Followers

Sabtu, Mac 10, 2012

Terima kasih Perdana Menteri.

Salam dan salam sejahtera.

Sebagai anak kelahiran Negeri Johor saya tidak mahu ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana melakukan lawatan kerja dua hari ke Johor Bahru, Johor.

(Foto : Cikgu Amir Hamzah Mohamad)

Kehadiran Perdana Menteri itu sudah tentulah bukan dengan tangan kosong. Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta  bagi pembinaan sebuah pasar baru di Kampung Melayu Majidee yang berusia lebih 20 tahun.

(Foto : Sinar Harian)

Pada hari ini pula, Perdana Menteri telah memberikan khabar gembira kepada rakyat Johor khususnya pengguna lebuhraya Pasir Gudang apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menaiktaraf lebuhraya Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong.

Terima kasih juga kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana telah mengumumkan pelaksanaan sebanyak 59 projek di bawah Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia yang dijangka mampu menarik pelaburan sebanyak RM139.3 bilion serta turut dijangka mampu menyediakan 68,000 peluang pekerjaan di sana.

(Foto : Utusan Malaysia)

Alhamdulillah, semoga dengan pengumuman peruntukan dan projek-projek tersebut mampu membangunkan Negeri Johor ke arah yang lebih gemilang. Apa yang penting ialah peluang pekerjaan kepada setiap rakyat Negeri Johor khususnya dan tidak diberikan kepada pekerja-pekerja asing.

Terima kasih Perdana Menteri. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional.

2 ulasan:

  1. sebagai anak johor yang menetap di selangor turut berbangga jugak. Bagi rakyat johor, elakan jadi macam selangor sekarang...teruk.

    Kesian convo unisel hanya buat di dewan serbaguna je...macam mesyuarat PIBG je..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, mudahan Johor terus gemilang dan maju..

    BalasPadam