Followers

Rabu, Disember 03, 2014

AKTA HASUTAN : BERTINDAKLAH!

Salam dan salam sejahtera.

Pada kesempatan ini saya berasakan masih belum terlewat untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di atas keputusannya untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Syabas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berani menyatakan yang haq!

Beberapa orang bekas tentera menyatakan sudah tiba masanya Akta Hasutan 1948 digunakan sebaik mungkin untuk menangani pihak-pihak yang cuba menghasut rakyat dengan cara menonjolkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

Mereka (bekas tentera) itu yakin, sekiranya perkara ini tidak ditangani sebaik mungkin, pasti peristiwa yang tidak diingini akan berlaku. Ketika itu, segala yang telah sekian lama dibina, pasti akan ranap dalam sekelip mata.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, BERTINDAKLAH!

Bertindaklah sebelum terlambat.




Isnin, April 21, 2014

TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD - WARLORD YANG MERENDAH DIRI - SANTAI BERSAMA PEMIMPIN MUDA

Salam dan salam sejahtera.

19 April 2014 - Y.B. Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Pulau Pinang.

Y.B. Tan Sri Shahrir Abdul Samad berada di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang untuk memenuhi undangan Sekretariat Dewan Perundingan Pelajar (Parlimen Mahasiswa) USM dalam program Sesi Dialog Bersama Ahli Majlis Penasihat Iskandar Malaysia.


Y.B. Tan Sri Shahrir tiba di Pulau Pinang pada jam 12.20 tengahari telah disambut oleh Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Naib Canselor USM dan dijamu jamuan makan tengahari bersama pegawai-pegawai universiti.

Pada sebelah petang, Y.B. Tan Sri Shahrir telah hadir sebagai Ahli Panel di dalam Sesi Dialog Bersama Ahli Majlis Penasihat Iskandar Malaysia yang dianjurkan oleh Sekretariat Dewan Perundingan Pelajar (Parlimen Mahasiswa) USM.



Beberapa perkara telah disentuh dan diajukan di dalam sesi dialog berkenaan meliputi pembangunan terkini wilayah Iskandar Malaysia, GST, hutang negara, politik dan sebagainya.

Selesai sesi dialog berkenaan, Y.B. Tan Sri Shahrir bersama para pegawai dan beberapa pelajar telah meluangkan masa menziarah mendiang Karpal Singh.

Pada sebelah malam pula, Y.B. Tan Sri Shahrir meluangkan masa beramah mesra dan makan malam bersama anak-anak Johor di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru telah meluangkan masa beramah mesra dan menjelaskan mengenai perkembangan pembangunan di Iskandar Malaysia. Beberapa perkara turut disentuh mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dan boleh direbut oleh mahasiswa/i anak Johor USM.

Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu turut dihadiri Penasihat Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM dan barisan kepimpinan IKMAR USM.

Tahniah dan terima kasih kepada Y.B. Tan Sri Shahrir kerana menjadi Ahli Parlimen (tanpa jawatan menteri) pertama berjumpa anak-anak Johor di USM (dalam tempoh 10 tahun).



Tan Sri Shahrir bersama penasihat dan kepimpinan IKMAR USM





Kehadiran Y.B. Tan Sri Shahrir ke program IKMAR telah menyangkal tuduhan bahawa pemimpin-pemimpin Johor hanya akan menunjukkan muka apabila tiba musim pilihanraya sahaja bagi meraih sokongan orang muda di perantauan.

Selepas program bersama IKMAR, Y.B. Tan Sri Shahrir meluangkan masa bersama beberapa bekas pemimpin pelajar USM. Sesi 'ngeteh' itu berfokus kepada isu-isu semasa dan strategi dalam politik. Beliau turut berkongsi pengalaman ketika wujudnya Team A dan Team B di dalam UMNO suatu ketika dahulu.


Sesi ngeteh yang santai itu seolah-olah sesi bersama rakan-rakan di kedai mamak. Tiada protokol, tiada rasa malu atau teragak-agak untuk mengajukan persoalan. Sekiranya berkesempatan, ingin sahaja semuanya dirakamkan di sini, tetapi mustahil.


Saya dan rakan-rakan sudah mendapat jawapan utama mengenai kehebatan dan kebijaksanaan beliau dalam mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru, sedangkan banyak kerusi ibu negeri telah jatuh kepada parti pembangkang.


*******************

Selain daripada pengalaman, pemikiran dan prinsip yang beliau pegang, saya kagum dengan cara beliau berinteraksi dengan orang yang berhadapan dengan beliau. Beliau tidak 'mencantas' orang lain untuk mengeluarkan idea bahkan kritikan semasa bertukar-tukar fikiran. Beliau mendengar dan memberi peluang. Paling utama, beliau tidak memegang telefon bimbit sepanjang bersembang dan memberi fokus sepenuhnya kepada perbualan kami.

Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional perlu lebih ramai pemimpin yang berprinsip dan berpandangan jauh seperti Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Jumaat, Mac 14, 2014

KEJAHILAN BOMOH : BOMOH ANDROID

Salam dan salam sejahtera.

Akibat KEJAHILAN (KEBODOHAN) si raja bomoh (kononnya), maka Islam telah dihina.


 Aplikasi Bomoh di android

Saya tidak berani hendak mengatakan si bomoh itu sebagai SESAT kerana tidak mempunyai dana untuk membayar saman si bomoh itu.

Saya tergelak membaca laporan media portal di bawah ini. Sudah-sudahlah wahai si bomoh. Buat malu Islam dan bomoh-bomoh nusantara....

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam



Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.
Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.
Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.
Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.
Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.
Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.
Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. - 14 Mac, 2014. (MalaysianInsider)


Khamis, Mac 13, 2014

BOMOH : JAKIM PERLU BERTINDAK

Salam dan salam sejahtera.

Kemunculan bomoh yang mengaku sebagai Raja Bomoh secara tidak langsung memalukan Malaysia dan paling utama memalukan ISLAM itu sendiri.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menteri bertanggungjawab perlu bertindak menangani perkara ini.

Kenyataan Ustaz Fathul Bari di twitter (laporan Sinar Harian).





Kenyataan saya pula :) :



Rabu, Februari 26, 2014

PERGINYA SEORANG TOKOH

Salam dan salam sejahtera.

(Alhamdulillah, setahun saya tinggalkan blog ini untuk beri ruang kepada 'quarantin' segala kesan negatif)


Pada jam 21 Februari 2014 jam 12.30 malam saya menerima mesej daripada adik saya mengenai pemergian saudara kami iaitu Cikgu Ali Badron Sabor atau lebih dikenali sebagai Ali Badron Tarbus.

Allahyarham merupakan seorang tokoh budaya yang mendapat pengikhtirafan daripada kerajaan Malaysia. Allahyarham mendapat anugerah Tokoh Warisan Orang Hidup pada tahun 2009.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Saya bersama Allahyarham di kenduri kahwin saudara kami di Ayer Hitam, Johor.