Followers

Selasa, Februari 19, 2013

Aku Sayang Malaysia : 4 Bodyguard hebat dari Filipina?

Salam dan salam sejahtera.




Saya teringat kata-kata guru saya, "Kita kena sayang dah kasih kepada negara ini lebih daripada sayang UMNO, Pas, PKR semua tu. Parti politik hilang boleh diganti, negara hilang mana kau nak pergi?"

Benar atau tidak kata-kata tersebut? Fikir-fikirkan..

Semalam (18 Februari 2013) saya makan bersama seorang rakan yang aktif di dalam aktiviti pakaian seragam pasukan keselamatan. Sudah menjadi kebiasaan, keutamaan topik perbincangan akan berkisar kepada isu semasa, negara dan yang lebih utama adalah kepincangan terpampang di depan mata sama ada di pihak aliran kanan mahupun kiri.

Sebelah malam selepas perbincangan diadakan, saya menerima satu pautan (link) daripada beliau dan saya tidak teragak-agak untuk menggelar beliau sebagai insan atau rakyat yang cinta dan kasih kepada negara bernama Malaysia ini.

Saya membaca artikel di dalam pautan tersebut dengan teliti dan timbul beberapa persoalan di fikiran saya. Pertama, adakah penulisan tersebut daripada sumber yang sahih? Kedua, adakah pihak berkuasa di Bukit Aman mengetahui mengenai perkara tersebut?

Saya timbulkan satu persoalan lagi di sini untuk para pembaca membaca artikel tersebut dan berfikir secara rasional.

Mungkinkah kematian Altantuya Shaariibuu telah dirancang oleh pihak parti pembangkang dan menuduh Dato' Sri Mohd Najib sebagai pelaku utama? Bukankah pihak pembangkang negara ini mempunyai KEPAKARAN untuk melakukan?

KEPAKARAN? Saya tidak menuduh tetapi marilah kita sama-sama membaca di bawah ini. 


Dedah! Empat Bodyguard ‘Hebat’ Dari Filipina dan Kaitan Dengan Empat Bekas Pegawai Tinggi ATM!


anwar-wolfowitz2

Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan dia mempunyai hubungan secara langsung dengan anasir-anasir luar yang mahu menjajah negara ini. Malah Anwar Ibrahim secara terbuka pernah mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan negara haram Zionis Israel serta mengecam umat Islam yang menentang pendudukan haram Zionis Israel dan negara haram itu sendiri. Anwar Ibrahim juga secara terbuka pernah menyuarakan sokongannya kepada pemusnahan dan penghapusan umat Islam di beberapa negara seperti di Iraq, Sudan, Afghanistan mahupun di Pakistan atas nama JUSTICE menurut acuan Amerika Syarikat dan Zionis.
Usahanya untuk membawa campurtangan asing ke negara ini pada tahun 1997 setelah kelihatan berjaya pada mulanya menerusi serangan mata wang dan kewangan negara membabitkan penyangak matawang George Soros serta pelabur-pelabur ‘atas angin’ yang telah memecahkan gelembung atau belon indeks BSKL, akhirnya berjaya disekat oleh Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu masih lagi berupa Perdana Menteri Malaysia. Tindakan yang paling tidak disangka-sangka oleh Anwar Ibrahim akan dilakukan oleh Mahathir adalah dengan mengikat matawang Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia pada harga RM3.80 bersamaan dengan USD1.00.
Mahathir dan pentadbirannya selepas mengenepikan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan, tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya Mahathir dan pasukannya telah ‘merombak secara besar-besaran’ hukum ekonomi dengan mengamalkan perbelanjaan secara besar-besaran bagi menjanakan kecairan domestik, sekaligus menggalakkan rakyat berbelanja dalam negara. Mahathir juga telah menggiatkan ekonomi dengan pengumuman banyak projek mega yang disifatkan sebagai gajah putih termasuklah Putrajaya dan Cyberjaya.
Anwar dan IMF serta Bank Dunia yang pada mulanya mengecam Mahathir, akhirnya melopong. IMF dan Bank Dunia mengakui kaedah yang digunapakai oleh Mahathir lebih berkesan berbanding kaedah mereka. Manakala Anwar Ibrahim pula hilang muka hendak disorokkan kerana dia ternyata tidak faham suatu apa pun tentang prinsip ekonomi, melainkan sepertimana yang telah diberitahu kepadanya oleh tuan-tuan besarnya.
Kegagalan menyerang Malaysia menerusi struktur ekonomi tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim. Dia sedar, dia sangat lemah dalam bidang ekonomi meskipun kerap kali dia mendabik dada kononnya dialah yang paling jaguh dan kononnya dialah yang paling tahu, walaupun sepanjang dia berkhidmat selaku Menteri Kewangan dahulu, yang ada di belakangnya adalah MTEN dan Daim Zainuddin. Dia cuma tukang baca skrip!
ANWAR SCORPENE

