Followers

Sabtu, Februari 16, 2013

LGE : 2011 kutuk Johor, 2013 Penang juga tidak selamat

Salam dan salam sejahtera.

Petikan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2013 amat menarik perhatian saya.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Chang Yeow yang dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut menyebut terdapat ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menakutkan rakyat Pulau Pinang, bahkan menjejaskan imej negeri ini di mata dunia.

Saya tidak mahu menggunakan laporan daripada akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana sebahagian rakyat yang menyokong penuh setia Pakatan Rakyat (atau FUCKatan Rakyat) tidak akan percaya laporan akhbar arus perdana tersebut.

Sambil membaca laporan akhbar tersebut, saya tersenyum kerana Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjun daripada Melaka ini mengeluarkan kenyataan sedemikian (rujuk tulisan berwarna merah di atas).

Sebab itulah kita dinasihatkan jangan menganiaya orang lain, kerana satu hari nanti kita akan menerima nasib yang sama.

Masihkah Setiausaha Agung DAP ini ingat, pada tahun 2011 dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah,

Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Jika Setiausaha Agung kepada parti yang tersilap mengira undi ini terlupa, saya harap beliau dan para pengikut 'KHALIFAH AGUNG' (kononnya) ini akan ingat semula.


Sekiranya ini Dato' Sri Najib dan belakang itu pula Datin Sri Rosmah, pasti puak-puak FUCKatan jadikan sebagai isu dalam setiap ceramah. OSTAJAH abby abadi yang dah insaf pun akan jadikan isu di twitter. Taubat la sangaatttt...

Sekian.

Selasa, Februari 12, 2013

Rumah Terbuka CNY : Ramai yang kata YES!

Salam dan salam sejahtera.

Rakaman video tidak mampu membuktikan apa-apa.

Mengapa?

Kerana rakaman itu daripada 'besi'.

Saya berada di dalam majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang yang dianjurkan Barisan Nasional Pulau Pinang.

Kehadiran saya bersama sahabat-sahabat kelahiran Johor yang bermastautin di Pulau Pinang adalah sebagai rakyat Malaysia.

Kehadiran kami bukan untuk makan tetapi sekadar menghadiri majlis dan dalam masa yang sama melihat persembahan artis Korea Psy yang menelan belanja RM2 juta. Alhamdulillah bukan duit kerajaan.

Cuma agak terkejut apabila menonton video yang memaparkan sorakan NO!! terhadap BN semasa Dato' Sri Mohd Najib berucap.

Terus terang saya dan sahabat-sahabat hanya mendengar YES! kerana yang mengatakan NO! itu mungkin berada begitu hampir dengan alat perakam.

Walau apa pun, mereka yang hadir pasti mengetahui kisah sebenar. 

Mereka yang tidak hadir pula lebih bergantung kepada sumber yang merakam dan tidak pasti akan kesahihannya.

Ingatlah kata-kata Pemimpin parti yang kononnya Islam, 'kamera adalah besi dan tidak boleh menjadi saksi'.

Jika anda percaya rakaman tersebut, jangan abaikan juga rakaman video seks Ketua Umum PKR.

Sekian.

KFC : Bakal atau telah dijual???


Salam dan salam sejahtera.

KFC bakal dijual atau sudah dijual?


Sebagai rakyat biasa negeri Johor, persoalan demi persoalan akan sentiasa bermain di fikiran kami khususnya anak-anak Johor yang peka mengenai kepentingan ekonomi negeri.

Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui masa silam KFC di negara ini.

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya catatkannya di sini.

Suatu ketika pada tahun 1980-an, ketika sambutan orang-orang Melayu beragam Islam terhadap makanan segera KFC cukup tinggi dan ketika itu jugalah Pergerakan Pemuda UMNO telah mencetuskan keraguan mengenai status halal ayam goreng KFC tersebut.

Berdasarkan beberapa catatan Pemuda UMNO, pertikaian mengenai status halal tersebut telah mencetuskan 'persengketaan' antara Pemuda UMNO dengan pihak KFC ketika itu yang diketuai oleh mendiang Low Cheng Ghee. Dan pada tahun 1985 mendiang telah memberi peluang kepada Inovest dan PNB untuk memiliki KFC.

Ketika itu isu pemilikan KFC bukanlah agenda utama yang diperjuangkan tetapi lebih menjurus kepada status makanan halal yang mutlak. Pemuda UMNO ketika itu dilihat lebih memberi tumpuan kepada kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi yang diperoleh selepas itu adalah satu bonus.

Difahamkan bahawa pihak Innovest dan PNB telah membayar lebih RM50 juta kepada pemilik rangkaian KFC di Malaysia dan sudah tentulah nilai tersebut adalah amat besar pada ketika itu.

