Followers

Khamis, Disember 30, 2010

Politik - Orang Muda - Janji? Oh lupa..

Salam.. Salam Sejahtera..

Saya tertarik dengan satu topik perbualan oleh seorang rakan semasa kami sedang makan bersama. Apakah topik itu? Rasanya tidak perlulah saya nyatakan dengan lebih lanjut di sini.

Apa yang dapat saya ringkaskan mengenai perkara tersebut ialah insan-insan dalam kabinet Malaysia yang mana lebih mesra dengan generasi muda khasnya kepada mahasiswa/i? Adakah Menteri atau Timbalan Menteri?

Secara peribadi saya mengakui bahawa saya dilahirkan di dalam keluarga yang berideologi politik United Malays National Organization (UMNO) atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar). Parti politik pertama yang saya kenal ialah Parti Semangat 46 yang merupakan parti serpihan UMNO. Parti Semangat 46 ini kemudiannya telah dibubarkan dan kebanyakkan ahlinya menyertai semula UMNO termasuklah bapa saya.

Segala apa yang saya nyatakan di sini
hanyalah sekadar pandangan peribadi.

Saya agak terkejut (sebenarnya tak terkejut mana pun) apabila membaca satu mesej yang ditunjukkan oleh rakan saya mengenai berita bahawa terdapat 'kuasa' daripada orang muda yang mempengaruhi 'pembuat keputusan' untuk memberikan cuti peristiwa pada 31 Disember 2010 sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010. Jawapan balas daripada rakan saya kepada pengirim mesej tersebut membuatkan saya berfikir sejenak - "mungkin dia bakal jadi menteri tak lama lagi" (lebih kurang begitu jawapannya).

Siapakah orang muda yang dimaksudkan? Rasanya tidak perlu dinyatakan namanya di sini. Yang penting kini beliau bukanlah seorang yang bergelar Menteri apatah lagi Timbalan Menteri.

Pemuda-pemuda yang berada di dalam kabinet negara sama ada Menteri atau Timbalan Menteri sewajarnya merajin-rajinkan diri untuk lebih dekat dengan mahasiswa/i. Perlu diketahui juga bahawa golongan mahasiswa/i juga adalah golongan belia yang memiliki suara dan kuasa dalam menentukan iklim politik tanah air.

Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah adalah contoh Timbalan Menteri yang 'rajin' menjenguk mahasiswa/i di universiti, itu mungkin juga disebabkan oleh kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Saya dan beberapa rakan juga berpendapat bahawa Y.B. Saifuddin Abdullah tidak layak berada di posisi Timbalan Menteri tetapi sebenarnya kedudukan yang paling layak adalah sebagai seorang Menteri. Beliau juga sering mengenepikan protokol sebagai Timbalan Menteri apabila berjumpa dengan mahasiswa/i (ini kata-kata daripada rakan-rakan universiti lain).

Tulisan ini bukanlah untuk membodek kerana saya tidak memperoleh apa-apa pun dengan melakukan sedemikian. Antara pemimpin muda yang ada di dalam kabinet dan mempunyai pemikiran yang sama dengan mahasiswa/i tanah air ialah Y.B. Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang di lantik sebagai Timbalan Menteri atas kewibawaan beliau dan menafikan 'hak' Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hanya melihat kerusi menteri daripada jauh. Senior-senior dalam persatuan yang saya anggotai amat menyanjung tinggi Y.B. Datuk Razali Ibrahim kerana beliau memberikan sumbangan kewangan bagi membantu mengatasi permasalahan yang wujud. Setidak-tidaknya janji beliau masih boleh 'di pakai' tidak seperti pihak-pihak lain yang hanya berjanji tetapi mungkin lupa disebabkan terlalu banyak kerja hakiki dan mungkin juga sibuk mengumpul kekayaan. Walau apa pun kita kena berfikiran positif.

Saya teringat pada awal tahun 2010 yang lepas ada seorang Setiausaha Politik kepada seorang Menteri telah datang ke universiti tempat saya belajar dan beliau mahu berjumpa dengan jawatankuasa satu persatuan anak negeri bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kehadiran Setiausaha Politik itu adalah secara tidak rasmi tetapi sepanjang sesi dialog diadakan ada pihak-pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut kerana tidak memaklumkan kehadiran Setiausaha Politik itu kepada pihak terbabit. (Telefon bimbit beberapa orang penting masa itu sentiasa berbunyi untuk mendapatkan alasan mengapa mereka tidak dimaklumkan). Setiausaha Politik itu masih mampu bermain bola sepak bersama mahasiswa-mahasiwa tanpa perlu 'melapor' diri di hadapan pihak-pihak tertentu universiti.

