Followers

Rabu, Julai 29, 2009

Perkukuh Benteng USM Kampus Induk..


Selesema Babi H1N1 =
Tanda-tanda Akhir Zaman?


Hari ini hamba nak bawakan anda semua satu topik yang hamba rasa cukup hangat masa ini.

Hamba pasti anda semua mesti dah arif sangat tentang wabak terbaru yang melanda dunia sekarang ni, iaitu wabak Selesema Babi/swine flue H1N1.

Alhamdulillah.. sebab USM kampus induk masih mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk melawan H1N1 ini.. Walaupun satu demi satu IPTA macam UiTM, UUM, UPSI, dan UPM terpaksa mengalah dengan memberi cuti awal kepada pelajar-pelajarnya tetapi kita di kampus induk USM ni begitu bernasib baik.. Hari ini kita mendapat berita bahawa kampus kejuruteraan USM di Nibong Tebal telah tewas dalam peperangan dengan H1N1. Marilah kita sama2 berdoa supaya USM kampus induk berjaya mengharungi detik2 yang sukar ini.

Ada orang cakap H1N1 ni salah satu daripada tanda2 awal berlakunya kiamat..Oleh sebab itu marilah kita renungkan sepotong hadis mengenai fenomena alam yang terjadi dan penyakit2 ganjil seperti Coxsackie, JE, SARS Selesema Burung, dan sekarang ni H1N1 Selesema Babi.. Baginda Rasulullah S.A.W ada menyatakan bahawa kemunculan penyakit2 ini sebagai tanda akan berlakunya kiamat.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku dalam kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran dalam kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terangan, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).” (HR: Ibnu Majah)

Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan dunia ini seperti seorang yang terlalu bongkok.

Oleh itu, penuhkanlah iman di dada, sebelum menyesal di kemudian hari.

Karenah Birokrasi..

Hell'000 Birokrasi..

Hari ini hamba pergi ke pejabat......atas urusan rasmi bersama rakan hamba. Nak dijadikan cerita hamba dan rakan hamba telah pergi ke tingkat 5 sebab mengikut papan tanda mengenai urusan yg kami perlukan..sampai di tingkat 5 kami diminta pergi ke tingkat 2..sampai di tingkat 2 pulak kami di minta pergi ke tingkat 3..nasib baik la bangunan yg sama..tapi syukurlah sebab layanan pun baik.

Hamba kena selalu berfikiran positif walaupun agak marah, nak buat apa lagi senyum je la..mungkin orang yg memberi arahan ke tingkat mana kami perlu pergi tu tak tahu apa2 jadi dia pun bagi arahan umpama kami ni bola yg boleh disepak ke mana2 je..

Birokrasi ini sebenarnya bertujuan nak mengagihkan kuasa kepada pihak2 yg sepatutnya..kalau 1 orang ada banyak kuasa nanti boleh jadi penyalahgunaan kuasa..

Suka atau tak inilah birokrasi dalam demokrasi..kat jabatan kerajaan pun ada birokrasi..kat hospital nak masuk atau nak keluar wad pun ada birokrasi..kat jabatan biasiswa atau pinjaman pun ada birokrasi..nak masuk tandas pun ada birokrasi jugak sebab kena bayar 20 sen..haaii dunia2

Hamba baru je belajar hal birokrasi ni kat kelas Teori dan Kaedah Sains Politik..Sebenarnya birokrasi ni asalnya dari perkataan "biro" yg merujuk kepada meja tulis untuk pejabat di tempat kerja. Jadi birokrasi ni bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat..

Birokrasi sebenarnya 1 konsep sosiologi & sains politik yg merujuk kepada cara bagaimana pentadbiran dijalankan..

Hamba cukup letih & malas nak berurusan dengan jabatan2 kerajaan atau hospital..urusan yg sepatutnya siap tak sampai 30 minit tapi meleret-leret sampai lebih 2 jam, kadang2 berhari-hari..

*Hamba cukup malas dengan karenah birokrasi ni..hamba dah letih sangat dengan benda ni, sampai hamba malas nak citer hal2 birokrasi kat post ni..kalau nak tahu apa bendanya birokrasi tu, carilah sendiri kat wikipedia..malas dah nak taip..

