Followers

Rabu, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1430H..


aku cari bukan lampu suluh untuk menyuluh
aku cari hanya cahaya pelita
untuk menyinari tatkala senja menjelma
kini cahaya pelita telah ku jumpa
menandakan Aidilfitri hampir tiba


Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada semua yang bertandang ke blog ini. Salam ini ditujukan kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai Aspirasi, Mahasiswa dan tidak lupa kepada kelompok-kelompok Sosialis.. Salam Aidilfitri ditujukan juga kepada mereka yang gemar berpakat tak kiralah sama ada berpakat untuk mengumpat atau pun menyakat.. Juga ditujukan kepada mereka yang gemar berbaris menanti arahan pihak atasan (jangan memotong barisan..). Salam juga kepada mereka yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir di bulan Ramadhan ini dan akan bercuti selama seminggu.. Maklumlah nak beraya. Jangan risau sebab ini bukannya penulisan mengenai politik. Saya akan cuba tolak ke tepi bab-bab politik demi politik itu sendiri.

Tajuk blog saya ini ialah "Mencari Cahaya Pelita".. Kini saya sudah temui cahaya tersebut sebab banyak pelita dah dipasang sempena menyambut hari raya.. lepas ni bolehlah saya menyuluh dalam terang pulak.

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, ini bererti Syawal akan menjelma. Masa inilah kita akan berasa seronoknya dapat habiskan puasa selama sebulan ni, maklumlah tak dapat makan siang..

Bila tiba hari raya masa inilah tiba-tiba kenangan lalu tiba-tiba menjelma kat kepala otak ni.. Masih ingat lagi kali pertama kita berpuasa? Ingat lagi berapa banyak 'rasuah' yang diberikan untuk mengajar kita berpuasa? Ingat lagi berapa banyak duit raya kita dapat? Ingat lagi berapa banyak atok dan nenek bagi kita duit raya? Masih ingat lagi kemeriahan hari raya semasa kita kanak-kanak dulu?

Semua itu hanya tinggal kenangan.. (tajuk lagu ni Dalam Kenangan) Kini kita tak dapat rasuah lagi sebab kita tahu puasa kita itu hanya untuk Allah S.W.T, duit raya pun tak dapat banyak macam dulu. Atok dan nenek pun dah tak ada untuk bagi duit raya.. Kemeriahan ketika berkumpul bersama saudara-mara di rumah atok dan nenek pun hanya tinggal kenangan kerana atok dan nenek dah pergi buat selama-lamanya..

Rasa macam nak mengalir air mata, tapi takut batal pulak puasa ni.. Banyak lagi kenangan yang akan muncul dalam fikiran kita bila tiba sesuatu peristiwa. Jika dulu kita berkumpul di rumah atok dan nenek tetapi kini hanya pusara mereka menjadi tempat kunjungan kita. Kepada mereka yang masih ada atok dan nenek, hargailah mereka..

Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan semasa menulis di blog ini. Dengan rasa rendah diri saya dengan ini merendahkan diri saya yang sedia rendah ini memohon ampun dan maaf kepada anda semua yang sudi bertandang di blog ini. Sebarang kritikan dan kutukan adalah sebagai panduan kita semua, terutama sekali kepada saya sendiri.


Kepada anda semua, terutamanya kawan-kawan saya khasnya The Street Ruffian, Terjunkelangit dan LangkahKiri, nurcahaya, My new World, tak lupa kepada golongan BPA aziz-azmi dan ks30069 serta yang lain-lain termasuklah golongan Mahasiswa dan yang tiada arah, kepada cikgu-cikgu Sk. Sri Pasir Puteh, warga pendidik SMK. Dato' Seth Yong Peng, kepada semua ahli Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) 2006/2007, kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa di samping saya ketika senang dan susah Salam Aidilfitri diucapkan.

Kepada seluruh warga Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, kepada pelajar-pelajar Sains Politik PPSK USM, ahli-ahli dan barisan MT Kelab Sains Politik, kepada semua ahli dan MT Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), dan semua warga USM Salam Aidilfitri saya ucapkan semoga ceria di hari raya..

Tak lupa juga kepada saudara-mara khasnya KULAAN BANJAR yang berada di selatan, timur, barat, tengah, utara seluruh negara, saudara-mara di Banjarmasin Kalimantan Indonesia, Abang Azam sekeluarga yang berada di Seoul Korea Selatan. Turut tidak dilupakan kepada Guru dan kaunselar serta penasihat saya Profesor Datuk Dr. Zainal Anuar Hashim dan isteri yang berada di Batu Pahat - baru dapat puteri..j uga kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang berada di Johor.. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan..

Semoga Aidilfitri kali ini membuatkan suasana suram menjadi ceria..

Ingatlah bahawa budaya bermaafan bukan hanya dilakukan pada bulan Syawal sahaja tetapi perlu dilakukan pada setiap masa..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

7 ulasan:

  1. salam aidilfitri,

    syuk..

    maaf zahir dan batin yerkk...

    kot la selama ni gurau-gurau mana da yg terkurang atau terlebih tu minta halal la yerk...

    setakat tu je la ucapan sy,

    dh berpeloh-peloh ni..

    hahaha...

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri jugak kat Gadis Kampung Separa Bandar yg telah menjadi Gadis KamDar..

    maaf diterima..sama la kita kalau terlebih gurau2 tu mohon maaf ye

    ni pun dah berpeloh-peloh nak bagi maaf kat semua terutama sekali kat KamDar..

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya juga kepada kamu semua.. Maaf zahir dan batin.. Semoga hari raya nanti akan membawa seribu kebahagiaan kepada semua manusia. Tidak ada lagi peperangan, tidak ada lagi persengketaan, tidak ada lagi wanita yang mati sebab berebut makanan, tidak ada lagi rakyat yang tidur berlantaikan tanah...InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. saya terima salam aidilfitri kamu dengan hati yang penuh terbuka.. hahaha..=)
    Syukur ALhamdulillah kerana kamu telah menjumpai cahaya pelita itu..
    moga hari2 yang mendatang apabila syawal menjelma ini dapat kamu sambut degan penuh keinsafan disamping dapat merasa pengisian bulan ramadhan yang bakal pergi tak lama lagi..

    pelita tanpa cahaya,
    kerana tiada apinya,
    iman tiada didada,
    kerana tiada ilmunya....

    Maaf jikalau ada kesilapan yang telah dibuat..

    BalasPadam
  5. apa2 pun terima kasih kerana sudi menerima salam aidilfitri sy..

    setiap apa yg sy tulis mempunyai maksud yg tersirat dan bukan hanya sekadar gurauan untuk menjadi halwa telinga..

    pelita tanpa cahaya bukan kerana tiada api sahaja..tetapi kerana lupa nak isi minyak kat dalam bekas pelita tu..

    insyaAllah segala kesilapan dimaafkan..

    BalasPadam
  6. salam aidilfitri.zakat? setiap tahun zakat dikutip oleh amil - amil yang ditauliahkan oleh jabatan agama islam.tetapi kenapa masih ade lagi orang yang fakir miskin? malah semakin ramai orang yang fakir miskin wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan.mana wang yang berjuta -juta dikutip setiap kali musim perayaan menjelma? sampai bila masalah ini akan wujud....kepada rakan2, aku seperti korang semua.manusia yang lemah dan x sempurna..jd persiapkan diri..pastikan da bayar zakat untuk raye tahun ini...

    BalasPadam