Followers

Sabtu, Februari 25, 2012

PRU13 : Selepas bulan JUN atau SEPTEMBER?

Salam dan salam sejahtera.


Baru-baru ini Presiden UMNO, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa sambutan ulang tahun UMNO kali ke-66 akan diadakan di Stadium Merdeka.



Kepada para pembaca khususnya ahli-ahli UMNO yang tidak tahu, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. UMNO tidak lahir di tepi jalan, UMNO tidak lahir sebab ada yang berbaring dan bersolat hajat (kononnya) di tengah jalan, UMNO tidak lahir kerana membela seorang individu kononnya ANUgerah Tuhan. UMNO lahir di dalam Istana.


Saya bukanlah hendak menulis mengenai sejarah UMNO dan keunikan sambutan ulang tahun UMNO kali ke-66, tetapi saya lebih tertarik mengenai makluman yang dibuat oleh Presiden UMNO tentang tarikh persidangan cawangan dan bahagian UMNO.

Seperti mana yang dilaporkan di media, persidangan UMNO di peringkat cawangan akan berlangsung bermula 1 April 2012 hingga 15 Jun 2012 manakala persidangan UMNO di peringkat bahagian pula akan berlangsung pada 1 Julai 2012 hingga 15 September 2012.


Perhimpunan Agung UMNO pula sudah pasti akan ditangguhkan.

Ketiga-tiga sayap iaitu Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan turut mengadakan persidangan.


Berdasarkan tarikh-tarikh persidangan UMNO itu, secara tidak langsung kita boleh melihat dan mengandaikan bahawa pilihan raya umum pasti akan diadakan selepas tarikh 15 Jun 2012 atau 15 September 2012.


Sama ada parlimen akan dibubarkan pada bulan Jun mahupun September, saya yakin keputusan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Perdana Menteri pasti akan melihat dari segenap aspek untuk membuat keputusan membubarkan parlimen.


Aspek yang paling utama perlu dilihat ialah sokongan para pengundi untuk mengundi Barisan Nasional kelak.


Akan tetapi saya beranggapan perkara yang lebih utama untuk pembubaran parlimen ialah sokongan kepada UMNO. Sokongan kepada MCA dan Gerakan saya boleh mengibaratkan sebagai "tak perlu nak andai-andaikan lagi la ye".


Berdasarkan beberapa sumber yang diterima, terdapat beberapa pihak yang sudah kepanasan kerana namanya digugurkan sebagai calon. Terdapat juga penyandang yang khabarnya tidak akan dicalonkan semula. Mengapa mereka kepanasan? Jawapan yang saya terima daripada pihak tertentu ialah kerana 'mereka' yang kononnya berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air itu tidak mahu kehilangan kuasa dan mahu kekal di dalam 'lubuk emas'.


Dilaporkan juga bahawa pihak tertentu di dalam parti telah menerima laporan daripada 'kumpulan' khusus yang 'menyelinap' ke bawah dasar parti untuk mengetahui permasalahan yang wujud dan khabarnya orang atasan parti juga telah menerima laporan tersebut dengan berat hati dan tergamam seketika.


(sekadar gambar hiasan)


Seperti mana diketahui sifat orang Melayu biasanya sudah terhantuk barulah tahu menghargai dan mencari punca hantukan itu. Alhamdulillah laporan itu khabarnya telah membuatkan muka orang atasan itu merah padam menahan kemarahan kerana mengetahui kebanyakan  pemimpin di peringkat tertentu menggunakan kabel, kroni-kroni, wang dan sebagainya untuk kekal berkuasa.


(Sekadar gambar hiasan)


Oleh sebab itulah, apabila Presiden UMNO mengumumkan bahawa persidangan UMNO di peringkat cawangan akan diadakan pada 1 April hingga 15 Jun, saya begitu yakin pilihan raya pasti akan dilaksanakan selepas tarikh berkenaan. Hal itu pastinya akan bergantung kepada analisis dan gerak kerja yang dilakukan bagi memastikan peratusan kemenangan memihak kepada Barisan Nasional. Sekiranya pada bulan JUN ini peratusan itu tidak menyakinkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, tarikh 15 September 2012 adalah tarikh paling sesuai untuk pembubaran parlimen.


Disebabkan parti-parti pembangkang di negara ini tidak ada yang menjanjikan untuk melakukan sesuatu lebih baik berbanding Barisan Nasional, maka saya berharap supaya Barisan Nasional dapat kekal mentadbir Malaysia.


(Sekadar gambar hiasan)


Jika sebelum ini penyokong-penyokong pembangkang menyindir papan tanda "PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN" tetapi apabila parti pembangkang memerintah di sesebuah negeri, mereka pula yang menaikkan papan tanda bagi mempromosi JASA mereka kepada rakyat. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. KHALIFAH kononnya.


(Sekadar gambar hiasan)


Sekiranya Barisan Nasional tewas, saya yakin Malaysia pasti akan mengikhtiraf kewujudan negara Israel.


Selamat bersidang kepada UMNO. Selamat berjaya juga kepada UMNO. Selamat bekerja kepada para jentera parti. Selamat berlaku jujur juga kepada semua dalam membuat laporan  atau statistik pengundi yang menyokong Barisan Nasional.


Sumber : UMNO Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan