Mengkritik bukannya menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
(Tuan Syed Hussein Alattas)
Salam dan salam sejahtera.
Seperti mana yang telah saya nyatakan pada penulisan-penulisan sebelum ini, saya membesar dalam keluarga yang setia dan berjuang dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau United Malays National Organisation (UMNO). Sejak kecil mengenal parti keramat UMNO ini melalui ayahanda.
Jari-jari yang menaip ini juga mula mengenal ilmu teknologi maklumat melalui Pusat IT Pejabat UMNO Bahagian Sri Gading pada tahun 2001, iaitu sehari selepas tragedi 11 September di Amerika Syarikat.
Jari-jari yang menaip ini juga mula mengenal ilmu teknologi maklumat melalui Pusat IT Pejabat UMNO Bahagian Sri Gading pada tahun 2001, iaitu sehari selepas tragedi 11 September di Amerika Syarikat.
Ayahanda kerap membawa saya ke majlis-majlis rasmi UMNO dan secara tidak langsung saya memahami serba sedikit dan seterusnya cuba untuk mendalami ilmu politik itu daripada ayahanda saya sendiri. Bermula dari peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat bahagian saya ditekankan mengenai UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin boleh saya katakan bahawa perjuangan UMNO/BN sudah selari dengan prinsip saya. Sebelum tahun 2004, tempat tinggal saya berada di dalam kawasan Parlimen Sri Gading dan ayahanda saya juga merupakan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimennya. Pada tahun 2004, selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya kawasan tempat tinggal saya berpindah ke kawasan Parlimen yang diwujudkan semula iaitu Parlimen Ayer Hitam.
Untuk makluman, saya mendaftar sebagai ahli UMNO pada penghujung tahun 2007 iaitu selepas tamat peperiksaan STPM.
Apabila saya mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) pada Julai 2008, saya berhenti seketika daripada mengikuti program-program UMNO. Saya juga tahu hak seorang mahasiswa yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ketika itu. Bersabar seketika demi pelajaran, berhenti juga seketika daripada berpolitik kepartian.
Di Universiti, saya mengambil bidang Sains Politik sebagai pilihan utama dan itu tidak semestinya menjadikan saya mahir dalam bab-bab politik. Pengalaman-pengalaman ayahanda tetap membantu dalam memahami bidang politik. Begitu juga dengan guru yang mengajar dan menunjukkan dunia politik yang sebenar.
Apabila menuntut ilmu dengan seorang guru, guru menyampaikan secara lisan bagi menerangkan mengenai politik dan suasana politik negara ini. Hampir semua perkara mengenai politik diterangkan satu persatu tetapi realitinya akan dihadapi sendiri apabila tiba masanya kelak.
Hari ini, selepas beberapa bulan saya memperolehi ijazah dan memperolehi ilmu serba sedikit daripada ayahanda dan guru, akhirnya saya merasai sendiri maksud politik itu secara realiti dan bukannya sekadar fantasi.
Mungkin para pembaca jemu dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya mengenai penulisan di dalam blog ini sejak kebelakangan ini. Betul, saya mengaku sejak kebelakangan ini saya menjadikan blog ini sebagai medium untuk menegur tindakan sesetengah pihak khususnya para pemimpin termasuklah kerajaan. Pada awal kewujudan blog ini, saya memberikan tumpuan atau teguran keras kepada parti-parti pembangkang dan pihak-pihak yang keterlaluan dalam menyuarakan hak mereka sehingga ada yang terlupa mengenai status orang Melayu sebagai majoriti di dalam negara ini.
Oleh sebab itu, di dalam penulisan kali ini saya ingin menyatakan bahawa setiap kritikan yang saya lemparkan itu bukanlah untuk menentang dasar tetapi saya menentang cara yang dilakukan. Contohnya, saya tidak menentang Datuk Razali Ibrahim tetapi saya menentang cara beliau sahaja. Walaupun ada pihak mengatakan bahawa saya memberikan bola tanggung kepada pihak pembangkang, tetapi mereka harus sedar bahawa bola tanggung itu diberikan di dalam kawasan sendiri dengan tujuan untuk dilibas ke arah pihak lawan.
Sejak saya menulis berkenaan manusia-manusia yang bakal menjadi calon BN di dalam Daerah Batu Pahat, banyak orang kurang senang dengan andaian yang telah saya lakukan. Perlu disedari bahawa saya hanya sekadar membuat andaian dan andaian itu tidak semestinya tepat. Daerah Batu Pahat memiliki empat kawasan Parlimen iaitu Parlimen Batu Pahat, Parlimen Parit Sulong, Parlimen Sri Gading dan Parlimen Ayer Hitam. Tidak salah rasanya saya membuat andaian kerana setiap andaian yang diberikan memiliki hujah tersendiri. Benar saya perlu memberi fokus kepada kawasan Parlimen Ayer Hitam sahaja kerana itu kawasan saya mengundi. Tetapi sekiranya diberi peluang untuk mencalonkan calon BN di kerusi Parlimen Ayer Hitam, saya berpendapat calon yang sesuai adalah Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam itu sendiri dan bukannya calon payung terjun.
Saya agak terkilan apabila terdapat beberapa pihak mengatakan bahawa saya tidak mengenang budi UMNO/BN. Saya akui, kedudukan yang saya miliki hari ini bukanlah hasil usaha saya sendiri tetapi turut dibantu oleh banyak pihak terutamanya ayahanda, bonda, saudara mara, para guru, presiden pertubuhan belia, malahan saya turut berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat terutamanya Ketua UMNO Bahagian Sri Gading dan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam serta banyak lagi. Ada sebab saya perlu berterima kasih kepada mereka.
Saya juga tidak mahu menjadi seperti pengampu yang hanya mengampu untuk mendapat perhatian dan habuan lebih daripada pihak tertentu. Saya tidak diajar untuk mengangguk pada sesuatu yang sewajarnya digeleng. Maka disebabkan itulah saya dilihat lebih kepada menentang banyak perkara sejak kebelakangan ini.
Saya akui, kini disekeliling saya terlalu banyak manusia yang berpura-pura. Hakikatnya dapat dilihat apabila hampir kesemuanya menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Bukanlah hendak berprasangka buruk tetapi hampir kesemuanya sudah jelas ditunjukkan oleh Allah S.W.T. dan sukar juga untuk saya menerimanya.
Saya tetap akan berpegang kepada prinsip;
"Mengkritik bukannya menentang. Memuji tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci. Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik".
Akhir sekali, saya adalah insan yang menghargai persahabatan, saya juga mudah mempercayai teman, rakan, kawan, sahabat. Walaupun ada dalam kalangan orang yang saya percayai itu telah 'mengkhianati' kepercayaan yang saya beri, sama ada ia terlepas cakap mahupun berniat untuk terlepas cakap, saya tetap akan memaafkannya. Hal ini kerana saya berpegang kepada pesanan supaya sentiasa memaafkan kesalahan orang lain untuk ketenangan hati. Saya juga akan sentiasa mengingati pesanan seorang insan yang saya hormati dan kagumi supaya "Jirus amarah dengan maaf".
Sekian.

(Ayahanda bersama Presiden Majlis Belia Malaysia)

wow.... sungguh bernas dan begitu baik sekali... boleh dikatakan jika tuan hamba terus bersifat begini, tidak mustahil tuan hamba boleh menjadi perdana menteri Malaysia yang begitu baik sekali.. InsyaAllah... aminn... ^_^
BalasPadamsaya mula meminati penulisan anda YB... #eh?? =P
BalasPadamP/S: Insyaallah satu hari nanti akan jd YB juga kn? =)