Salam dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pada 9 Januari 2012 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terselamat daripada menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh buat kali kedua.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu memperlihatkan kepada umum bahawa sistem kehakiman di negara ini benar-benar telus dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO seperti mana yang sering diungkapkan oleh parti-parti pembangkang.
Seperti biasa, sekiranya sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka (pembangkang), maka mereka akan menerima dengan hati yang terbuka dan mengatakan itu adalah keputusan yang adil dan telus. Bayangkanlah, bagaimana pula keadaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekiranya keputusan mahkamah itu tidak memihak kepada Anwar Ibrahim?
Laporan media turut memaparkan bahawa terdapat tiga letupan bom buatan sendiri di tempat berdekatan Mahkamah Tinggi. Seperti biasa Buletin Utama TV3 akan memaparkan berita mengenai pembebasan Anwar sedikit sahaja dan bersyukurlah kerana terdapat berita mengenai letupan itu sehingga mampu menutup berita pembebasan Anwar.
Pada 8 Januari 2012, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor telah dipecat daripada Pas. Pemecatan itu telah dilakukan selepas AJK Pas Pusat bermesyuarat dan keputusan drastik itu telah dilakukan ke atas Y.B. Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Exco Selangor.
Khabarnya kelantangan Datuk Dr. Hassan Ali mempertahankan agama Islam, mengenai penjualan arak di Selangor, Perhimpunan Sejuta Ummah dan sebagainya dilihat telah merugikan Pas sendiri. Saya sebagai orang luar melihat kelantangan Datuk Dr. Hassan Ali itu perlu kerana Pas kini sudah tidak berani bersuara mengenai perjuangan menegakkan syiar Islam kerana 'menghormati' rakan di dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.
Perjuangan membangunkan negara Islam telah berubah kepada negara berkebajikan. Timbalan Presiden PKR sendiri berani bersuara dan mencampuri urusan rumahtangga Pas.
Daripada dua individu ini, cuba kita fikirkan sejenak mengapa 801 dan 901 menjadi tarikh keramat terhadap dua insan ini?
Mengapa Datuk Dr. Hassan Ali dipecat daripada Pas pada tarik 8 Januari, selang sehari akan keputusan kes mahkamah Anwar? Mengapa Datuk Dr. Hassan Ali tidak diberikan ruang dan peluang untuk membela diri walhal Pas yang kononnya ISLAM itu tidak memberi ruang kepada Exco Selangor itu untuk menjelaskan hal yang sebenarnya. Nampak sangat Pas membuat keputusan berdasarkan kata-kata orang 'fasik' dalam Pakatan Rakyat sedangkan kita orang Islam telah diajar untuk menyiasat setiap khabar berita yang sampai ke telinga kita sendiri. Saya juga yakin, Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah satu-satunya insan yang dipecat daripada Pas. Mungkin selepas ini akan ada lagi insan yang akan dipecat kerana berkata benar mengenai syiar Islam sehingga mengecilkan hati DAP dan PKR.
Saya melihat pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali pada 8 Januari adalah untuk menenggelamkan kisah Datuk Dr. Hassan Ali ini dengan kisah Anwar. Sekiranya Anwar bersalah maka nama Datuk Dr. Hassan Ali tidak akan disebut-sebut setelah dipecat daripada Pas kerana media akan memberi tumpuan kepada Anwar. Namun begitu hanya media-media tertentu sahaja yang memaparkan berita mengenai Anwar setelah terselamat untuk kembali ke Sungai Buloh.
Sebab itulah seorang insan yang saya temui turut menggelengkan kepalanya apabila bercerita mengenai Pas. Insan itu yang boleh duduk semeja dengan pemimpin-pemimpin utama Pas mengatakan Pas kini hanya Islam pada nama dan perjuangannya sudah jauh terpesong berbanding zaman Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor. Inilah bahana apabila sanggup berkawan dengan syaitan demi untuk menjatuhkan UMNO yang juga saudara seagamanya sendiri.