Jumaat, Julai 24, 2009

Izinkan Hamba Berbeza Pendapat..

Pada 1 Ogos 2009 akan diadakan satu perhimpunan bagi mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).. Kepada sesiapa yang tak ada kerja bolehlah turut serta, kepada kawan2 yang berstatus pelajar anda perlu menanggung risiko atas perbuatan anda sekiranya anda turut serta dalam demonstrasi tersebut..tiada siapa yang boleh menafikan hak anda untuk turut serta dalam apa jua demonstrasi atas dasar kebebasan bersuara, tapi ada batasnya..

Rakan hamba Mr. Din dari Kelantan tapi mengaku orang Perlis dalam blognya http://terjunkelangit.blogspot.com telah menulis agak panjang dan macam agak lebar jugak la mengenai ISA..jadi kali ni hamba nak menulis mengikut penakulan hamba sendiri mengenai isu ini..

Secara peribadi hamba melihat orang yg sungguh beriya-iya sangat supaya ISA ni dihapuskan ialah orang yang bercita-cita nak membuat anarki dalam negara kita ni..Mengikut andaian hamba, mereka sebenarnya mempunyai hasrat sekiranya ISA dimansuhkan maka mereka bolehlah membuat apa sahaja kerana selama ini ISA telah menghalang mereka..Mereka inilah yg boleh dikategorikan sebagai pemimpin-pemimpin yang melihat bahawa ISA telah menghalang mereka untuk mencapai kuasa mutlak supaya berada di tangan mereka..

Sebenarnya perkara yang telah menghalang mereka selama ini untuk mencapai impian ialah DYMM Yang Di-Pertuan Agong & Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)..

Kita semua sedia maklum bahawa ISA ini adalah satu senjata kepada pihak pemerintah bagi menghalang pengaruh komunis, gerakan subversif & jugak golongan yang merbahaya kepada keselamatan negara..Suka atau tidak kita kena mengakui bahawa ISA sangat berguna kepada kita rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan & keharmonian..

Buat apa kita semua nak takut dengan ISA ni? Apa kena mengena kita semua dengan ISA? Hamba sebagai rakyat biasa berstatus bangsa pendatang dari Banjarmasin Kalimantan Indonesia tidak berasa terancam dengan ISA ni..Adakah dengan adanya ISA ni kita semua hidup dalam kesusahan & tak bebas untuk berhibur, beriadah atau hak kita untuk mendapat pendidikan dinafikan dengan adanya ISA? Adakah ISA ni menafikan hak kita untuk beragama, nak masuk jadi ahli tabligh? Sebenarnya banyak lagi persoalan yang perlu dilontarkan kerana hamba sebagai rakyat biasa mempunyai banyak persoalan & mempunyai banyak jawapan berdasarkan andaian..

Hamba tertarik dengan apa yg diperkatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu YB Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) kerana beliau melihat ISA sebagai keperluan kepada Malaysia..Kita tidak boleh menafikan hak Datuk Ibrahim Ali walaupun banyak pihak mengelarkan beliau sebagai YB Katak..Beliau pernah ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 selama 26 bulan & kemudian di bawah Operasi Lalang pada tahun 1987..satu kenyataan beliau yg agak menarik ialah, "saya tak menyesal ditahan dibawah ISA kerana saya berani buat maka saya berani tanggung"..

Hamba berpendapat ISA perlu dikekalkan supaya tidak wujud anarki seperti di negara-negara lain..Walaupun begitu kerajaan perlu membuat penambahbaikkan terhadap ISA supaya akta ini tidak menafikan hak seseorang yang ditahan, serta tidak memusatkan kuasa ISA ini dibawah seorang sahaja..Jika boleh wujudkan satu Suruhanjaya yang bebas daripada politik untuk mengendalikan akta ini..Hamba berani menyatakan disini bahawa jika sekiranya kerajaan pimpinan YAB. Dato' Sri Mohd. Najib Razak memansuhkan ISA maka tidak mustahil Malaysia akan turut menyertai negara2 yang tidak aman, tidak tenteram & tidak diyakini oleh pelabur..

