Followers

Rabu, Januari 11, 2012

Jangan Ada Prasangka - Kerusi Parlimen bukan untuk keluarga kamu sahaja!!

Salam dan salam sejahtera.

Penulisan kali ini mungkin yang paling pendek.

Cukup sekadar gambar untuk menggambarkan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

JANGAN ADA PRASANGKA



Saya tujukan perkara kepada pihak yang berkenaan terutamanya pencacai atau penyokong kuat seorang manusia yang sudah terlalu lama berada di puncak kuasa.

Tarik diri dan bersara lebih elok berbanding mencalonkan anak sendiri (mahupun isteri) sebagai pengganti.

Apabila sudah terlalu lama berada di puncak kuasa, maka sudah terleka dan alpa mengenai punca kuasa yang diperolehinya itu.

Perlu disedari bahawa kerusi atau pangkat mahupun jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen bukanlah satu warisan yang perlu diperturunkan kepada anak, cucu, cicit mahupun saudara mara.

Saya tidak akan menaip mengenai kawasan Parlimen berkenaan kerana tidak perlu menyentuhnya di sini. Hal ini kerana saya akan menaipnya tatkala masanya tiba untuk menyatakan mengenai keBONGKAKan dan keBIADABan seorang Ahli Parlimen yang tidak memberi 'restu' program kemasyarakatan mahasiswa/i di sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Parlimen jagaannya.

Siapa anda wahai Ahli Parlimen untuk kami meminta restu kamu? Mandat kamu juga diberi oleh rakyat. Ketua Kampungnya juga JAHIL kerana terlalu menjaga hati Ahli Parlimen umpama kuda tua yang perlu dibersarakan segera. (Tidak ada kena mengena dengan gambar di atas - Saya merujuk Ahli Parlimen di Kepulauan Solomon)


Oh ya, sebelum saya terlupa elaun Ketua Kampung dan Setiausaha Kampung dibayar oleh Kerajaan Negeri Johor dan bukannya Ahli Parlimen. Saya tidak pasti pula Ketua Pemuda UMNO Cawangan turut mendapat elaun daripada Ahli Parlimen. Mungkin elaun projek-projek rasanya.


Terharu rasanya apabila seorang Ketua Kampung menipu mahasiswa/i mengenai elaun yang diperolehinya. (Saya turut merujuk Ketua Kampung di Kepulauan Solomon)

2 ulasan:

  1. Ayuh bangkit anak muda,Kulaan, saya setuju sangat istilah yang anda guna 'Kuda Tua' MP ini perasan sangat dia lah yang terbaik, aku meluat sangat lebih2 lagi kalau dia pengerusikan PAU bila tuk Bad berehat, bagai langit dengan bumi, kebolehan tok Bad ngan Kuda kepang (orang mabuk jawatan) ni, dia ingat dah hebat sangat, pada aku dia duduk kat kerusi tu menonjolkan lagi kebahlolan dia. Bila agaknya dia nak sedar.
    Aku rasa tak ada pembangunan yang berlaku di kawasan dia, sejak jadi MP. yang ada tu telah dirancang oleh MP terdahulu termasuk Mantan PM tun Hussin onn. juga 'Pak pong' yang jaga Kebajikan Masyarakat Malaysia dulu. Sudah-sudah lah puak-puak orang lama yang sokong Kuda Tua ni, suruh je dia taubat. Dah banyak Tokoh-tokoh yang berjasa di Seri Gading tu di sakiti, dimusuhi oleh nya, menyebabkan mereka jauh hati pada UMNO. Ayuh Saudara Kulaan bagkit, ajak Maliki buat program belia di kawasan SG sekerap yg boleh , pedulikan MP kaki putar alam ni.Rakyat SG dah jemu dengan kuda tua ini kecuali penjilat-penjilat tegar yang memang menerima habuan kain pelikat.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen itu.

    Seperti biasa tiada siapa berani untuk bersuara kerana hendak menjaga periuk nasi. Kalau ketua kampung yang bersuara nanti dipecat pula. Kalau AJK Bahagian yang bersuara nanti tak dapat projek pula. Kalau Ketua Pemuda bersuara nanti 'elaun' ditariklah katanya.

    Semoga MP tu selalu masuk TV3 bila buat sumbangan kepada rakyat.....hehehe

    BalasPadam