Tahun 2008, Anwar Ibrahim cuba menyerang sistem pertahanan dan ketenteraan negara selain beberapa instrumen penting negara yang lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara moden, pihak pembangkang akan menyerang dan berusaha mendedahkan apa-apa sahaja tentang sistem pertahanan dan ketenteraan negara.
Anwar memang berbeza sama sekali. Dia tidak peduli dan dia cuba mengaitkan semuanya dengan jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkannya. Anwar Ibrahim melihat isu kapal selam Scorpene sebagai isu utama untuk melakukan serangan. Isu kapal selam tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan Anwar Ibrahim secara terbuka menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Semuanya digarap sebaik-baik mungkin untuk dipersembahkan kepada masyarakat.
2
Dan tidak lama kemudian, beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. Antara mereka adalah Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan  skandal penjualan enjit jet tempur F-5E, Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut dan Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat

Walaupun sebelum ini terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketika berkuasa dan masih dalam jawatan, pegawai-pegawai tinggi tentera tersebut terlibat dalam penjualan maklumat keselamatan negara selain bekerjasama dengan pihak asing, bukti-bukti tidak dapat diadakan dan khabar-khabar angin tersebut kekal menjadi khabar-khabar angin semata-mata.

Namun melihat kepada kehadiran pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.


spyanwar91. Daniel Cruz
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
spyanwar82. Noel Del Rosario
Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).
spyanwar53. Alfred Sese
spyanwar74. Bong Oteyza
Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme  termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT.
Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?
Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?
Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.
Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
spyanwar1

Empat pengawal peribadi upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang lain.
spyanwar2
spyanwar3
spyanwar4
spyanwar6


Sumber : Sel13.com



Adakah suatu hari nanti akan wujud budaya pengeboman dan pembunuhan di negara ini seperti di Selatan Thailand dan negara-negara lain?

Sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia terhindar daripada bencana dan Si Kitul Moden.

Sekian.


Sabtu, Februari 16, 2013

LGE : 2011 kutuk Johor, 2013 Penang juga tidak selamat

Salam dan salam sejahtera.

Petikan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2013 amat menarik perhatian saya.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Chang Yeow yang dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut menyebut terdapat ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja menakutkan rakyat Pulau Pinang, bahkan menjejaskan imej negeri ini di mata dunia.

Saya tidak mahu menggunakan laporan daripada akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana sebahagian rakyat yang menyokong penuh setia Pakatan Rakyat (atau FUCKatan Rakyat) tidak akan percaya laporan akhbar arus perdana tersebut.

Sambil membaca laporan akhbar tersebut, saya tersenyum kerana Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjun daripada Melaka ini mengeluarkan kenyataan sedemikian (rujuk tulisan berwarna merah di atas).

Sebab itulah kita dinasihatkan jangan menganiaya orang lain, kerana satu hari nanti kita akan menerima nasib yang sama.