*Demonstrasi jalanan yang dilakukan sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang merupakan satu tindakan yang merugikan..berapa banyak peniaga yang mengalami kerugian disebabkan demonstrasi jalanan..berapa banyak juga urusan rasmi yang tergendala disebabkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas disebabkan demonstrasi jalanan? Berfikirlah secara bijaksana bukan secara emosi..

**Ini hanya pendapat peribadi & tidak mewakili mana2 institusi mahupun pertubuhan..

***Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yg baik..

Khamis, Julai 23, 2009

Tagoh Baratan..(Teguh Semuanya..)

Pertubuhan Silat Gayong Gerak Serentak Malaysia

Hamba nak cerita pasal silat pulak yg pada suatu ketika hamba hampir2 nak ceburkan diri secara serius dalam bidang ni..tapi hamba ada alternatif lain untuk jadi bijaksana dalam hal2 macam ni..meh baca sama2

Silat ini telah ddaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nama Persatuan Silat Gayong Gerak Serentak Batu Pahat pada tahun 1998 dengan no. pendaftaran 0546/98. Walaubagaimanapun, silat ini telah pun ditubuhkan pada awal tahun 1973 di bawah naungan Majlis Kebudayaan Batu Pahat.


Silat ini diasaskan oleh Mahaguru Hj. Jaffar bin Hj. Abd. Hamid bertempat di kediaman beliau sendiri. Sehingga kini kediaman beliau yang beralamat di TL 34, Pt. Ulong Darat, Sri Medan, Batu Pahat menjadi pejabat dan rumah rasmi Pertubuhan. Selain daripada kegiatan silat, kediaman beliau juga menerima tetamu untuk tujuan perubatan dan urutan tradisional.

Silat ini berasal dari Pesantren Gunong Jati, Indonesia. Ianya dipelopori oleh anak-anak raja Banjar dan hanya diperturunkan kepada anak-anak Banjar sahaja dengan nama Silat Sendeng Singkir. Silat ini telah dibawa ke Tanah Melayu pada kurun ke-16 oleh anak-anak raja Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu dan menukar gelaran nama mereka menjadi orang kebanyakan.

Bagi membolehkan suku-suku kaum melayu lain mempelajarinya, Mahaguru Hj. Jaffar telah menukar nama Silat Sendeng Singkir kepada Silat Gayong Gerak Serentak yang mana telah diadun daripada silat-silat Banjar, Jawa, Bugis, Melayu dan Cina.

Dinamakan Silat Gayong Gerak Serentak adalah bersempena dengan gabungan silat yang telah dirangkumkan menjadi jurus-jurus maut dan berbahaya, yang bergerak secara serentak iaitu gerakan sepantas kilat. Gerakan pembelaan dan serangan dalam silat ini membolehkan tidak membatalkan solat seseorang ketika dalam keadaan darurat. Gayong pula adalah menjadi asas dalam pergerakan silat Banjar. Walaupun menggunakan nama Gayong, jurus dan buah dalam silat ini adalah lebih cenderung kepada gaya serangan Sendeng, yang mana prinsip utamanya ialah “menepis serangan dengan serangan”.

Antara ilmu silat yg akan dipelajari ialah :

  1. Silat Gayong Banjar
  2. Silat Sendeng Singkir
  3. Silat Sendeng Tunggal
  4. Silat Sendeng Seminggu
  5. Silat Macan Banjar
  6. Silat Olahraga
  7. Buah Pukul & Penebat
  8. Kunci & Pelepas
  9. Silat Seni & Persembahan.


Silat adalah salah satu warisan pusaka bangsa Melayu selain daripada bahasa dan pakaian yang semakin hari semakin dicemari dan dilupai. Jika pada zaman dahulu silat berjaya mencegah anasir-anasir penjajah, diharapkan pada generasi hari ini silat akan berjaya mencegah anasir-anasir yang tidak sihat dan sekaligus menjana pertumbuhan dan kemajuan bangsa. Satu Malaysia..

*Luaran & dalaman..zahir & batin..rohani & jasmani..PENGISIAN DALAMAN..

Rabu, Julai 22, 2009

Kaki Dalam Kasut..

Nampaknya Tun Dr. Mahathir Mohamad ada artikel yg hampir sama dengan aku,berkaitan isu perkauman..mari baca sama2..

Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Petikan tulisan YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad