik-adik saya itu berkata, "Memang betul kita belajar kat negeri yang pembangkang, tapi janganlah label anak Johor USM ni pembangkang jugak".
Satu lagi ayat yang perlu didengari dan dihayati oleh semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Negeri Johor ialah,
"Razali cabar kita mintak dana dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, ok kita sahut cabaran tu. Kita hantar dua surat, satu kepada Ketua Menteri Penang dan satu lagi kita hantar kepada Menteri Besar Johor. Kita tengok siapa yang jawab dulu. Kalau Guan Eng yang jawab dulu dan dia bagi sumbangan dana lebih besar daripada MB Johor, kita jangan balik mengundi kat Johor nanti. Itu pun kalau MB nak bagi sumbangan la.."
Status facebook saya dan komen
Yang Di-Pertua Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR),
Universiti Sains Malaysia
Saya cuba untuk tidak melihat perkara ini secara serius. Malangnya, kata-kata Timbalan Menteri tersebut telah membuka mulut adik-adik saya yang bakal mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja mengikut ilham Perdana Menteri.
Bayangkanlah, itu yang diungkapkan oleh remaja-remaja yang tidak mengenal erti politik dan kuasa, bagaimana pula sekiranya yang hadir itu kesemuanya adalah pengundi di sesuatu kawasan, sudah tentulah pengundi akan beralih arah.
Saya telah diberitahu oleh Penolong Pegawai Politik Timbalan Menteri berkenaan bahawa bos beliau tidak sengaja dan ucapan itu adalah spontan kerana mendengar ucapan daripada Pengerusi Belia 4B Negeri Johor yang khabarnya 'menyindir' anak Johor USM. Saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan Pengerusi Belia 4B Negeri Johor kerana sekiranya saya mengulas secara terperinci pasti akan terkeluar kesemua janji-janji manis beliau yang pernah diungkapkan semasa beliau menjadi Setiausaha Politik suatu ketika dahulu. Janji kepada Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM khususnya yang tidak ditunaikan sejak Mac 2010 sehingga kini.
Secara keseluruhannya saya terkilan dan kecewa dengan ucapan Timbalan Menteri Belia & Sukan yang tidak sensitif dengan keadaan peserta kontinjen yang kepenatan kerana ketidakcekapan para sekretariat menguruskan peserta yang tiba dari jauh.
Ketidakcekapan para sekretariat (khususnya penganjur) telah menyebabkan sedikit kemarahan. Namun begitu amarah itu dapat dibendung sehinggalah mendengar ucapan Timbalan Menteri Belia & Sukan itu. Selesai sahaja majlis perasmian, kontinjen IKMAR telah bangun dan beredar daripada stadium tanpa menyaksikan perlawanan bola sepak di antara pasukan Timbalan Menteri dengan UTM.
Kami telah dilabel sebagai memboikot program kerana tidak menonton perlawanan bola sepak tersebut. Pada saya, adalah sesuatu yang sia-sia menonton perlawanan bola sepak di antara dua pasukan berkenaan kerana mereka telah berunding mengenai jumlah jaringan gol semasa sesi ucapan majlis perasmian tersebut.
Sebagai hukuman, kontinjen IKMAR telah di 'denda' dan tidak boleh mengambil makanan. Hukuman ini agak lawak. Sepatutnya hukuman ini dikekalkan sehingga habis program kerana makanan yang disediakan seperti tidak 'ikhlas'. Kerana apa? Mee hoon yang disediakan umpama direndam di dalam air panas dan dihiris sedikit lobak, tiada rasa. Alhamdulillah ada juga makanan, syukurlah.
Perkara yang amat terkilan ialah kontinjen IKMAR tidak diberitahu mengenai pembatalan majlis makan malam bersama Menteri Besar Johor. Peserta telah menyediakan pakaian yang sewajarnya untuk program tersebut, akan tetapi semuanya hampa. Nampaknya MB Johor memang tidak sudi bersama-sama anak-anak Johor yang berkumpul di UTM. Anak Johor di IPTA yang jauh-jauh ini datang dari jauh dengan semangat yang kuat tetapi hancur apabila mengetahui majlis makan malam dibatalkan. Tidak mengapalah kerana MB ada program di Muar. Khabarnya Timbalan Perdana Menteri berada di Muar ketika itu. Tapi program di Muar siang sajakan?