Masihkah Setiausaha Agung DAP ini ingat, pada tahun 2011 dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah,

Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Jika Setiausaha Agung kepada parti yang tersilap mengira undi ini terlupa, saya harap beliau dan para pengikut 'KHALIFAH AGUNG' (kononnya) ini akan ingat semula.


Sekiranya ini Dato' Sri Najib dan belakang itu pula Datin Sri Rosmah, pasti puak-puak FUCKatan jadikan sebagai isu dalam setiap ceramah. OSTAJAH abby abadi yang dah insaf pun akan jadikan isu di twitter. Taubat la sangaatttt...

Sekian.

Selasa, Februari 12, 2013

Rumah Terbuka CNY : Ramai yang kata YES!

Salam dan salam sejahtera.

Rakaman video tidak mampu membuktikan apa-apa.

Mengapa?

Kerana rakaman itu daripada 'besi'.

Saya berada di dalam majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang yang dianjurkan Barisan Nasional Pulau Pinang.

Kehadiran saya bersama sahabat-sahabat kelahiran Johor yang bermastautin di Pulau Pinang adalah sebagai rakyat Malaysia.

Kehadiran kami bukan untuk makan tetapi sekadar menghadiri majlis dan dalam masa yang sama melihat persembahan artis Korea Psy yang menelan belanja RM2 juta. Alhamdulillah bukan duit kerajaan.

Cuma agak terkejut apabila menonton video yang memaparkan sorakan NO!! terhadap BN semasa Dato' Sri Mohd Najib berucap.

Terus terang saya dan sahabat-sahabat hanya mendengar YES! kerana yang mengatakan NO! itu mungkin berada begitu hampir dengan alat perakam.

Walau apa pun, mereka yang hadir pasti mengetahui kisah sebenar. 

Mereka yang tidak hadir pula lebih bergantung kepada sumber yang merakam dan tidak pasti akan kesahihannya.

Ingatlah kata-kata Pemimpin parti yang kononnya Islam, 'kamera adalah besi dan tidak boleh menjadi saksi'.

Jika anda percaya rakaman tersebut, jangan abaikan juga rakaman video seks Ketua Umum PKR.

Sekian.

KFC : Bakal atau telah dijual???


Salam dan salam sejahtera.

KFC bakal dijual atau sudah dijual?


Sebagai rakyat biasa negeri Johor, persoalan demi persoalan akan sentiasa bermain di fikiran kami khususnya anak-anak Johor yang peka mengenai kepentingan ekonomi negeri.

Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui masa silam KFC di negara ini.

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya catatkannya di sini.

Suatu ketika pada tahun 1980-an, ketika sambutan orang-orang Melayu beragam Islam terhadap makanan segera KFC cukup tinggi dan ketika itu jugalah Pergerakan Pemuda UMNO telah mencetuskan keraguan mengenai status halal ayam goreng KFC tersebut.

Berdasarkan beberapa catatan Pemuda UMNO, pertikaian mengenai status halal tersebut telah mencetuskan 'persengketaan' antara Pemuda UMNO dengan pihak KFC ketika itu yang diketuai oleh mendiang Low Cheng Ghee. Dan pada tahun 1985 mendiang telah memberi peluang kepada Inovest dan PNB untuk memiliki KFC.

Ketika itu isu pemilikan KFC bukanlah agenda utama yang diperjuangkan tetapi lebih menjurus kepada status makanan halal yang mutlak. Pemuda UMNO ketika itu dilihat lebih memberi tumpuan kepada kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi yang diperoleh selepas itu adalah satu bonus.

Difahamkan bahawa pihak Innovest dan PNB telah membayar lebih RM50 juta kepada pemilik rangkaian KFC di Malaysia dan sudah tentulah nilai tersebut adalah amat besar pada ketika itu.

Namun begitu, disebabkan kesilapan pengurusan Innovest telah menyebabkan pegangan saham KFC terpaksa dijual.

Satu lagi pihak iaitu PNB yang juga sebagai pelabur utama Bumiputera ketika itu telah menyelamatkan KFC untuk terus memastikan kehalalan makanan tersebut.

