Followers

Selasa, Februari 12, 2013

KFC : Bakal atau telah dijual???


Salam dan salam sejahtera.

KFC bakal dijual atau sudah dijual?


Sebagai rakyat biasa negeri Johor, persoalan demi persoalan akan sentiasa bermain di fikiran kami khususnya anak-anak Johor yang peka mengenai kepentingan ekonomi negeri.

Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui masa silam KFC di negara ini.

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya catatkannya di sini.

Suatu ketika pada tahun 1980-an, ketika sambutan orang-orang Melayu beragam Islam terhadap makanan segera KFC cukup tinggi dan ketika itu jugalah Pergerakan Pemuda UMNO telah mencetuskan keraguan mengenai status halal ayam goreng KFC tersebut.

Berdasarkan beberapa catatan Pemuda UMNO, pertikaian mengenai status halal tersebut telah mencetuskan 'persengketaan' antara Pemuda UMNO dengan pihak KFC ketika itu yang diketuai oleh mendiang Low Cheng Ghee. Dan pada tahun 1985 mendiang telah memberi peluang kepada Inovest dan PNB untuk memiliki KFC.

Ketika itu isu pemilikan KFC bukanlah agenda utama yang diperjuangkan tetapi lebih menjurus kepada status makanan halal yang mutlak. Pemuda UMNO ketika itu dilihat lebih memberi tumpuan kepada kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi yang diperoleh selepas itu adalah satu bonus.

Difahamkan bahawa pihak Innovest dan PNB telah membayar lebih RM50 juta kepada pemilik rangkaian KFC di Malaysia dan sudah tentulah nilai tersebut adalah amat besar pada ketika itu.

Namun begitu, disebabkan kesilapan pengurusan Innovest telah menyebabkan pegangan saham KFC terpaksa dijual.

Satu lagi pihak iaitu PNB yang juga sebagai pelabur utama Bumiputera ketika itu telah menyelamatkan KFC untuk terus memastikan kehalalan makanan tersebut.

Akan tetapi, pergolakan pengurusan dan tekanan politik dari dalam dan luar telah menyebabkan pemilikan sahama KFC bertukar tangan. KFC sejak awal lagi telah dikenali sebagai 'lubuk emas'. Akhirnya, Kumpulan Johor Corporation atau JCorp berjaya memiliki KFC.

Saya yakin, banyak pihak sentiasa tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan pengurusan JCorp. Mengapa KFC perlu dijual sedangkan KFC adalah 'lubuk emas'? Sudah pasti ada sesuatu yang berlaku di dalam JCorp.

Kita perlu belajar dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman yang lalu. Sesuatu yang terlepas dari tangan kita pasti sukar untuk diperolehi semula.

Saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk mempertikai mengenai hak JCorp menjual KFC. Tetapi hak sebagai rakyat untuk meluahkan rasa kurang senang tetap wujud.

Tindakan JCorp menjual kepentingan di dalam KFC perlu disiasat.

Jika hendak membayar hutang-hutang JCorp, mengapa perlu menjual kepentingan yang mendatangkan keuntungan besar kepada syarikat? Sewajarnya JCorp menjual syarikat-syarikat yang memberi beban kepadanya. Kita yang jahil di dalam perniagaan sudah pasti akan berfikir sedemikian.

Sewajarnya JCorp perlu menyedari bahawa rangkaian restoran KFC digemari oleh orang-orang Melayu Islam. Apabila KFC dikuasai oleh warga asing dan bukan Islam, pastinya isu status HALAL ayam KFC akan timbul semula sebagaimana seperti masa dahulu.

Apakah yang akan berlaku kepada pembekal-pembekal bahan mentah kepada restoran-restoran KFC? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam berstatus Bumiputera yang membekalkan ayam-ayam kepada KFC?

Soalan yang paling utama ialah, bagaimana pula status dan hasrat untuk Bumiputera menguasai ekuiti ekonomi sebanyak 30%? Adakah mampu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memastikan 30% itu dicapai sekiranya wujud pemimpin yang hanya tahu menjual kepentingan bangsa di dalam perniagaan? Tepuk dada tanya iman...

Suatu ketika saya dan beberapa rakan pernah membincangkan perkara ini secara bersama. Perbincangan dari sudut ekonomi dan politik. Bercakap dan bertukar-tukar pandangan berdasarkan kemahiran masing-masing. Isu ini tenggelam untuk suatu ketika. Akhirnya kini ia muncul kembali.

Kami anak-anak Johor diperantauan khususnya anak-anak Johor di Pulau Pinang yang jauh di sebuah pulau utara semenanjung amat kecewa mengenai perkara ini.


Kita berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif JCorp suatu ketika. Selama 30 tahun beliau mengurus tadbir syarikat, tetapi akhirnya 'dilepaskan' sekelip mata.

Mungkin kita semua mengenali TANGAN-TANGAN TERSEMBUNYI yang pernah dikatakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim suatu ketika dahulu.

Saya timbulkan persoalan di sini, Apa tindakan dan usaha yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Hj. Abdul Ghani Othman selaku PENGERUSI JOHOR CORPORATION dalam mengatasi perkara ini??

Jika di Selangor TV3 melaporkan penjualan aset oleh kerajaan Selangor, adakah TV3 akan turut melaporkan secara eksklusif penjualan aset oleh kerajaan Johor???

Kami bersuara kerana kami prihatin. Sekian dari anak Johor diperantauan.

1 ulasan:


  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    BalasPadam