Followers

Jumaat, September 04, 2009

Adakah nasib BN sama seperti LDP di Jepun??


Agenda rakyat bawa kemenangan DPJ


AKHIRNYA, Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah memerintah Jepun secara terus-menerus selama 54 tahun dan banyak berjasa membawa negara Matahari Terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia, kecundang di tangan parti pembangkang baru - Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuah parti berhaluan tengah-kiri.

Kekalahan dramatik LDP itu, sekali gus mencatat sejarah dalam politik Jepun, apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbang di tangan parti baru, yang tidak pernah mempunyai pengalaman memerintah.

Kekalahan itu turut menamatkan krisis dalaman LDP, yang menjadi antara punca utama kekalahan parti itu, apabila Perdana Menteri Jepun Taro Aso yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itu mengumumkan akan meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab atas kekalahan teruk LDP pada pilihan raya Jepun, Ahad lalu.

Kejatuhan LDP adalah akibat kemarahan rakyat dan kekecewaan rakyat yang meluap-luap setelah parti itu mengabaikan kepentingan rakyat dan lebih memberi tumpuan kepada golongan korporat dan birokrat.

Kelemahan kepimpinan Aso serta pelbagai skandal yang melingkari Kabinetnya, sejak dia mengambil alih teraju parti dan kerajaan tidak sampai setahun lalu, turut menyumbang kepada kekalahan LDP.

Tanda-tanda kekalahan LDP telah bermula sejak 2006, selepas Perdana Menteri Jepun yang berpengaruh, Junichiro Koizumi meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, bayang-bayang kekalahan LDP sebenarnya telah bermula lebih awal sejak 1990-an lagi, apabila dasar pasaran bebas yang diperkenalkan oleh parti pemerintah itu memakan diri apabila dasar itu mewujudkan jurang ketara antara golongan miskin dan kaya di Jepun.

Kesilapan LDP ialah apabila dasar itu yang telah mewujudkan kebencian di kalangan rakyat terhadap parti pemerintah itu, diteruskan oleh Aso melalui kempen 'mesra perniagaan' yang diperjuangkannya pada pilihan raya Ahad lalu, yang akhirnya membawa padah.

Sejak Koizumi meletakkan jawatan pada 2006, LDP telah melantik tiga Perdana Menteri termasuk yang terakhir Taro Aso.

Segala dasar mengenai ekonomi yang dirancang LDP menemui jalan buntu kerana kedudukan LDP yang lemah di Dewan Tinggi yang dikuasai DPJ.

Ketika inilah DPJ yang ditubuhkan pada 1998, memperluaskan pengaruhnya. Rakyat mula melihat DPJ yang dipimpin Yukio Hatoyama, sebagai pilihan untuk membawa Jepun keluar daripada kemelut ekonomi.

Kemenangan DPJ pula banyak dipengaruhi oleh janji-janji Yukio Hatoyama yang mendokong agenda rakyat dan lebih memandang kepada Asia berbanding kempen 'mesra perniagaan' yang dibawa LDP.

Hatoyama antara lain berjanji untuk mengurangkan pergantungan Jepun kepada Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mahu berkerja rapat ke arah pembentukan Komuniti Asia Timur berdasarkan model Kesatuan Eropah, yang turut diperjuangkan oleh ASEAN.

Agenda rakyat yang dibawa oleh Hatoyama itu berjaya menarik sokongan rakyat terhadap DPJ, terutama langkah parti itu mahu menghapuskan penyelewengan dan mengatasi pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan.

Secara umum, Hatoyama dilihat tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan semua perubahan dan janji yang telah dibuat, memandangkan partinya kini menguasai majoriti bukan sahaja di Dewan Rendah tetapi juga di Dewan Tinggi, di Diet (Parlimen) Jepun.

(Utusan Malaysia 1 September 2009)

Nampaknya satu sejarah telah tercipta dalam pilihanraya Jepun. Kemenangan Parti Demokratik Jepun dalam pilihanraya telah menumbangkan Parti Liberal Demokratik Jepun yang memerintah selama selama 54 tahun secara berkongsi kuasa dengan parti-parti kecil. Peristiwa ini menjadi sejarah kerana LDP sebuah parti yang kuat dan mempunyai asas yang kukuh mampu ditumbangkan dalam sekelip mata oleh parti yang baru ditubuhkan pada tahun 1998. Hal ini menunjukkan bahawa sesebuah institusi itu akan tumbang jika dipimpin oleh mereka yang lemah dan tidak berwibawa. (Gambar PM Jepun yang kalah, Taro Aso)

