Followers

Ahad, Februari 10, 2013

Johor perlu MB baru

Salam dan salam sejahtera.

Pasti akan ada yang berkata, "dekat-dekat pilihan raya ni tak perlulah serang pemimpin parti bla bla bla blaa....."

Baik, saya setuju. Tapi coretan ini bukanlah untuk menyerang tetapi sekadar perkongsian.

Beberapa keluhan junior-junior saya yang mengikuti program My Beautiful Malaysia - iM4U - di Muar 3 Februari 2013 yang lalu sewajarnya perlu dikongsi di sini.

Kehadiran mereka yang jauh daripada Pulau Pinang kembali ke Muar bukan sahaja untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut tetapi turut membawa hajat bertemu/bersemuka pemimpin negeri dengan lebih dekat dan menyerahkan kertas kerja program universiti atas kapasiti anak negeri.

Satu demi satu kertas kerja berjaya diserahkan ke tangan pemimpin-pemimpin tertentu. Malangnya, apabila tiba giliran Menteri Besar Negeri Johor, kertas kerja tersebut gagal diserahkan kerana DITOLAK oleh orang tertentu.

Pastinya perasaan kecewa, hampa menerpa diri apabila diperlaku seperti itu.

Kata mereka, "Kita datang program sebab nak jumpa pemimpin negeri, kalau nak harap pemimpin negeri datang tempat kita memang tak laaaa..."

Saya tidak mahu ulas panjang lebar mengenai perkara tersebut. Perlu mengelak untuk mengkritik kepimpinan parti di negeri.

Sesuatu yang pasti, anak muda Negeri Johor mengharapkan supaya kepimpinan Negeri Johor diganti. Pilihan raya umum ke-13 ini diharapkan akan ada muka baru yang menduduki jawatan Menteri Besar Johor!

Kepada Dato' Abdul Ghani Othman, terima kasih kerana menjadi Menteri Besar Johor sejak sekian masa yang begitu lama.

Kepada pegawai-pegawai Menteri Besar Johor yang berkelakuan lebih HEBAT daripada MB, berubahlah dan jangan sombong kerana jawatan itu juga adalah pinjaman.

Kepada Barisan Nasional, kami anak muda mengharapkan pemimpin baru dan idea baru dalam meneruskan agenda pembangunan Negeri Johor secara menyeluruh.

Kepada pihak Istana Johor, mohon merestui pertukaran Menteri Besar.

5 ulasan:

  1. Aku yakin kalau rakyat ramai ramai mengadap Sultan ..pasti Ghani akan disingkirkan .. aku juga mengharap agar ghani direhatkan dari dunia politik ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalnya perlu perkenan sultan... ko ni orang mana...senang2 je ckp nak ngadap sultan ramai2 n singkirkan Ghani... selidik dulu bro...

      Padam

    2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Padam
  2. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, insyaAllah Johor akan terima MB baru. bukan Salahuddin Ayub rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah... yang terbaik untuk negeri johor

      Padam