Salam.. Salam sejahtera..
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan.
Walaupun kita berada di dalam bulan yang mulia, namun begitu kemuliaan Ramadhan itu tidak semestinya terhindar daripada sebarang kontroversi.
Bermula di Selangor, apabila dikhabarkan seramai 12 orang Melayu Islam berbuka puasa di dalam gereja. Perkara ini sudah di ulas panjang lebar oleh pihak-pihak tertentu di media dan blog.
Cuma persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, adakah 12 orang Melayu Islam itu terlalu kebulur sehingga perlu berbuka puasa di dalam gereja? Jika tidak mampu sekalipun, rasanya masjid-masjid ada membuat jamuan berbuka puasa.
Walau apa pun saya hormat dan kagum dengan Datuk Dr. Hassan Ali EXCO Selangor yang memperjuangkan dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengatasi masalah ini.
Yang penting sekarang ini adalah akidah dan bukannya ideologi politik.
Di Pulau Pinang juga agak menarik isunya. Seperti ada rantaian isu ini.
Mengikut laporan Berita Harian 12 Ogos 2011, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang baru-baru ini telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh. Arahan dikeluarkan supaya semua masjid dan surau seluruh Pulau Pinang mematuhi arahan tersebut seperti di dalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.
Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang berada di dalam dan luar masjid.
Persoalan saya di sini ialah mengapa selepas sekian lama barulah ada arahan seperti ini? Sebelum ini berkenaan dengan perarakkan sempena Maulidur Rasul. Mungkin disebabkan ideologi politik maka segalanya dihalalkan. Adakah kini sudah muncul pihak-pihak cerdik pandai agama untuk memperbetulkan perkara ini? Adakah cerdik pandai agama dahulu tidak secerdik hari ini? Ini persoalan daripada saya yang keliru dengan pendapat-pendapat golongan agama.
Sekadar andaian sahaja, mungkin isu di Pulau Pinang ini hanya sekadar untuk menutup cerita 12 orang Melayu Islam yang 'TERbuka' puasa di dalam gereja. Segalanya mungkin.
Hari ini sahaja ada isu baru muncul, apa dia? Perkahwinan GAY.
Nampaknya terlalu banyak ujian pada Ramadhan kali ini.
Pokok pangkalnya kalau orang Melayu dan Islam negara ini bersatu dan mengetepikan ideologi politik, pastinya isu ini tidak muncul.
Sama ada ini semua ada cubaan, dugaan atau sekadar propaganda hanya Dia yang tahu..
Hukum al-Quran kata hanya azan sahaja yang boleh. Pentingkan diri namanya dan sikap manusia seperti anda inilah yang mencemarkan nilai-nilai Islam.
BalasPadamBukan bermaksud kita melebih-lebihkan mereka. Tidak sama sekali. Sedang al-Quran sendiri ada tertulis kita hendaklah memperlahan suara ketika saudara lain sedang tidur hatta ketika itu kita sedang mengaji al-Quran.
Tolonglah jangan di sempitkan minda.
saya mencemarkan nilai Islam? persoalan yg menarik.
BalasPadamPersoalan saya di dalam post itu jelas, mengapa baru sekarang?
Hujah yg terbaik rasanya mengaji menggunakan penbesar suara sebelum azan subuh boleh diamalkan cuma tidak sewajarnya berlebih-lebihan.. Tidak salah mengaji asalkan tidak menggangu orang lain.
satu persatu akan dikurangkan. tidak mustahil suatu ketika nanti laungan azan juga tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara atas arahan pemerintah