Akan tetapi, pergolakan pengurusan dan tekanan politik dari dalam dan luar telah menyebabkan pemilikan sahama KFC bertukar tangan. KFC sejak awal lagi telah dikenali sebagai 'lubuk emas'. Akhirnya, Kumpulan Johor Corporation atau JCorp berjaya memiliki KFC.

Saya yakin, banyak pihak sentiasa tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan pengurusan JCorp. Mengapa KFC perlu dijual sedangkan KFC adalah 'lubuk emas'? Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku di dalam JCorp.

Kita perlu belajar dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman yang lalu. Sesuatu yang terlepas dari tangan kita pasti sukar untuk diperolehi semula.

Saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk mempertikai mengenai hak JCorp menjual KFC. Tetapi hak sebagai rakyat untuk meluahkan rasa kurang senang tetap wujud.

Tindakan JCorp menjual kepentingan di dalam KFC perlu disiasat.

Jika hendak membayar hutang-hutang JCorp, mengapa perlu menjual kepentingan yang mendatangkan keuntungan besar kepada syarikat? Sewajarnya JCorp menjual syarikat-syarikat yang memberi beban kepadanya. Kita yang jahil di dalam perniagaan sudah pasti akan berfikir sedemikian.

Sewajarnya JCorp perlu menyedari bahawa rangkaian restoran KFC digemari oleh orang-orang Melayu Islam. Apabila KFC dikuasai oleh warga asing dan bukan Islam, pastinya isu status HALAL ayam KFC akan timbul semula sebagaimana seperti masa dahulu.

Apakah yang akan berlaku kepada pembekal-pembekal bahan mentah kepada restoran-restoran KFC? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam berstatus Bumiputera yang membekalkan ayam-ayam kepada KFC?

Soalan yang paling utama ialah, bagaimana pula status dan hasrat untuk Bumiputera menguasai ekuiti ekonomi sebanyak 30%? Adakah mampu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memastikan 30% itu dicapai sekiranya wujud pemimpin yang hanya tahu menjual kepentingan bangsa di dalam perniagaan? Tepuk dada tanya iman...

Suatu ketika saya dan beberapa rakan pernah membincangkan perkara ini secara bersama. Perbincangan dari sudut ekonomi dan politik. Bercakap dan bertukar-tukar pandangan berdasarkan kemahiran masing-masing. Isu ini tenggelam untuk suatu ketika. Akhirnya kini ia muncul kembali.

Kami anak-anak Johor diperantauan khususnya anak-anak Johor di Pulau Pinang yang jauh di sebuah pulau utara semenanjung amat kecewa mengenai perkara ini.


Kita berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif JCorp suatu ketika. Selama 30 tahun beliau mengurus tadbir syarikat, tetapi akhirnya 'dilepaskan' sekelip mata.

Mungkin kita semua mengenali TANGAN-TANGAN TERSEMBUNYI yang pernah dikatakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim suatu ketika dahulu.

Saya timbulkan persoalan di sini, Apa tindakan dan usaha yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Hj. Abdul Ghani Othman selaku PENGERUSI JOHOR CORPORATION dalam mengatasi perkara ini??

Jika di Selangor TV3 melaporkan penjualan aset oleh kerajaan Selangor, adakah TV3 akan turut melaporkan secara eksklusif penjualan aset oleh kerajaan Johor???

Kami bersuara kerana kami prihatin. Sekian dari anak Johor diperantauan.

Ahad, Februari 10, 2013

Johor perlu MB baru

Salam dan salam sejahtera.

Pasti akan ada yang berkata, "dekat-dekat pilihan raya ni tak perlulah serang pemimpin parti bla bla bla blaa....."

Baik, saya setuju. Tapi coretan ini bukanlah untuk menyerang tetapi sekadar perkongsian.

Beberapa keluhan junior-junior saya yang mengikuti program My Beautiful Malaysia - iM4U - di Muar 3 Februari 2013 yang lalu sewajarnya perlu dikongsi di sini.