Saya selalu cakap dengan bapa saya "Abah, tolonglah bagi tahu orang politik kalau dah janji dengan mahasiwa/i dia nak bagi itu bagi ini tolonglah tunaikan. Jangan nanti masa pilihanraya baru nak ajak balik kampung naik bas percuma..".

Sampai hari ini masih ada persatuan di universiti yang menanggung 'azab' kerana janji yang belum ditunaikan walaupun sudah sembilan (9) bulan janji itu diluahkan. Sembilan bulan ya, saya ulangi SEMBILAN bulan masih tergantung tidak bertali. Disebabkan itu jugalah spontan saya 'tercakap' di depan bapa saya "Lepas ni tak nak minta apa-apa lagi dengan orang politik! Semua janji kosong, kata ada peruntukan tapi tak bagi-bagi.. Simpanlah peruntukan tu untuk pemilihan parti atau untuk perut dia orang..".

Kepada mereka yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti ini adalah teguran saya yang pertama di dalam blog. Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya hanya rakyat biasa yang masih perlu membayar petrol dengan harga yang ditentukan oleh kerajaan walaupun kerajaan melalui Menteri yang berkenaan berjanji bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan pada tahun 2010. Alhamdulillah harga tetap naik, mungkin disebabkan tidak sabar untuk bertukar ke tahun 2011. Saya tidak pernah mengeluh apabila harga minyak naik kerana bapa saya orang UMNO yang sudah tentu akan selari dengan kerajaan. Apabila harga minyak naik saya akan cakap "Harga minyak naik abah kena tambah elaun la ya..".

Sekarang ini sudah terlalu banyak slogan yang berkaitan dengan SATU (1). 1Malaysia, 1Ummah, 1Belia, 1Hati, 1Jiwa, macam-macam slogan 1 sekarang yang ada. Jadi saya juga ada satu slogan iaitu 1Harapan kepada semua pemuda yang ada di dalam kerajaan supaya rajin-rajin turun ke bawah menjenguk mahasiswa/i. Itu pun jika mahu mahasiswa/i selari dengan aspirasi kerajaan. Apabila sudah turun ke bawah jangan pula menabur janji tapi tidak ditepati.

"Kerbau di pegang pada tali, manusia di pegang pada janji, kalau tak tunai janji maaflah mesti tak ada undi.."

Harimau Malaya menang - CUTI!!!!!!

Salam.. Salam Sejahtera..


Pasukan bola sepak Malaysia menang ke atas Indonesia..

Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak umum cuti peristiwa..

31 Disember 2010
(JUMAAT)

Ramai yang suka cuti..

Ramai juga yang tak suka cuti
sebab negeri mereka memang cuti masa tarikh tu..

Apa-apa pun selamat bercuti..

Terima kasih dan tahniah kepada
Skuad Harimau Malaya
yang membaham
Sang Garuda

Kalau kalah mesti tak cuti kan...

Selasa, Disember 28, 2010

Rakyat Indonesia BIADAB!!

SIAL!

BANGSAT!

BODOH!

BANGANG!

BAHLOL!

Tak kenang budi!

Berambus daripada Malaysia!

Memang patut negara tu selalu kena bencana!



Banyak lagi kata-kata spontan yang terkeluar daripada mulut saya dan rakan-rakan apabila membaca status di facebook milik Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak. Status tersebut di buat oleh segelintir rakyat Indonesia yang secara jelas mempamerkan KEBIADABAN mereka selepas pasukan bola sepak Indonesia tewas kepada pasukan Malaysia pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

(daripada Facebook DS Najib Razak)

Sebaik sahaja tamat perlawanan bola sepak di Bukit Jalil, laman facebook Siswa Anak Johor turut menerima cemuhan daripada penyokong-penyokong Indonesia yang kebanyakkannya 'sesat' demi untuk mengutuk dan menghina Malaysia.

Daripada perlawanan bola sepak, perkara ini berlarutan sehingga kepada serangan terhadap Malaysia kerana beberapa perkara yang menjadi duri dalam daging kepada hubungan Malaysia dan Indonesia. Serangan peribadi dan cemuhan terhadap pemimpin negara turut dilakukan, termasuklah kepada Raja-Raja Melayu.

Mereka turut menuduh Malaysia mencuri budaya Indonesia. Seperkara saya nak nyatakan di sini kepada semua pembaca warga Indonesia yang membaca tulisan ini "PELAJARI TERLEBIH DAHULU SEJARAH NUSANTARA INI". Malaysia dan Indonesia adalah satu. Saya ulangi 1 atau SATU. Malaysia dan Indonesia dipisahkan hanya dengan sempadan politik. Sempadan politik yang di cipta oleh bangsa penjajah Inggeris dan Belanda.