Namun begitu, disebabkan kesilapan pengurusan Innovest telah menyebabkan pegangan saham KFC terpaksa dijual.

Satu lagi pihak iaitu PNB yang juga sebagai pelabur utama Bumiputera ketika itu telah menyelamatkan KFC untuk terus memastikan kehalalan makanan tersebut.

Akan tetapi, pergolakan pengurusan dan tekanan politik dari dalam dan luar telah menyebabkan pemilikan sahama KFC bertukar tangan. KFC sejak awal lagi telah dikenali sebagai 'lubuk emas'. Akhirnya, Kumpulan Johor Corporation atau JCorp berjaya memiliki KFC.

Saya yakin, banyak pihak sentiasa tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan pengurusan JCorp. Mengapa KFC perlu dijual sedangkan KFC adalah 'lubuk emas'? Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku di dalam JCorp.

Kita perlu belajar dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman yang lalu. Sesuatu yang terlepas dari tangan kita pasti sukar untuk diperolehi semula.

Saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk mempertikai mengenai hak JCorp menjual KFC. Tetapi hak sebagai rakyat untuk meluahkan rasa kurang senang tetap wujud.

Tindakan JCorp menjual kepentingan di dalam KFC perlu disiasat.

Jika hendak membayar hutang-hutang JCorp, mengapa perlu menjual kepentingan yang mendatangkan keuntungan besar kepada syarikat? Sewajarnya JCorp menjual syarikat-syarikat yang memberi beban kepadanya. Kita yang jahil di dalam perniagaan sudah pasti akan berfikir sedemikian.

Sewajarnya JCorp perlu menyedari bahawa rangkaian restoran KFC digemari oleh orang-orang Melayu Islam. Apabila KFC dikuasai oleh warga asing dan bukan Islam, pastinya isu status HALAL ayam KFC akan timbul semula sebagaimana seperti masa dahulu.

Apakah yang akan berlaku kepada pembekal-pembekal bahan mentah kepada restoran-restoran KFC? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam berstatus Bumiputera yang membekalkan ayam-ayam kepada KFC?

Soalan yang paling utama ialah, bagaimana pula status dan hasrat untuk Bumiputera menguasai ekuiti ekonomi sebanyak 30%? Adakah mampu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memastikan 30% itu dicapai sekiranya wujud pemimpin yang hanya tahu menjual kepentingan bangsa di dalam perniagaan? Tepuk dada tanya iman...

Suatu ketika saya dan beberapa rakan pernah membincangkan perkara ini secara bersama. Perbincangan dari sudut ekonomi dan politik. Bercakap dan bertukar-tukar pandangan berdasarkan kemahiran masing-masing. Isu ini tenggelam untuk suatu ketika. Akhirnya kini ia muncul kembali.

Kami anak-anak Johor diperantauan khususnya anak-anak Johor di Pulau Pinang yang jauh di sebuah pulau utara semenanjung amat kecewa mengenai perkara ini.


Kita berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif JCorp suatu ketika. Selama 30 tahun beliau mengurus tadbir syarikat, tetapi akhirnya 'dilepaskan' sekelip mata.

Mungkin kita semua mengenali TANGAN-TANGAN TERSEMBUNYI yang pernah dikatakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim suatu ketika dahulu.

Saya timbulkan persoalan di sini, Apa tindakan dan usaha yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Hj. Abdul Ghani Othman selaku PENGERUSI JOHOR CORPORATION dalam mengatasi perkara ini??

Jika di Selangor TV3 melaporkan penjualan aset oleh kerajaan Selangor, adakah TV3 akan turut melaporkan secara eksklusif penjualan aset oleh kerajaan Johor???

Kami bersuara kerana kami prihatin. Sekian dari anak Johor diperantauan.

Ahad, Februari 10, 2013

Johor perlu MB baru

Salam dan salam sejahtera.

Pasti akan ada yang berkata, "dekat-dekat pilihan raya ni tak perlulah serang pemimpin parti bla bla bla blaa....."

Baik, saya setuju. Tapi coretan ini bukanlah untuk menyerang tetapi sekadar perkongsian.

Beberapa keluhan junior-junior saya yang mengikuti program My Beautiful Malaysia - iM4U - di Muar 3 Februari 2013 yang lalu sewajarnya perlu dikongsi di sini.

Kehadiran mereka yang jauh daripada Pulau Pinang kembali ke Muar bukan sahaja untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut tetapi turut membawa hajat bertemu/bersemuka pemimpin negeri dengan lebih dekat dan menyerahkan kertas kerja program universiti atas kapasiti anak negeri.

Satu demi satu kertas kerja berjaya diserahkan ke tangan pemimpin-pemimpin tertentu. Malangnya, apabila tiba giliran Menteri Besar Negeri Johor, kertas kerja tersebut gagal diserahkan kerana DITOLAK oleh orang tertentu.

