Salam dan salam sejahtera.
Segelintir mahasiswa/i sudah semakin tidak siuman. Jelas terpancar di raut wajah mereka bahawa mereka itu bukanlah golongan akademik.
Biadabnya mereka apabila mengalungkan gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kalungan bunga sebagai tanda matinya demokrasi.
Pada saya, kesemua mereka itu adalah JAHIL dan saya menyokong gelaran baru kepada mereka iaitu MAHASEWEL.
Jika hendak menuntut supaya PTPTN dihapuskan dan mendesak kerajaan memberi pendidikan percuma, demonstrasi bukanlah caranya. Itu adalah cara terdesak.
Laporan Malaysiakini mengatakan bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berada di tempat kejadian. Hal ini mengesahkan bahawa mahasiswa/i tersebut dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam politik khususnya Pakatan Rakyat.
Pada saya mudah sahaja, apabila meminjam maka wajiblah memulangkannya semula.
Jika Pakatan Rakyat ingin melaksanakan pendidikan percuma, buatlah terlebih dahulu di IPT bawah kendalian mereka terlebih dahulu.
Semoga sumpah seranah warga Kuala Lumpur terhadap mahasiswa/i yang sudah bertukar menjadi MAHASEWEL itu akan menjadi kenyataan.
************************************
Berita : Malaysiakini
Siswa mahu berkhemah hingga BERSIH 3.0
Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari
ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pelajar
berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada
pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan
pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa
Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu
turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan
berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh
PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam
Najib."
Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Di
hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga
pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan
berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam
3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku
Abdul Rahman.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.
Pengerusi
SMM Muhamad Safwan Anang ketika ditemui berkata mereka akan berkhemah
di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan
pada 28 April.
Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah.
Beberapa
orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada
sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut.
memang dasar pemalas dan tak sedar diri mahasewel ni semua.... berhutang pandai bayar tak mau, mak bapak mereka ajar mereka macam tu kot, time susah merayu2 time senang lupa daratan. Banyak cantik muka mereka, tuntut hasil minyak dan kayu balak untuk tanggung hutang mereka sedangkan negeri utama yang mengeluarkan hasil tersebut terutama Sarawak tidak pernah minta macam2 malah sanggup berkongsi hasil tersebut dengan kerajaan pusat untuk kesenangan semua. sedangkan banyak lagi negeri yang perlukan pembangunan seperti sabah dan sarawak (luar bandar) dan negeri sarawak itu sendiri tidak sehaloba macam mahasewel ini semua. Mana akal dan kepandaian mahasiswa ini semua sampai tidak berpandangan jauh dan pentingkan diri sendiri. mereka tidak terfikir ke kalau semua kerajaan tanggung, dan semua benda nak free, last2 kerajaan kurangkan peluang pekerjaan kerana tak mampu bayar gaji pekerja dan takkan mampu membiayai pelajar yang benar2 cemerlang ke luar negara. dan kemudiannya kerajaan terpaksa menaikkan cukai, yang pastinya ini akan membebankan semua golongan masyarakat, sikit2 benda kena cukai, hanya kerana hendak tanggung hutang mahasewel yang tak berakal ini. dan nantinya tidak akan ada siapa yang hendak belajar bersungguh2 kerana kerajaan bagi sama rata semua kepada pelajar tak kira pandai atau tidak asalkan dapat masuk U, lepas keluar U pula, peluang pekerjaa kurang.... yang pastinya generasi akan datang akan menanggung musibah akibat dari tindakan golongan mahasewel ini... renung2kan lah..
BalasPadamYa..Tak salah jika segalanya mahu percuma..Cuma aku risaukan, misalnya jika mereka jadi pemerintah, adakah mereka akan bagi segalanya percuma??????
BalasPadamTak logik kawan.. Komunis pun dia suruh rakyat dia bekerja..
alah student je pun.ape nak takut.
BalasPadam