Saya terdengar kata-kata yang enak untuk dikongsi bersama mengenai pembatalan makan malam bersama MB Johor,
"..bajet besar tapi tak ada makan malam, mana pergi bajet tu? Kita dah datang sini tapi MB tak ada, sia-sia je datang. Nak harap MB datang tempat kita memang harapan je la kan.."
Saya terdengar kata-kata yang enak untuk dikongsi bersama mengenai pembatalan makan malam bersama MB Johor,
"..bajet besar tapi tak ada makan malam, mana pergi bajet tu? Kita dah datang sini tapi MB tak ada, sia-sia je datang. Nak harap MB datang tempat kita memang harapan je la kan.."
Komen YDP Anak Johor USM yang mampu
menggoyahkan kedudukan mereka di atas sana.
(MOHON MAAF SECARA TERBUKA SAJALAH DATUK)
Saya turut dikhabarkan oleh Pengerusi Gabungan Anak Johor (GAJ) yang juga merupakan pegawai kepada Timbalan Menteri bahawa program yang dianjurkan di UTM itu melibatkan dana sebanyak RM280 ribu. Semasa berucap di dalam majlis perasmian, Timbalan Menteri Belia & Sukan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 ribu lagi.
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang berkenaan.
Rentetan daripada ucapan Timbalan Menteri dan penganjuran program yang melibatkan kos sebesar itu, saya berpendapat bahawa usaha murni yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selama ini hampir sia-sia. Kerana apa?
(Gambar Hiasan)
Perdana Menteri dan Timbalannya bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu rakyat sehingga Perdana Menteri memohon maaf di atas kesilapan yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini tetapi telah disia-siakna oleh orang-orang kepercayaannya yang bergurau tidak kena pada tempatnya.
(Gambar Hiasan)
Ayahanda saya ada mengatakan bahawa ramai pemimpin hari ini lebih suka mengiringi pemimpin tertinggi daripada berjumpa rakyat. Saya setuju dengan perkara tersebut.
Mengapa pemimpin atau wakil rakyat perlu berjumpa rakyat? Rakyat sebenarnya tidak penting kerana bukan rakyat yang memilih seseorang itu untuk menjadi calon di dalam pilihan raya, Perdana Menteri (untuk Barisan Nasional) sahaja yang berkuasa menentukan seseorang itu dicalonkan mahupun tidak dengan izin Allah S.W.T. Rakyat hanya memiliki satu undi sahaja untuk seorang individu dan satu undi itu tidak bermakna kepada mereka (pemimpin).
Saya mohon maaf kepada semua pihak sekiranya penulisan kali ini terlalu berterus terang.
Bukanlah untuk mengaibkan tetapi sebagai teguran kepada pihak-pihak yang terlalu leka dan selesa dengan status TIANG SERI UMNO/BARISAN NASIONAL.
Kepada rakan-rakan di UTM khususnya dan adik-adik yang lain amnya, jadikanlah pengalaman sebagai pengajaran yang terbaik untuk hidup ini. Jangan sesekali menyerahkan diri anda untuk dipergunakan untuk kepentingan pihak lain.