Pastinya perasaan kecewa, hampa menerpa diri apabila diperlaku seperti itu.

Kata mereka, "Kita datang program sebab nak jumpa pemimpin negeri, kalau nak harap pemimpin negeri datang tempat kita memang tak laaaa..."

Saya tidak mahu ulas panjang lebar mengenai perkara tersebut. Perlu mengelak untuk mengkritik kepimpinan parti di negeri.

Sesuatu yang pasti, anak muda Negeri Johor mengharapkan supaya kepimpinan Negeri Johor diganti. Pilihan raya umum ke-13 ini diharapkan akan ada muka baru yang menduduki jawatan Menteri Besar Johor!

Kepada Dato' Abdul Ghani Othman, terima kasih kerana menjadi Menteri Besar Johor sejak sekian masa yang begitu lama.

Kepada pegawai-pegawai Menteri Besar Johor yang berkelakuan lebih HEBAT daripada MB, berubahlah dan jangan sombong kerana jawatan itu juga adalah pinjaman.

Kepada Barisan Nasional, kami anak muda mengharapkan pemimpin baru dan idea baru dalam meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor secara menyeluruh.

Kepada pihak Istana Johor, mohon merestui pertukaran Menteri Besar.

BODOH itu RASIS??


Salam dan salam sejahtera.

Setelah lebih 6 bulan blog ini menyepi, saya kembali menaip. Terlalu banyak isu dan pastinya akan terus hangat sehinggalah pilihan raya umum diadakan.

LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat kerja bodoh kerana meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, telah dikecam sebagai "rasis".
Lim melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan tersebut, dan berkata beliau tersinggung kerana Muhyiddin mengucapkan kenyataan 'rasis' yang menghinanya secara peribadi.

"Muhyiddin tidak pernah menggunakan perkataan ini terhadap menteri besar Melayu dalam Pakatan Rakyat," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Ini menunjukkan sifat rasisnya. Perkataan 'bodoh' yang digunakan terhadap saya adalah menghina," katanya.

"Beliau tidak pernah menggunakannya terhadap MB Melayu dalam Pakatan Rakyat dan kerana saya satu-satunya KM Cina, beliau menggunakannya terhadap saya," kata Lim.

Muhyiddin sebelum ini dilapor menyifatkan gesaan Lim supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN sebagai satu kerja yang 'bodoh'.

Timbalan perdana menteri dilaporkan berkata Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.



Saya tertarik kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP itu.

Hanya kerana perkataan BODOH maka itu boleh dianggap berbau PERKAUMAN. Saya beranggapan perkataan itu ditujukan kepada PERBUATAN kerana meminta orang ramai memakai pakaian berwarna tertentu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Lim Guan Eng perlu belajar adab dan cara untuk menghormati majlis yang dianjurkan oleh orang lain. Mungkin dia lupa bahawa DEMOKRASI juga adalah untuk semua dan bukannya untuk DEMOCRATIC ACTION PARTY yang BODOH dalam pengiraan undi.

Saya mohon MAAF kerana mengeluarkan kenyataan berunsur PERKAUMAN terhadap Ketua Menteri Pakatan Rakyat bukan MELAYU.


Catatan : Jika perkataan BODOH itu dianggap PERKAUMAN, bagaimana pula dengan perkataan BANGANG???

Ahad, Julai 15, 2012

Rombakan Ketua Pemuda UMNO Johor

Salam dan salam sejahtera.

"Ketua Pemuda UMNO negeri kita dah bertukar..."

Kenyataan tersebut spontan ditujukan kepada saya apabila tersedar daripada tidur. Sejujurnya diakui saya tidak membaca laporan media pada hari sabtu 14 Julai 2012 kerana sibuk dengan beberapa aktiviti.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan yang dipilih menggantikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor yang baru.

(Ikuti beberapa tulisan saya sebelum ini mengenai Ketua Pemuda UMNO Johor yang baru ini. Dikhabarkan oleh beberapa pihak yang rapat dengan beliau bahawa respon 'kurang senang' terhadap tulisan saya itu berada di kemuncak semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lepas)

Saya tidak berhasrat hendak 'membuat andaian' mengenai rombakan ini kerana Y.B. Khairy Jamaluddin tidak memberitahu saya apa-apa mengenai perkara ini walaupun kami bersama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia hari Jumaat sehari sebelum rombakan dilakukan. (Sekadar gurauan)


Tahniah dan selamat menjalankan tugas baru kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam (Ketua Pemuda saya) yang akan menjalankan tugas baru di Sekretariat Pemuda Barisan Nasional.