Kita kembali kepada 901. Saya cuba membawa para pembaca untuk berfikir mengenai keputusan mahkamah. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan di Jalan Duta itu jika sekiranya Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara?
Saya yakin para peserta yang berhimpun di sana akan mengadakan rusuhan dan ketika itu keadaan sudah tentu tidak terkawal. Ketika itu seluruh penyokong Anwar akan mengatakan keputusan mahkamah telah dipengaruhi oleh kerajaan Barisan Nasional.
Saya berasa musykil sedikit kerana keputusan mahkamah dilihat seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Seperti ada 'propaganda' oleh pihak tertentu untuk membebaskan Anwar 'seketika'.
Mungkin kerana tidak mahu berlaku kekacauan maka keputusan mahkamah itu berpihak kepada Anwar. Perlu diingat bahawa Saiful dan pihak pendakwa masih mempunyai ruang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila seorang yang mempunyai ilmu dalam bidang Falak mengatakan bahawa insan itu tidak sesuai dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Peluangnya juga tiada. Semoga kata-kata itu menjadi kenyataan.
Penulisan kali ini mungkin menimbulkan 1001 persoalan kepada para pembaca, tetapi naluri saya tetap mengatakan bahawa ada sesuatu yang tersirat disebalik keputusan 801 dan 901 itu.
Marilah sama-sama kita berfikir. Kepada mereka yang malas berfikir, tunggu sajalah apa yang akan berlaku.
tunggu dan lihat...satu jawapan yang bagus? adakah kita akan tunggu dan lihat setelah semua hancur disebabkan kerakusan pemimpin politik kita yang bermuka2 seperti serigala jadian..lagi hina dari serigala jadian dan sehina hina dari @!%$..Apa nasib melayu kita...kembalilah ke pangkal jalan.sekiranya politikus2 yang ada sekarang ini tidak sayang diri sendiri tolong pikirkan nasib anak muda seperti kami.ideologi seperti mana yang ingin kamu cari wahai politikus2...adakah pentadbiran sekarang tidak adil??kalau tidak adil AI tidak akan terlepas dari hukuman.sedang kita bergaduh mencari kesalahan bangsa kita sendiri.Bukan melayu sedang bertepuk tangan sambil memegang "bear" tanda kemenangan dan kebodohan org melayu yang sedang terhuyung hayang di bumi sendiri.
BalasPadamDisebabkan kesilapan pemimpin yg ada sekarang ni habis nasib kami golongan muda..jika anda politikus2 tidak sayangkan negara, tolongla ingat pada kami golongan muda yg belum tentu lagi dapat hidup dengan tenang di masa akan datang ...bagaimana nasib kami?..Adakah sanggup melihat cucu cicit kita menjadi pelarian di negara Malaysia tercinta ini...tolongla pikirkan nasib org muda yg cintakan keamanan..kami bukan adam adli, sekiranya negara ini kucar kacir pada masa hadapan saya tahu ini punca daripada siapa.adam adli yg inginkan kehidupan reformasi ini kami tidak ingin.kembalilah ke pangkal jalan org melayu..bagunlah dari tidur...bangun orang melayu..bangun...
Title : Bangun
BalasPadamArtist : Kedai Kopi
Cuba renungkan hari kehari
Malapetaka disana sini
Bencana dan dendam juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih diawang-awangan
Merayau dengan kemewahan
Hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan
Kita abaikan apa yang terjadi
Bila bencana meranap nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Janganlah disuatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila mendekati ada erti
Kesalahan tiada berguna lagi
Jangan mudah kau berkata
Dunia hanya sementara
Engkau mudah leka
Buat selama-lamanya
Jangan nanti suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimpi
disiang hari..
Bangun..
Dari tidur
Bangun..
Orang Timur
Bangun..
Dari tidur
Bangun..
Orang Timur
[solo]
Jangan mudah kau berkata
Dunia hanya sementara
Engkau mudah leka
Buat selama-lamanya
Jangan nanti suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimpi
disiang hari..
Bangun..
Dari tidur
Bangun..
Orang Timur
Bangun..
Dari tidur
Bangun..
Orang Timur