Kehadiran mereka yang jauh daripada Pulau Pinang kembali ke Muar bukan sahaja untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut tetapi turut membawa hajat bertemu/bersemuka pemimpin negeri dengan lebih dekat dan menyerahkan kertas kerja program universiti atas kapasiti anak negeri.

Satu demi satu kertas kerja berjaya diserahkan ke tangan pemimpin-pemimpin tertentu. Malangnya, apabila tiba giliran Menteri Besar Negeri Johor, kertas kerja tersebut gagal diserahkan kerana DITOLAK oleh orang tertentu.

Pastinya perasaan kecewa, hampa menerpa diri apabila diperlaku seperti itu.

Kata mereka, "Kita datang program sebab nak jumpa pemimpin negeri, kalau nak harap pemimpin negeri datang tempat kita memang tak laaaa..."

Saya tidak mahu ulas panjang lebar mengenai perkara tersebut. Perlu mengelak untuk mengkritik kepimpinan parti di negeri.

Sesuatu yang pasti, anak muda Negeri Johor mengharapkan supaya kepimpinan Negeri Johor diganti. Pilihan raya umum ke-13 ini diharapkan akan ada muka baru yang menduduki jawatan Menteri Besar Johor!

Kepada Dato' Abdul Ghani Othman, terima kasih kerana menjadi Menteri Besar Johor sejak sekian masa yang begitu lama.

Kepada pegawai-pegawai Menteri Besar Johor yang berkelakuan lebih HEBAT daripada MB, berubahlah dan jangan sombong kerana jawatan itu juga adalah pinjaman.

Kepada Barisan Nasional, kami anak muda mengharapkan pemimpin baru dan idea baru dalam meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor secara menyeluruh.

Kepada pihak Istana Johor, mohon merestui pertukaran Menteri Besar.

BODOH itu RASIS??


Salam dan salam sejahtera.

Setelah lebih 6 bulan blog ini menyepi, saya kembali menaip. Terlalu banyak isu dan pastinya akan terus hangat sehinggalah pilihan raya umum diadakan.

LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat kerja bodoh kerana meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, telah dikecam sebagai "rasis".
Lim melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan tersebut, dan berkata beliau tersinggung kerana Muhyiddin mengucapkan kenyataan 'rasis' yang menghinanya secara peribadi.

"Muhyiddin tidak pernah menggunakan perkataan ini terhadap menteri besar Melayu dalam Pakatan Rakyat," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Ini menunjukkan sifat rasisnya. Perkataan 'bodoh' yang digunakan terhadap saya adalah menghina," katanya.

"Beliau tidak pernah menggunakannya terhadap MB Melayu dalam Pakatan Rakyat dan kerana saya satu-satunya KM Cina, beliau menggunakannya terhadap saya," kata Lim.

Muhyiddin sebelum ini dilapor menyifatkan gesaan Lim supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN sebagai satu kerja yang 'bodoh'.

Timbalan perdana menteri dilaporkan berkata Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.



Saya tertarik kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP itu.

Hanya kerana perkataan BODOH maka itu boleh dianggap berbau PERKAUMAN. Saya beranggapan perkataan itu ditujukan kepada PERBUATAN kerana meminta orang ramai memakai pakaian berwarna tertentu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Lim Guan Eng perlu belajar adab dan cara untuk menghormati majlis yang dianjurkan oleh orang lain. Mungkin dia lupa bahawa DEMOKRASI juga adalah untuk semua dan bukannya untuk DEMOCRATIC ACTION PARTY yang BODOH dalam pengiraan undi.

Saya mohon MAAF kerana mengeluarkan kenyataan berunsur PERKAUMAN terhadap Ketua Menteri Pakatan Rakyat bukan MELAYU.


Catatan : Jika perkataan BODOH itu dianggap PERKAUMAN, bagaimana pula dengan perkataan BANGANG???