********************************
8 Mac 2012, jam 9.20 malam - Saya mendengar luahan rasa tidak puas hati adik-adik Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) mengenai ucapan Timbalan Menteri berkenaan. Salah seorang daripada mereka mengatakan,
"Kita berusaha keras dapatkan bas untuk pergi program di UTM tapi kecewa bila Timbalan Menteri kata macam tu. Kalau kita nak boikot, tak perlulah susah-susah kita usaha dapatkan dua buah bas. Bajet RM280 ribu tapi tak ada makan malam macam di UKM tahun lepas. Program di UKM tahun lepas lebih baik"
"Anak Johor ramai jugak kat USM ni, wakil BTN Johor ada kata nak sediakan bas untuk kita semua balik Johor masa mengundi nanti. Kalau Datuk Razali tak mintak maaf, kita akan abaikan semua bas yang dihantar ke USM untuk bawak anak-anak Johor balik Johor nanti"
dan,
"Dia tak fikir ke masa berucap tu? Bayangkanlah, kalau kita yang sakit hati ni balik rumah dan sampaikan kat keluarga, jiran-jiran, orang kampung pasal kata-kata dia tu, mesti kurang undi nanti. Silap-silap boleh kalah"
*********************************
Kepada para pembaca, anda nilailah sama ada saya cuba menjatuhkan populariti seseorang atau cuba membantu agar apa yang ada pada hari ini terus kekal dan diperbaiki.
Perdana Menteri semasa lawatan kerja di Negeri Kedah telah merendah diri memohon maaf kepada rakyat Negeri Kedah di atas kesilapan yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional, mengapa seorang Timbalan Menteri tidak boleh melakukannya?
Tepuk dada, tanya hati, fikir mengenai diri atau pengundi.
Kot dah rasa dirinya kebal kot? Dah tersungkur nanti barulah tau erti penyesalan!
BalasPadamsaya suka entry ni....sampai skrg trase dgn kate2 tu..bukan ape...pnt dtg dr jauh dgn harapan besar tp akhirnya tu je yg dpt....nk wat cm ne...
BalasPadamkami mahu dia mohon maaf secara terbuka!!!
BalasPadampelik...anak muda cepat kecewa..saya ke PRK tenang 5 jam atas motor..x harap BN balas dengan emas apabila menang PRK...yang penting,ilmu dan semangat perjuangan...kecewa xde dalam kamus hidup dan politik saya!
BalasPadammgkin salah tanggapan...demi bangsa Melayu kami undi BN/UMNO....bkn hal peribadi,,,org skrg lbh kpd diri sendiri...
BalasPadamtak pelik sebab kecewa adalah milik setiap insan. pemimpin perlu menjaga hati para pengundi untuk terus kekal berada di puncak kuasa.
BalasPadambaguslah sekiranya anda tidak mahu dibalas dengan emas kerana berjuang dalam keikhlasan. yg pasti emas-emas itu akan diambil oleh mereka yg berjuang demi itu semua. yg ada untuk pejuang2 bawahan hanyalah keikhlasan, sedangkan mereka yg melaungkan kononnya berjuang demi agama, bangsa, dan negara dalam masa yg sama hidup mewah.
sekiranya para pengundi yg sudah tua dan telah mengundi berkali-kali pasti akan terasa hati dan kecewa apabila timbalan menteri berkata sedemikian. apa akan berlaku sekiranya PM mengatakan bahawa tanpa orang India dan Cina BN tetap akan menang? Pasti India dan Cina akan kecewa juga. kekecewaan ini bukan kerana muda ataupun tua, ini soal maruah.
Ya mungkin salah tanggapan tetapi, sebab itulah bergurau perlu kena pada tempatnya. beratus orang hadir mendengar ucapan, pasti akan ada beratus tanggapan apabila mendengar ucapan tersebut.
BalasPadamSekiranya semua perkara perlu dianggap baik, janganlah kita marah apabila ada pihak yg meletakkan lemak babi di dalam makanan yg telah diletakkan label HALAL.
okokokokokokey!!!abg muzz penat2 training bola tmpar untuk kekal kn kedudukan tnga teratas...tp mcm ni lyann diorg kat kite ni....lbeh baik abg muzz masuk AJL je....huahuahua....okokokokokokokokey!!!!!------(boboi)------....huhuhu
BalasPadamhahahahaaa sabar boboi..baik tampar bola daripada tampar muka orang kan..okokokokokok jgn patah katil dah la ye
BalasPadamha...tu pon ade gak...dlm seumur idup ku...x pernah tidur gnas smpai patah katil....pening2....hahahah...okokokokokey!!
BalasPadamsal denda tu agak2 la...