Pergolakan Pemuda UMNO Johor :

3. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11385-berpecah-pemuda-umno-johor-jangan-salahkan-pas

UMNO mempunyai pengalaman untuk mengatasi pergolakan seperti ini, sekiranya benar-benar berlaku pergolakan.

InsyaAllah UMNO terus kukuh di Negeri Johor Darul Ta'zim.

Ahad, Julai 01, 2012

Uncle Seekers - Jelmaan Hantu

Salam dan salam sejahtera.

Saya menghormati dan mengagumi Tuan Syed Hussein Alattas. Saya juga meminati buku-buku penulisan Tuan Syed atau lebih dikenali sebagai Pak Habib.

Namun begitu saya kurang senang dengan kebiadaban pengamal paranormal yang juga merupakan anak kepada Pak Habib.



Selepas laporan polis dilakukan, Uncle Seekers dengan bongkak dan takbur 'mengulas' mengenai laporan berkenaan. (KLIK)

Bak kata Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, "...cuma hantu saja boleh jumpa hantu..." (KLIK)

Sembang Santai Meja Petak : Calon BN

Salam dan salam sejahtera.



Bila agaknya Parlimen akan dibubar? Siapa calon di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kita? Yang sedia ada akan kekal atau akan ada muka baru?


Persoalan di atas adalah antara soalan yang dilontarkan semasa 'Sembang Santai Meja Petak' bersama beberapa rakan yang berasal daripada Johor. Perbincangan berlangsung di Pulau Pinang.
Saya akan gabungkan kenyataan mereka di sini.


Walaupun 'panel' tersebut adalah 'budak-budak hingusan', tetapi kenyataan mereka tidak sewajarnya diperlekeh kerana ahli keluarga mereka merupakan 'orang kuat' di dalam UMNO Bahagian yang sering berkongsi mengenai perkara yang berkaitan.


Sukar untuk menafikan kebanyakkan mahasiswa/i hari ini sudah 'pandai berfikir' dan 'mempersoal' tindakan kerajaan Barisan Nasional. Adakah mereka sudah menyampah kerana faktor jangka masa pemerintahan yang melebihi 50 tahun atau faktor ketirisan yang berlaku?


Sukar juga untuk menafikan kebanyakkan mahasiswa/i hari ini lebih gemar memilih sumber berita alternatif berbanding media arus perdana.




Namun begitu rata-rata dalam kalangan kami memilih untuk membaca laporan berita dari kedua-dua belah pihak sama ada di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan (Haram) Rakyat (DAP, PAS, PKR).


Gusar. Risau. Mencari idea baru. Bagaimana hendak mengaplikasikan idea tersebut? Apakah saluran yang ada?


Inilah beberapa reaksi dan isu yang dibincangkan.


Seperti biasa kami menyelitkan isu berkenaan bakal-bakal calon Barisan Nasional di kawasan masing-masing. Parlimen Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Johor Bahru, Kluang, Segamat, Ledang, Sri Gading, Ayer Hitam, Batu Pahat, Parit Sulong, dan beberapa kawasan DUN.


Suatu yang pasti, 'ahli panel' yang berasal daripada Parlimen Kota Tinggi dan mempunyai ahli keluarga yang aktif di dalam UMNO Bahagian Kota Tinggi menyatakan bahawa Parlimen Kota Tinggi pasti akan mempunyai Ahli Parlimen baru dan penyandangnya pasti tidak akan dipilih untuk bertanding semula. Atas justifikasi apa? Saya tidak mahu memberi fokus kepada Parlimen Kota Tinggi kerana khabarnya tidak ada muka baru yang lebih berkaliber selain Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi itu sendiri dan satu nama yang 'digeruni' oleh penyandang sedia ada. Adakah insan bernama Daeng Malik akan terpilih bagi menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar?


(Daeng Malik - belakang lelaki berbaju merah)


Begitu juga dengan kawasan Parlimen Pengerang. Parlimen Pengerang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Azalina Othman Said sebanyak dua penggal berturut-turut dan berdasarkan sumber yang diperolehi (insyaAllah boleh dipercayai) kemungkinan besar beliau akan terus mengekalkan kerusi tersebut sekiranya masih terpilih sebagai calon Barisan Nasional. Atas kriteria apa beliau akan terpilih? Beberapa rakan yang belajar di Pulau Pinang dengan penuh yakin mengatakan bahawa penyandang kerusi Parlimen Pengerang tersebut 'pandai menjaga kawasan' dan 'pandai menjaga pengundi'. Walaupun beliau agak 'lincah' tetapi jika beliau mampu menarik minat anak muda yang belajar di perantauan (khususnya IPTA) maksudnya beliau mempunyai aura kepimpinan tersendiri, berbeza pula dengan penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi.