Di Malaysia khasnya di negeri Johor ada kebudayaan kuda kepang (kuda lumping) dan barongan yang berasal daripada Jawa. Kesemua budaya itu bukanlah di curi tetapi di bawa bersama oleh mereka yang berhijrah ke Malaysia pada suatu ketika. Kenapa sukar untuk memahami perkara ini? Kenapa masih ramai yang mempertikaikan perkara ini sehingga hari ini? Adakah kerana terlalu sibuk berdemonstrasi sehingga tidak berkesempatan membaca penjelasan?

Semasa pasukan bola sepak Malaysia tewas kepada Indonesia di Jakarta dengan jaringan 1 - 5, rakyat Malaysia menghormati keputusan tersebut. Mengapa apabila Indonesia tewas kepada Malaysia segala bentuk provokasi dicetuskan? Itu menunjukkan tahap ketaksuban yang melampau dan mengetepikan semangat kesukanan. Jika tidak mahu menerima kekalahan tidak perlulah bertanding.

Lagu kebangsaan Negaraku dipermainkan. Pemimpin utama negara dipersenda. Nama Malaysia dipermainkan. Namun begitu saya berharap Malaysia khasnya rakyat Malaysia akan tetap bermurah hati menghulurkan bantuan kepada Indonesia jika sekiranya negara itu menghadapi bencana seperti mana Tsunami, gempa bumi, ledakan gunung berapi, banjir dan sebagainya.

Sememangnya mereka amat biadab dan kurang ajar! Mereka perlu di ajar! Tetapi mereka sudah tentu tidak mahu belajar.

Kepada semua marilah sama-sama kita mendoakan supaya pasukan bola sepak Malaysia berjaya memenangi perlawanan di Jakarta nanti. Sama-sama juga kita doakan keselamatan seluruh rakyat Malaysia di Indonesia daripada tindakan jahil segelintir rakyat Indonesia yang taksub tidak bertempat.

Harimau Malaya MEMBAHAM Sang Garuda!

Isnin, Disember 27, 2010

1Malaysia pun haram?

Salam.. Salam Sejahtera..

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri tersebut.

Alasan paling munasabah yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Y.B. Ronnie Liu ialah konsep 1Malaysia itu adalah bermotifkan politik dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan berbaur politik.

Rasanya 1Malaysia sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun parti-parti pembangkang di negara ini mengaitkan 1Malaysia perkara-perkara negatif dan penglibatan pihak asing dengan konsep tersebut, tetapi kesemuanya itu sudah di jawab oleh pihak kerajaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sendiri di gantung selama 6 bulan kerana gagal membuktikan tuduhan terhadap 1Malaysia.

Semua orang mampu bercakap apa sahaja tetapi lagi molek jika disertakan dengan bukti. Kalau tak ada bukti nanti kena gantung daripada hadir persidangan dewan..

Kalau iklan macam ni kena tindakan sama tak?


Ahad, Disember 26, 2010

Harimau Malaya tolak malaySiAnjing!

Salam.. Salam Sejahtera..

Musim perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 sedang hangat melanda. Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan ialah langkah cemerlang pasukan bola sepak Skuad Harimau Malaya negara kita, Malaysia.

Perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur melibatkan pasukan Harimau Malaya (Malaysia) dengan Sang Garuda (Indonesia).


Walaupun Indonesia sudah menjulang piala tersebut sebanyak 5 kali, tetapi sokongan peminat di tanah air sendiri amat perlu untuk memangkin psikologi positif para pemain Harimau Malaya.

Bola sepak atau apa jua sukan sepatutnya menjadi wadah untuk penyatuan. Namun begitu unsur penyatuan itu seakan-akan terabai dek ketaksuban para penyokong yang kurang bijaksana dalam menghayati semangat kesukanan.

Baru-baru ini di dalam facebook Siswa Anak Johor (Gabungan Anak Johor) telah muncul seorang manusia yang diyakini seorang rakyat Indonesia telah melancarkan 'serangan' terhadap Malaysia.


Tindakan amat tidak bijaksana daripada pemuda itu di lihat sebagai menunjukkan ketaksuban pada tempat yang tidak sesuai. Tidak salah jika sekiranya provokasi itu dilakukan tetapi mengapa perlu menggunakan kata-kata kesat kepada sebuah negara?

Secara peribadi saya melihat kata-kata seperti 'malaySiAnjing' bukan sahaja ditujukan kepada Malaysia tetapi turut ditujukan kepada Melayu kerana perkataan itu seperti berbunyi 'malay si anjing!'.

Walau apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia dengan keputusan 3 - 0. Semoga pada pusingan seterusnya di Jakarta nanti pasukan Malaysia dapat merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010.

*status facebook itu sudah di padam..