BalasPadammemang fACT KO BERI XBETOL...
pada waktu itu makanan memang ader masalah kerana keterer buat hal... selidik dlu sblm cakap... srry
kami dpt info dari korg punye budak la. lain kali jgn letak budak yg xtau apa2 uruskan program dowhhhhh
BalasPadamoohh fakta tak betul..maaflah kalau tak betul. harap juga semua perkara dalam ni semuanya tak betul.
BalasPadamsetuju dgn fakta tak betul.Bajet RM280 ribu tu hanye ape yg korg dgr,tpi bukan ape yg korg tau.selidik dulu kebnaran sebelum berkate2.no heart feeling k..
BalasPadamsaya tak ada masalah untuk akui kesilapan, info itu diterima drpd pengerusi GAJ sendiri. jelas tercatat di atas sumber yg saya terima dan itu bukan tuduhan rambang. kalau pengerusi dah kata macam tu tak kan kami yg mendengar nak abaikan..
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamsaya bukan berniat untuk mengkritik jauh sekali menghina, cuma nak ajak sahabat2 y membaca entry nie berfikir bersama....
RM 280k....memg satu nilai y besar...
tapi hakikatnya, RM280k 2 hanya budget on paper.
apa y diperuntukkan xsemestinya sama nilainya dengan apa y diterima..
mencari dana sebanyak rm280k dalam masa 6minggu, bukan sesuatu y mudah bg mahasiswa,..segala perit jerih hanya penganjur y tahu, tapi xpe lah, itu masalah dalaman mereka...
Saya cuma nak ingatkan sekali lagi bahawa nilai RM280k itu adalah BUDGET YANG DIPERLUKAN untuk jayakan program, tetapi BUKAN BUDGET yang DITERIMA...
jadi janganlah ada pihak y mengatakan penganjur makan duit program untuk kepentingan diri, sedangkan penganjur sendiri terpaksa keluarkan duit poket untuk memastikan program berjalan lancar....
Maaflah sekiranya maklumat yg diterima tidak tepat. jumlah tersebut telah diajukan secara peribadi kepada orang kuat Belia 4B Negeri dan tiada penafian dilakukan, hanya sekadar hembusan nafas tanda keluhan perjalanan program yg tidak setaraf dengan bajetnya sahaja.
BalasPadamsaya tidak menuduh pihak penganjur BERSAMA iaitu UTM mengambil duit tersebut dan tiada baris ayat di atas yg menyatakan sedemikian. sebab itulah saya minta pihak-pihak tertentu bacalah dengan hati yg tenang tanpa emosi yg tidak stabil.
kita semua perlu belajar dari setiap perkara yg berlaku.
Aslmkm di sana,
BalasPadampe nk heran kita smua manusia..not perfect right.. to me all that are remeh-temeh. Yg paling utama anda smua dh hadir w/pun bersusah payah..proven yr commitment... Bab MBJ xhadir ari tu ok fine..mayb beliau ada urgent matters..bersangka baik jelah..xyah kita bertikam jari bertelagah maya pulak kan. Coz nk cari kelemahan ssorg mmg mudah..berkapal-kapal leh dpt perkara biasa. Cuma sy sokong anda spya everybody have to learn from wt/ever past so not to repeat same..
Dulu, masa pembangkang lemah dan pemimpin kerajaan kuat, bukan main sombong lagi pemimpin2 kerajaan ni. Anggap diri mereka paling hebat dan berkuasa mengalahkan raja. Rakyat tertunduk2 menyambut kedatangan mereka. Mereka lupa daratan sekejap. Tapi PRU 2012 kali ni suasana dah berbeza... Ingat2 sikit ye YB sekelian..Lagi satu, pemimpin mudah benar melupakan sumbangan rakyat Johor. Time2 pilihanraya ni rakyat Kelantan, Terengganu, Selangor dan Penang lah yang paling utama. Rakyat Johor tak penting bagi mereka. Mentang2 selalu menang di Johor. Jangan sampai tumbang tiang seri UMNO sudah ler.. Masa tu, dah terlambat ler..
BalasPadam