Di dalam perbincangan tersebut, saya diajukan persoalan mengenai calon-calon yang dilihat berpotensi untuk mewakili Barisan Nasional di dalam Daerah Batu Pahat khususnya yang akan mewakili Parlimen Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat dan Parit Sulong.


Saya hanya tersenyum kerana saya mengetahui helah rakan saya itu bertanyakan soalan berkenaan. Beliau pastinya ingin mengorek rahsia dan sebab mengapa saya 'menggoncang' salah satu UMNO Bahagian di Daerah Batu Pahat pada suatu ketika.


Di sini saya tidak akan mencatatkan perkara-perkara yang akan menyebabkan beberapa pihak berasa panas punggung. Cukuplah sekadar saya mencatatkan perkara-perkara tertentu sahaja. Saya tidak akan menyenaraikan sebab mengapa seseorang itu tidak layak menjadi calon Barisan Nasional kerana saya sudah menyenaraikannya pada penulisan-penulisan sebelum ini.


Parlimen Ayer Hitam. Saya mulakan dengan kawasan Parlimen di mana saya akan mengundi buat kali pertama pada PRU akan datang. Penyandang Parlimen Ayer Hitam kini ialah Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, merupakan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan dan juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran. Pada tahun 2004, selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Parlimen Ayer Hitam diwujudkan kembali sebenarnya sudah terdengar desakan supaya Parlimen tersebut diwakili oleh calon UMNO dan bukannya MCA. Sehingga kini, ayahanda saya sendiri menjadi salah seorang yang mencadangkan di dalam Mesyuarat UMNO Bahagian supaya Parlimen Ayer Hitam diwakili oleh UMNO dan bukannya MCA berdasarkan peratusan pengundi Melayu melebihi 56%.


Kali ini Parlimen Ayer Hitam memerlukan seorang Ahli Parlimen yang baru dan berasakan tidak memerlukan penyandang sedia ada untuk terus bertanding untuk penggal ketiga berturut-turut. Desas-desus sebelum ini menyatakan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam akan tetapi beliau telah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong. Parlimen Sembrong dikenali sebagai Parlimen 1 Malaysia kerana komposisi pengundi Melayu hampir sama dengan pengundi bukan Melayu.


Persoalannya, siapakah pemimpin UMNO yang layak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di Parlimen Ayer Hitam? Ada beberapa pihak menyebut nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam iaitu Saudara Mohd Fadil Muskon yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor sebagai wakil Barisan Nasional di Parlimen Ayer Hitam, namun begitu saya beranggapan bahawa calon yang lebih sesuai ialah Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam itu sendiri iaitu Datuk Samsol Bari Jamali yang kini ialah ADUN Kawasan Semarang. Sudah selayaknya Datuk Samsol yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Johor 'naik pangkat' bertanding di kawasan Parlimen selepas dua penggal berkhidmat di kawasan DUN. Ayahanda saya sendiri berbangga dengan 'YB kesayangannya itu' apabila Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian membuat teguran kepada Ketua Bahagian mengenai sesuatu perkara dan teguran itu diterima dengan hati terbuka.


Siapa pula yang akan mengisi kekosongan kerusi DUN Kawasan Semarang? Saya yakin dan percaya UMNO Bahagian Ayer Hitam akan bersetuju jika sekiranya saya menyatakan bahawa calon yang sesuai mewakili Barisan Nasional di DUN Semarang ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam iaitu Tuan Haji Mohd Junaidi Kamari. UMNO Bahagian Ayer Hitam lebih mengenali beliau dan tidak perlu saya nyatakan justifikasi mengapa beliau wajar berada di situ.


Bagaimana pula dengan Parlimen Sri Gading? Agak 'ngeri' juga saya hendak mengulas mengenai calon Barisan Nasional di Parlimen ini kerana perkhidmatan cemerlang penyandang sedia ada tidak boleh dipertikai. Datuk Haji Mohamad Haji Aziz adalah panglima Barisan Nasional di dalam Dewan Rakyat dan juga merupakan pemimpin veteran UMNO yang berpengaruh. Jika sebagai rakyat biasa yang tinggal di kampung-kampung tanpa kemudahan internet, saya akan menyatakan sokongan kepada penyandang sedia ada untuk terus berkhidmat sampai bila-bila. Akan tetapi sebagai rakyat biasa yang tinggal dengan kemudahan internet jalur lebar di utara semenanjung ini saya ingin menyatakan adalah seeloknya penyandang sedia ada memberikan laluan kepada orang yang lebih muda untuk mewakili Barisan Nasional di Parlimen Sri Gading. Orang ramai akan sentiasa mengenang dan mengingati jasa beliau membangunkan Parlimen Sri Gading kerana di situ mempunyai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Jururawat, Institut Perguruan, dan juga dikenali sebagai zon perindustrian.


