Followers

Selasa, Januari 03, 2012

Demonstrasi subjek OPSYEN dan Luahan Hati

Salam dan salam sejahtera.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Saya mendoakan kalian mendapat keputusan yang setaraf dengan usaha kalian sepanjang semester ini.

Kepada mahasiswa dan mahasiswa yang menjadikan DEMONSTRASI sebagai salah satu matapelajaran OPSYEN, saya juga mendoakan kalian mendapat apa yang kalian cari, buka mata, buka minda, buka hati supaya benar-benar BEBAS tanpa dicuit dan digesel oleh pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang.

Di bawah ini saya selitkan mesej daripada seorang umat Islam di negara Malaysia. Kepada anda yang membaca terutamanya mahasiswa dan mahasiswi yang begitu terkesan dek KEZALIMAN kerajaan Malaysia, baca, fahami, dan renungilah.

Inilah mesejnya;


SAYA KECEWA!!!

Pelajar IPTA dan IPTS diberi saguhati oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM200 kononnya untuk belanja buku. Begitulah ditatangnya para pelajar IPTA/IPTS oleh kerajaan kita.

Tapi bagaimana dengan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Aam (ILKA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)? Jawapannya ialah, HAMPA dan HAMPAS!!!

Double standard yang memualkan. Tidak ada seorang pun golongan cerdik pandai di Malaysia ni yang perjuangkan nasib belia-belia berkemahiran ini.

Pernah kita dengar pelatih kemahiran berdemo? Pernah dengar hutang pinjaman belajar PTPK tertunggak macam PTPTN? Pernah dengar ke pelajar kemahiran menentang kerajaan?

Kami pelajar kemahiran seperti anjing menyalak bukit bila menyebut soal hak samarata dengan pelajar akademik. Kami dah macam barua di bumi tercinta Malaysia.

Apa pun, golongan "bodoh,bahlul,tolol dan bongok" seperti kami adalah Tangan Emas Negara dan tetap terus belajar dan bekerja dengan penuh kecintaan pada negara ini.

3 ulasan:

  1. (( Azam Tahun 2012 )) - 'Sumpah, Saya Mahu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7!'

    http://www.youtube.com/watch?v=MuzXGijU-Yo
    http://www.youtube.com/watch?v=ZzJu-rbaeyk
    http://www.youtube.com/watch?v=8DINrETryqc
    http://www.youtube.com/watch?v=NDqgi3BtZ6M
    http://www.youtube.com/watch?v=h4WhMjwio1c
    http://www.youtube.com/watch?v=0CA1NbRSjfk
    http://www.youtube.com/watch?v=weDQbnJrvNo
    http://www.youtube.com/watch?v=67xAH1GtbXM
    http://www.youtube.com/watch?v=FwBAVDN5CdU
    http://www.youtube.com/watch?v=7Ty4GsbxgUI
    http://www.youtube.com/watch?v=B5pHUI-wMG8


    Dengan Nama Tuhan yang Maha Esa, saya bersumpah tidak akan mengundi Barisan Nasional (termasuk UMNO, MIC, MCA dan parti-parti komponen yang lain)selagi transformasi besar kepada generasi muda tidak berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional secara jelas dan nyata.

    Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, jika saya mengundi Barisan Nasional sebelum transformasi besar kepada generasi muda betul-betul terjadi sebelum PRU ke-13, saya telah mengkhianati generasi baru secara jelas lagi nyata.

    Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tetap akan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP) jika transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.

    Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak akan berjuang untuk generasi muda, generasi baru, parti mahupun negara jika Barisan Nasional tidak terkubur selepas PRU-13 kerana transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.
    Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak sama sekali menarik kembali sumpah saya kini dan selamanya..

    -----
    Sumpah!! Saya sokong Dato' Seri Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas PRU-13..

    Tapi, betulkah generasi muda dan generasi baru berpuas hati?
    Tak mungkin... Sudah tentu mereka mahu 'orang mereka' yang diangkat.... (( jangan nak tipu, mereka bukan bodoh ))



    Ok fine... fine... KAMU tentu bodoh sombong kan?
    OK.... Saya STOP setakat ni je.. Saya tak mahu buat apa2 lagi.. Saya tak mahu ambil kisah apa2 lagi..
    Disebabkan KAMU bodoh sombong, KAMU teruskan buat 'benda2' bodoh ni semua sendiri sampai generasi baru betul2 lingkup jelas depan mata KAMU sendiri..
    Mulai saat ini, saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga dan kerja2 saya sahaja..

    Bye..bye....



    Perrrgghhh!!! Memang Terrrbaaekkkk laaaa

    Terima kasih sangat2 korang memang terbaekk!! Terharu aku~ huhuhuhu

    SAYA SAYANG KAWAN SAYA

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ada juga orang tak siuman baca blog ni.. Hj. Hadi jadi Perdana Menteri? Ok setuju je asalkan PAS bertanding lebih banyak dan menang kerusi parlimen melebihi kerusi DAP dan PKR..

    BalasPadam
  3. aku pegang janji adik sayang...kau bersumpah dengan nama tuhan...janji jgn di bawa main kelak kau yang akan jadi "adik sayang" dari PKR..inilah akan jadi bila nafsu mengatasi akal.. apapun aku akan doakan Tuhan buka pintu hati kau...harap2 kau bukan golongan pintu belakang jugak..apapun sahabat saudara syukri, teruskan perjuangan ko....perjuangan mu belum selesai...nti ada masa bolehlah kita bersembang di KFC sehingga lewat pagi..bertemankan dengan "Guru" yg sentiasa ada di belakang kita.hahahah

    BalasPadam