Persoalannya sekarang ialah adakah UMNO dan BN sudah mengambil ikhtibar dalam kes kekalahan LDP di Jepun? Jika UMNO hanya terus mementingkan golongan tertentu sahaja maka tidak mustahil nasib UMNO dan BN juga akan senasib dengan LDP. Rasanya tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk diadakan pilihanraya umum yang ke-13. Masa itu BN telah memerintah Malaysia selama 54 tahun. Persoalannya di sini adakah BN akan terus memerintah atau adakah BN akan senasib dengan LDP di Jepun?

Tidak mustahil UMNO dan BN akan menjadi seperti LDP di Jepun. Tanda-tandanya pun telah kelihatan. Dengan hanya sekali kejatuhan sahaja, segala jasa-jasa UMNO dan BN serta pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu akan hanya menjadi habuk dalam sekelip mata, dan habuk itu akan dibuang begitu saja.

Ingatlah..tidak mustahil untuk UMNO dan BN menerima nasib seperti LDP di Jepun. LDP pernah tewas seketika tetapi kemudian menjadi kerajaan semula. Adakah UMNO dan BN akan menerima nasib yang sama? Kita hanya memerhati dan membuat andaian sahaja. Tunggu dan lihat..

4 ulasan:

  1. Dalam politik, macam-macam boleh berlaku. Be End harus melihat apa yang berlaku di Jepang itu sebagai satu pengajaran.

    Nyata, Be End amat takut dengan apa yang telah berlaku itu. Buatlah post-merterm..hahahaha

    BalasPadam
  2. LDP pernah kalah dalam pilihanraya di Jepun, kemudian dalam tempoh yg singkat berjaya memerintah semula Jepun..

    Begitu juga di India, Parti Kongres memerintah India dgn begitu lama tetapi telah ditewaskan oleh Parti BJP. Kemudian Parti Kongres telah kembali menguasai India dgn sokongan padu rakyat India.

    Tak mustahil perkara ni jadi di Malaysia..Mungkin BN akan digantikan dgn PR dan kemudian rakyat akan kembali semula kpd BN..sudah menjadi kelaziman bahawa rakyat negara ini akan mencuba sesuatu yg baru..bak kata Anwar "Malaysia Baru"..

    Sememangnya tiada yg mustahil dalam politik..

    Aku jangkakan 2 perkara dalam PRU-13 ni.. yg pertama mungkin BN kalah teruk dan ditumbangkan oleh PR.. yg kedua BN menang besar mcm tahun 2004 selepas kalah banyak kerusi pd tahun 1999.

    Tunggu dan lihat..

    BalasPadam
  3. Pasti akan berlaku terlalu banyak kekacauan jika bertukarnya kerajaan....masih relevankah HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU???

    ingat, DSAI pernah berkata "negara ini bukan org melayu punya!!!!"

    jangan terlalu berani mengorbankan hak kita...itu mungkin pesanan paling tepat untuk seluruh org melayu malaysia....

    "MALAYSIA BARU" yang dicanang DSAI itu mungkin perkara yang paling gila utk kita fikirkan....

    Negara MALAYSIA ini mmg org melayu yang punya...ini TANAH MELAYU kita....

    bayangkan jika DSAI jadi perdana menteri....Siapa nk jd TPM yang akan pangku tugas PM klu PM sakit atau cuti???

    tidak mustahil 'geng-geng roket' nk takhta TPM...apa nk jadi dgn org melayu????

    ingt saudara syukri....dh makin bnyk HAK kita mereka dapat....apa kata saudara syukri kupas soal 'HAK KITA YANG MEREKA AMBIL'...mungkin ini tajuk yg sesuai untuk gaya penulisan saudara...

    BalasPadam
  4. itulah yg amat dibimbangkan sekarang ni..

    DSAI sanggup buat apa shj utk capai hajat dia jadi PM..

    baru 52 tahun merdeka tapi dah kecoh2 mcm ni, apa akan jadi sepanjang 50 tahun akan datang?

    dlm PR cuma DSAI shj yg dilihat ada karisma, tu pun (konon2nya la)..apa akan jadi bila dia tak ada?

    sy cukup tertarik dgn cadangan cadangan saudara ks30069..insyaAllah kalau ada masa sy akan kumpul maklumat utk buat post baru..

    terima kasih..

    BalasPadam