Siapakah yang sesuai untuk menggantikan Datuk Haji Mohamad sebagai calon Barisan Nasional pada PRU akan datang? Beberapa sumber menyatakan kemungkinan besar Ketua Wanita UMNO Bahagian Sri Gading dan salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sri Gading (lantikan) mungkin akan terpilih sekiranya penyandang sedia ada memberikan laluan kepada orang lain.


Namun begitu golongan muda di Parlimen Sri Gading khabarnya mempunyai calon tersendiri. Siapakah calon tersebut? Calon tersebut ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. Terdapat beberapa pemimpin di peringkat UMNO Bahagian Sri Gading sebenarnya menyatakan sokongan terhadap Presiden MBM untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU akan datang di Parlimen Sri Gading. Saya juga secara peribadi menyokong penuh sekiranya Presiden MBM ini mewakili Barisan Nasional di Parlimen Sri Gading. Saya akui pasti akan ada pihak akan 'memulau' keluarga Presiden MBM ini sekiranya beliau disebut-sebut akan mewakili Barisan Nasional. Cukuplah sekadar saya menyatakan kes 'budak-budak' persatuan anak Johor USM yang dihalang oleh orang tertentu daripada membuat program di sebuah kampung (kampung pengarah projek dan Presiden MBM sendiri) yang berada dalam kawasan Sri Gading dan disebabkan itu 'budak-budak' persatuan anak Johor USM terpaksa memindahkan program ke kawasan kampung sebelah. (di dalam Parlimen Ayer Hitam - Kampung Seri Mendapat - Kampung ayahanda saya sendiri).


Walaupun saya mendengar dan mendapat pengesahan mengenai kes-kes 'pemulauan' terhadap saudara mara dan juga fitnah yang dilontarkan oleh mereka yang 'tergugat' disebabkan nama Presiden MBM disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Sri Gading, tetapi saya tidak akan menyatakannya di sini. Cukuplah sekadar orang-orang yang berdekatan dengan saya dan adik angkat (pengarah projek baktisiswa IKMAR bersama masyarakat) mengetahuinya.


Parlimen Parit Sulong pula bagaimana? Banyak pihak akan melenting sekiranya saya menyatakan penyandang sedia ada kini perlu berundur atas faktor kesihatan. Baiklah saya mengakui mendengar dan disahkan kesihatan penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong khabarnya terganggu kerana disebabkan terlalu kuat bekerja untuk rakyat seperti mana beberapa komen di dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini.


Beberapa pihak dan saya turut mengakui sekiranya penyandang sedia ada kini berundur maka ADUN Seri Medan yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong sewajarnya bertanding di kawasan Parlimen tersebut. Datuk Ahmad Zahri Jamil yang juga EXCO kanan Kerajaan Negeri Johor sememangnya layak 'naik pangkat' atas faktor senioriti. Namun begitu, masih terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-kata senior saya di dalam persatuan anak Johor, "Dulu aku elak lubang kat jalan tu guna motor, sekarang aku elak lubang guna kereta...lubang tu kat jalan yang sama pulak tu..." (Jalan berkenaan khabarnya di Seri Medan).


Sebelum ini beberapa pihak turut membuat andaian (termasuklah saya sendiri) sekiranya penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong tidak terpilih menjadi calon Barisan Nasional pada PRU akan datang, maka peluang untuk Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong mungkin cerah. Akan tetapi seorang lagi calon mungkin tidak boleh dipandang enteng. Orang yang saya maksudkan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong iaitu Datuk Syed Hood Syed Edros yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong pada tahun 2004 - 2008. Saya yakin pasti akan ada yang menggelar saya sebagai 'pencacai' Syed Hood kerana blog ini kerap memaparkan namanya. Saya rasa blog ini juga kerap memaparkan nama Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, dan adakah kerana itu saya juga akan digelar 'pencacai' si Maliki? Yang paling utama adalah calon orang muda dan idea muda untuk kelangsungan parti demi negara.


Pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, blog ini pernah memanaskan punggung pihak tertentu apabila 'membongkar' dan 'menganalisis' sedikit mengenai calon Barisan Nasional di Parlimen bagi Daerah Batu Pahat. Pelbagai cemuhan saya perolehi tetapi itu bukanlah halangan untuk menyatakan pendapat. Tidak salah menyatakan pendapat asalkan ia bukan fitnah.


Satu lagi kawasan Parlimen ialah Parlimen Batu Pahat. Kerusi Parlimen ini dirasakan tidak 'panas' dan tidaklah seriuh tiga kerusi yang lain. Barangkali Dr. Puad Zarkashi bijak mengawal keadaan UMNO Bahagian Batu Pahat dan mampu mengekang sikap gila kuasa pihak-pihak tertentu. *Saya tidak menyokong Dr. Puad Zarkashi kerana beliau orang Melayu Banjar tetapi saya menyokong beliau kerana sikap merendah diri dan tidak sombong walaupun ditegur oleh rakyat biasa.


