Followers

Jumaat, Januari 06, 2012

Demonstrasi jadi Diskusi Ilmiah di USM

Salam dan salam sejahtera.

Semalam 5 Januari 2012, telah diadakan satu perjumpaan kecil dan menggunakan istilah 'diskusi' sebagai salah satu cara untuk tidak 'meniru' tindakan mahasiswa/i di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru 2012 yang lalu.
Perjumpaan atau diskusi oleh pelajar Cina itu diadakan di gelanggang bola keranjang Desasiswa Bakti Permai. Saya sendiri berada di sana, bukan untuk menyokong tetapi memerhati dan mendengar tujuan utama mereka berdiskusi di sana.

Persoalannya mudah, mengapa diskusi atau perbincangan itu diadakan di gelanggang bola keranjang yang gelap? Mengapa tidak diadakan di cafe-cafe yang sudah tersedia dengan kemudahan yang lebih selesa? Mengapa tidak dianjurkan program diskusi ilmiah untuk berbincang secara lebih akademik?

Secara peribadi saya menganggap sekumpulan pelajar Cina itu hanya sekadar duduk untuk mengulangkaji pelajaran kerana keesokkan harinya mereka mungkin ada peperiksaan. Mungkinlah.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia yang mengawal kemasukan orang luar ke dalam kampus sejak petang kejadian.

Saya sendiri diberitahu bahawa program yang dianjurkan itu sebenarnya telah dirancang lama, tetapi dapat 'disekat' daripada tersebar kepada mahasiswa/i USM. Akan tetapi, mungkin kerana 'penjaga-penjaga' facebook tertentu sedang sibuk dengan peperiksaan maka info berkenaan program ini telah tersebar pada 5 Januari 2012.

Di bawah adalah salah satu mesej yang dimaksudkan;


Saya mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa/i USM kerana tidak menyertai program tersebut. Kehadiran yang kecil itu khabarnya telah menyebabkan penganjur menukar rancangan asal untuk menyalakan lilin.

Pada saya, disinilah letaknya kematangan mahasiswa/i USM dalam menghadapi pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan kampus ini.


Saya juga berbangga dengan beberapa rakan kepimpinan pelajar  terutamanya Speaker Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau Parlimen Mahasiswa USM (gambar atas , baju kuning pegang topi keledar) yang berani menyoal tindakan penganjur dan memberikan beberapa kenyataan. Terdapat juga beberapa soalan yang tidak dijawab oleh pihak berkenaan apabila diajukan soalan oleh pihak yang tidak menyokong mereka tetapi berada di sana.


Kesimpulan yang dapat saya simpulkan di sini ialah, mereka khususnya mahasiswa/i Cina yang berkumpul atas nama untuk BERDISKUSI itu bukanlah semuanya mahasiswa/i USM. Mereka juga hanya berpandukan laporan yang diterima daripada pihak mereka sahaja mengenai kejadian di UPSI. Seperti biasa, mereka hanya akan menerima sesuatu sekiranya perkara itu memihak kepada mereka.

Sekiranya kesemua warga kampus diberitahu mengenai niat murni untuk diadakan DISKUSI ILMIAH itu, saya yakin akan ada lebih ramai yang menyertainya dengan hujah dan fakta serta bukti bergambar mahupun video.

Tahniah kepada seluruh warga kampus Universiti Sains Malaysia!

Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah rujuk link dibawah.



8 ulasan:

  1. apa tujuam buat 'diskusi' tu sebenarnya??
    aku confuse la.. adakah ber'diskusi' untuk tentang AUKU atau membincangkan kes kat UPSI tu?
    sebab aku tgk video yg dorang sebarkan kat fb tu, byk mengenai kes kat UPSI tu je?
    semalam aku ada jugak diskusi tapi untuk exam aku petang jap g la.. hehehe

    BalasPadam
  2. salah 1 tujuan untuk desak mansuhkan AUKU, tapi matlamat asal semalam tu dah tersasar, jadi perbincangan untuk jelaskan apa yg berlaku di UPSI..

    BalasPadam
  3. itu la pasal... aku dah agak dah.. haihhh... mcm mcm btol.. semalam aku buat diskusi, takdak wartawan datang pon

    BalasPadam
  4. Tulisan ini agak bias dan racist. Ada beberapa hal yang patut di highlight, tapi tidak dilakukan.

    BalasPadam
  5. apa pun tugas kita masuk universiti ni untuk belajar...bukan nak berpolitik...dua-dua pun sama je. apa yang penting jangan tesasar dari matlamat dah la. TAK PAYAH NAK DEMONSTRASI2 la kat USM ni bagi malu je..kita ni mahasiswa, GUNA AKAL!! dan bertindak ikut AKAL!! Lagipun kita ada saluran yang lebih baik untuk mengadu. dan yang PEMIMPIN PELAJAR USM pun sama gak..study dulu..ni x YANG TINGGI2 TU LA POINTER CAM CIPUT JE...malu je weh..hihi

    BalasPadam
  6. apa la nak jadi dengan mahasiswa/i. tolongla kembali ke pangkal jalan...apa tujuan masuk u. klo nak berpolitik tunggu la habis belajar.. ikut anwar ibrahim jadi pembantu peribadi dia.senang nti trus kena tunggag "vespa" dengan anwar ibrahim. pas 2 x payah sibuk2 kuar kat news mahasiswa diliwat oleh anwar...penat aku tgk..masalah yg sama berlaku..inilah tanda2 akhir zaman.....adui....

    BalasPadam
  7. kah kah kah kah...tulisan ni agak bias dan racist sebab saya orang Melayu kan? lepas tu saya nyatakan mereka yang terlibat tu orang Cina kan? kah kah kah kah betul2 racist la ini penulis blog..

    apa2 pun tahniah kepada adam adli yang telah direhatkan selama 3 semester..bersyukurlah anda wahai adam adli kerana diberi peluang untuk memberi tumpuan penuh terhadap politik parti selama 3 semester.

    BalasPadam