Followers

Sabtu, Disember 05, 2009

MiG-29N nak pencen..

Salam.. Salam Sejahtera..

Mengikut laporan di dalam akhbar, Kementerian Pertahanan mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG – 29N buatan Russia penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Mengikut laporan akhbar juga pesawat pejuang MiG-29N ini baru digunakan selama 10 tahun.

Turut dinyatakan kos untuk menyelenggara pesawat itu ialah sebanyak RM260 juta setahun.

Oleh sebab kos penyelenggaraan yang mahal itu maka kerajaan bercadang untuk menamatkan perkhidmatannya dan menggantikannya dengan pesawat yang lebih murah kos penyelenggaraannya.

Kos penyelenggaraan yang mahal menjadi punca 16 buah pesawat MiG-29N akan ditamatkan perkhidmatan walaupun baru 10 tahun digunakan.

Di sini saya berbangga kerana pihak berkenaan agak prihatin dalam perkara mengenai kewangan.

Satu sahaja persoalan yang ingin saya lontarkan, dari mana pihak kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG-29N?

Sedangkan sebelum ini pihak kerajaan mengatakan bahawa kekangan peruntukan kewangan menyebabkan adalah faktor bagi menangguhkan pembelian helikopter baru bagi menggantikan helikopter Nuri.

Entahlah...

3 ulasan:

  1. Salam perpaduan..

    Selaku pakar senjata yang amatur dan tidak bertauliah kerana saya bukan anggota palapes dan suksis apatah lagi bukan anggota tentera atau "polis".

    Secara peribadi, saya tidak setuju dengan dengan cadangan kerajaan menggantikan pesawat pejuang MiG-29N. Ini kerana MiG-29 merupakan salah sebuah pesawat tempur atau pesawat pemintas yang terbaik di dunia. Ia menduduki rangking ke-9 antara 10 pesawat pejuang terbaik dunia.

    Alasan ingin menjimatkan kos penyelenggaraan? Itu alasan paling mengarut sekali bagi saya. Ini kerana pesawat ini merupakan teknologi Rusia. Bukan teknologi amerika, Israel atau eropah. Rusia banyak menghasilkan senjata yang mampu milik oleh semua senjata dan memniliki kepakaran yang paling hebat disamping pesaing paling hebat negara pengeluar senjata lain di dunia khasnya israel dan amerika.

    Sedangkan negara miskin dan membangun yang lain terburu-buru memiliki pesawat ini, kenapa Malaysia ingin menggantikannya? Lagipun ia sesuai dengan cuaca dan iklim negara kita.

    Namun, jika kerajaan ingin menukarnya juga, saya harap janganlah di ganti dengan pesawat yang "mengarut". Ia bukan sahaja akan mendatangkan pembaziran malah mampu menggugat keselamatan negara.

    Tapi syuk, aku tak tau la orang lain macamana. Orang lain lagi expert bab senjata ini.. Aku ini belajar guna M-60, Aug styer dan pistol Glock 19 jek.

    BalasPadam
  2. salam perpaduan..

    aku susah nak komen bab2 mengenai pertahanan ni sebab aku tak ada tauliah..

    apa2 pun aku hormat pendirian keras ko ni

    BalasPadam
  3. Terima kasih, syuk...
    Tapi tak tau la prof latif kata macamana nanti..
    Hahahaha

    BalasPadam