Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia Mereformasikan Minda..

Di dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kerajaan belum memuktamadkan pembelian helikopter bagi tujuan pengangkutan, mencari dan menyelamat serta tempur (SCAR) untuk mengantikan helikopter Nuri.
Pembelian helikopter baru keluaran Eurocopter bagi mengantikan helikopter Nuri telah ditangguhkan sejak setahun yang lalu.
Pada bulan September 2008 yang lalu, Kementerian Pertahanan yang

diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah bersetuju untuk membeli sebanyak 12 buah helikopter Eurocopter EC 725 yang bernilai RM1.6 bilion bagi mengantikan helikopter Nuri yang sudah terlalu lama.

Namun begitu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menangguhkan pembelian tersebut selepas pemilihan helikopter Eurocopter EC 725 menimbulkan kontroversi daripada pihak pembangkang.
Timbalan Menteri Pertahanan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 28 buah helikopter Nuri masih mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik.
Saya cukup tertarik kerana Timbalan Menteri menyatakan bahawa

helikopter Nuri mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik. Apakah sepanjang tahun menuju ke tahun 2015 itu tidak akan berlaku tragedi helikopter Nuri terhempas disebabkan faktor-faktor helikopter itu sendiri?
Semua yang terjadi adalah kehendak Allah S.W.T, dan bukannya kerja kita sebagai manusia. Tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mengelak daripada berlakunya tragedi.
Pada tahun 1968, kerajaan Malaysia telah membeli sebanyak 40 buah helikopter Sikorsky S61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.
Kini kita berada pada tahun 2009. Hal ini bermakna helikopter Nuri sudah berusia lebih 40 tahun. Dalam tempoh beroperasi, kita banyak menatap cerita mengenai tragedi helikopter Nuri terhempas. Terhempas yang mengakibatkan kerugian aset dan kehilangan nyawa serta kepakaran oleh TUDM. Helikopter Nuri mendarat cemas mungkin lagi banyak berbanding yang terhempas.
Apabila ada laporan berita mengenai helikopter Nuri terputus hubungan dengan pangkalan, maka kita akan mendengar cerita mengenai rekod helikopter Nuri terhempas, rentetan peristiwa tragedi yang dipaparkan di dada akhbar, arahan pihak berkuasa untuk mencari punca tragedi, dan akan berkumandanglah idea-idea bernas supaya helikopter usang yang berusia lebih 40 tahun itu digantikan dengan yang baru.
Tragedi terakhir helikopter Nuri terhempas ialah pada 13 Julai 2007 di Genting Sempah, Pahang. Disebabkan tragedi tersebut, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Kabinet bersetuju untuk menggantikan helikopter Nuri. September 2008 pemilihan helikopter telah dilakukan. Tetapi dasar Perdana Menteri ketika itu yang
'flip flop' itu telah menangguhkan pembelian tersebut.
Sebenarnya pembelian helikopter baru bagi mengantikan Nuri ini perlu dilakukan segera. Jika ditangguhkan tahun demi tahun harga pasaran helikopter akan turut berubah dan ini akan mengakibatkan kenaikkan kos.
Saya masih ingat semasa menonton Buletin Utama, terdapat seorang ahli parlimen wanita daripada wakil pembangkang menyatakan bahawa
"kenapa mahu tukar? Helikopter itu boleh guna lagi..". Maaf, inilah ahli parlimen yang paling
BODOH. Helikopter Nuri berusia lebih 40 tahun memang wajar digantikan dengan yang baru. Dia sebagai ahli parlimen sudah berapa kali tukar kereta baru? Anda dan ahli keluarga anda sudah berapa kali tukar motor dan kereta baru? Ada ahli parlimen yang tukar kereta setiap tahun..
Kereta berusia lebih 20 tahun pun banyak masalah apatah lagi helikopter yang berusia lebih 40 tahun.
Jika kita sedang memandu kereta dan tiba-tiba kereta itu rosak, enjin dia 'mati', kita terpaksa berhenti di tepi jalan dan boleh keluar rehat-rehat sambil garu-garu kepala..
Tetapi cuba bayangkan jika kita sedang memandu helikopter Nuri yang dah tua dan usang itu dan tiba-tiba enjin helikopter 'mati' apakah kita boleh berhenti rehat ketepi untuk seketika? Sambil garu-garu kepala? Apakah helikopter tersebut akan tergantung di atas udara? Kalau tergantung tak apa, senang kerja kita.. Ini tidak, silap-silap boleh masuk surat khabar muka depan sebab menjadi mangsa 'keranda terbang'.
Diharapkan pihak kerajaan dapat menggantikan dengan segera helikopter Nuri tersebut. Helikopter Nuri hanya layak ditempatkan di muzium sahaja. Amerika Syarikat pun sudah tidak menggunakannya lagi.
Ganti sebelum berlakunya tragedi sekali lagi..
*teringat pada abang TUDM yang buat pameran di Dewan Budaya USM semester lepas..
"Abang, kenapa helikopter Nuri jatuh terhempas ke bawah?". Abang tu punyalah jawab dengan serius,
"sebab masalah teknikal..dah usang..kesilapan manusia..". Tapi pada saya jawapan yang paling tepat sebab
"Helikopter Nuri sudah lama di atas..". Kesian abang tu, dah la dia penat, kena layan saya yang loyar buruk pulak..