Setelah bersembang santai agak lama dengan rakan-rakan mengenai dasar, propaganda yang berlaku sejak akhir-akhir ini, kami memutuskan perlu wujud kombinasi orang lama dan orang muda dalam mengemudi negara ini. Orang lama tidak sewajarnya takut dengan kehadiran orang muda manakala orang muda pula tidak sewajarnya bersikap hendak membuang semua orang lama hingga terkapai-kapai membuat dasar baru tanpa pengalaman yang mencukupi.


Mengapa perlu ada Ahli Parlimen yang berasa tergugat apabila terdapat pemimpin muda yang menonjol di peringkat kebangsaan dan cuba menghalangnya daripada berbakti kepada kawasan sendiri? Adakah saya tidak boleh aktif di dalam Parlimen Ayer Hitam disebabkan saya mencari rezeki di Pulau Pinang? (Saya tidak ditujukan perkara ini kepada Presiden Majlis Belia Malaysia yang khabarnya menerima 'tekanan' apabila namanya disebut-sebut bakal menjadi calon Barisan Nasional di Negeri Johor)


Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lebih 22 tahun dan beliau melepaskan jawatan tatkala majoriti rakyat masih mahu beliau menjadi Perdana Menteri.


Sehubungan itu, blog ini bersama beberapa pemimpin kerdil dan juga penganalisis serta pemerhati muda UMNO dengan ini melahirkan sokongan terbuka kepada insan-insan seperti di bawah untuk mewakili Barisan Nasional di dalam kawasan-kawasan Parlimen yang berkenaan;


Y.B. Datuk Hj. Samsolbari Hj. Jamali
(Parlimen Ayer Hitam)

Y.Bhg. Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
(Parlimen Sri Gading)

Y.Bhg. Datuk Syed Hood Syed Edros
(Parlimen Parit Sulong)

Y.Bhg. Tuan Hj. Mohd Junaidi Kamari
(DUN Kawasan Semarang - Ayer Hitam)

Datuk Zulkurnain Kamisan
(DUN Kawasan Sri Medan)
*Sekiranya Datuk Ahmad Zahri Jamil mengundur diri.


Kesemua nama yang dinyatakan di atas adalah orang muda. Orang muda yang insyaAllah tidak akan melupakan orang tua.


Sekadar melontar buah fikiran sahaja.


Sememangnya diakui blog ini akan menjadi kritikan pihak tertentu kerana calon-calon pilihan mereka tidak ditonjolkan.


Ketahuilah bahawasanya penulisan ini hanya sekadar luahan pendapat secara bersama oleh pemerhati luar bertaraf 'hingusan' ini.


Kepada mereka yang tidak tercalon, diharapkan anda tidak berdukacita kerana ini hanya sekadar blog nyamuk sahaja.

Jumaat, Jun 22, 2012

Ohh orang Pas je pergi HAJI..

Salam dan salam sejahtera.

Beberapa pihak mula gusar apabila terdapat ura-ura mengatakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan semasa musim Haji.

Pemimpin Pas begitu 'taksub' mengeluarkan kenyataan sehingga mengarahkan supaya ibadah haji ditangguhkan kepada para penyokongnya.


Saya tidak mahu berhujah dengan pihak Pas kerana mereka mempunyai hadis-hadis yang mampu menyokong tindakan mereka. Mereka akan menghina UMNO sekiranya UMNO mengarahkan para penyokongnya menangguhkan ibadah haji semata-mata untuk menghadapi pilihan raya umum.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak membubarkan Parlimen pada musim haji? Dan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga begitu bodoh untuk menetapkan tempoh pengundian yang pada masa sama lebih 20 ribu rakyat Malaysia berada di Kota Suci?

Saya yakin PM tidak begitu bodoh untuk membubarkan Parlimen ketika masa musim haji, dan perlu diingat bahawa bukan hanya penyokong Pas yang akan menunaikan ibadah haji.

Rabu, Jun 20, 2012

Mereka Menghasut : Akta Hasutan?

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Salam dan salam sejahtera.

Rata-rata dalam kalangan kita pasti pernah melafaz Rukun Negara pada setiap hari Isnin ketika bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Apabila tamat zaman persekolahan, Rukun Negara seakan 'terpinggir' daripada hidup kita.

Adakah dengan 'terpinggirnya' Rukun Negara daripada hidup kita selepas zaman persekolahan maka ianya menjadi punca kepada kebiadaban segelintir manusia khususnya pemimpin dan golongan mahasiswa terhadap Ketua Negara/Negeri dan Ketua Kerajaan?


Ini baru Rukun Negara. Jika mereka benar-benar mengamalkan dan menghayati Rukun Islam dan Rukun Iman pasti tidak akan berlaku seperti ini.



Saya tidak mahu mengulas mengenai kebiadaban bekas Menteri Besar Perak yang membuat kenyataan di dalam twitternya mengenai nombor pendaftaran WWW1 milik Baginda Sultan Johor.


Saya juga tidak mahu mengulas mengenai segelintir rakyat Malaysia yang kononnya berpendidikan tetapi tidak mencerminkan diri mereka sebagai golongan yang berilmu.


Satu persoalan yang ingin saya lontarkan ialah, adakah Akta Hasutan 1948  masih relevan dan dapat menghalang/mencegah penghinaan kepada Raja/Sultan daripada berulang?


Saya bukanlah seorang yang mahir mengenai undang-undang tetapi saya menyedari bahawa Akta Hasutan 1948 sebenarnya sudah memadai untuk menghalang/mecegah penghinaan terhadap Raja/Sultan daripada berlaku.


Akta Hasutan 1948 Perkara 3 (1) (a) Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan - bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.


Apabila bekas Menteri Besar Perak menulis di twitter mengenai isu yang pernah saya ulas sebelum ini, beliau dilihat cuba mempengaruhi/menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.






Saya tidak mahu mengulas mengenai 'penghinaan berantai' yang diterima oleh Baginda Sultan saya (Sultan Johor) apabila seorang demi seorang manusia telah berlaku biadab terhadap Sultan Johor.




(Aku bukan macam engkau yang sanggup jilat pungkoq amBABIga dijalanan, merosakkan harta benda awam, merosakkan nama baik Malaysia di luar negara)

Terdapat juga manusia yang biadab itu daripada golongan mahasiswa yang kononnya berpelajaran. Alhamdulillah, mahasiswa itu khabarnya telah digantung pengajian kerana terlibat dengan demonstrasi haram. Maknanya, mahasiswa itu adalah baka-baka yang akan menjahanamkan negara.


Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang biadab dan lupa daratan ini.

Ahad, Jun 17, 2012

TPM ke kubu LGE


Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengamalkan dasar memilih kaum dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata bantuan yang disalurkan kerajaan pimpinan BN adalah kepada semua kaum yang layak dan mereka yang memerlukan.

Katanya dakwaan dan tohmahan pembangkang kononnya BN hanya mementingkan kebajikan orang Melayu adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata kerana semua kaum di negara ini telah menikmati pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan pusat.

"Kalau BN hanya untuk orang Melayu, hanya bantu orang Melayu sudah lama orang Melayu jadi jutawan. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat orang Melayu yang memerlukan bantuan, begitu juga kaum Cina dan India. 

"Kita (BN) bela semua kaum yang ada. Dasar kerajaan untuk membantu bumiputera bukan kerana dia Melayu, tetapi kerana miskin. Begitu juga kaum lain," katanya semasa berucap di majlis semarak kasih rakyat di Taman Tanjung Aman, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata semua kaum mempunyai hak yang sama dalam menikmati setiap bantuan termasuk bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

"Kita juga membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Cina...semua orang berhak mendapat pendidikan, sebagai Menteri Pelajaran, saya pastikan semua rakyat di negara ini mendapat pelajaran sewajarnya," kata beliau.

Katanya kerajaan tidak akan berhenti untuk menyalurkan bantuan kepada setiap rakyatnya walaupun sesebuah negeri itu terletak di bawah pimpinan pakatan pembangkang.

"Pembangkang hanya minat mempolitikkan isu sahaja dan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, mereka hanya auta sahaja," katanya.Pada majlis itu, 

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kawasan Bagan untuk pembangunan di kawasan itu.Lebih 40,000 orang membanjiri majlis anjuran BN negeri di kawasan yang diwakili oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan ENG. - BERNAMA


******************************

Alhamdulillah saya berkesempatan melawat ke Bagan, lokasi di mana Tan Sri bersama-sama rakyat. Agak terkilan kerana pada hari ketibaan Tan Sri saya tiada kesempatan untuk ke Bagan.

Namun begitu, impian pegawai khas Tan Sri dan pegawai utama Pejabat Perdana Menteri untuk melihat sokongan orang ramai di dalam majlis tersebut telah berjaya.

Secara peribadi saya berasa gembira dan akan tersenyum kerana beberapa minggu sebelum lawatan Tan Sri ke Pulau Pinang saya telah berkesempatan menemui pegawai beliau di Pulau Pinang bersama pegawai utama Jabatan Perdana Menteri. Perbincangan secara santai disertai idea-idea untuk program tersebut.

Diharapkan program seperti ini akan diteruskan.