Followers

Khamis, November 05, 2009

Fikiranku keliru dan bercelaru..

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Reformasi Minda..

Saya sudah lama ingin memaparkan klip video di bawah ini, tetapi di dalam blog saya ini mempunyai dua kekangan yang menghalang saya untuk memaparkan klip video tersebut. Selepas saya memadam halangan tersebut, maka saya berkeyakinan untuk memasukkan klip video ini di sini.

Perlu diketahui bahawa hal ini bukanlah propaganda mahupun provokasi, tetapi hanya sekadar untuk kita menilai sambil berfikir.

Apa pandangan anda berkenaan perkara ini?



Saya cukup tertarik dengan gaya ustaz yang cukup bersahaja dalam memberikan ceramahnya. Suatu ketika, beliau kerap muncul di televisyen kerana mempunyai hubungan akrab dengan seseorang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan. Selepas orang kerajaan itu di pecat daripada kerajaan, beliau pun bersama-sama berjuang dengan orang tersebut.

Sayangnya..banyak perkataan yang digunakan oleh beliau semasa berceramah telah mencemarkan nama beliau sebagai penceramah agama..

Walau apa pun, saya mengagumi cara beliau ketika memberi ceramah atau syarahan kerana tidak bergantung kepada teks.. Kita yang mendengar pun tidak mengantuk seperti mana mendengar ucapan mantan Perdana Menteri yang terkenal dengan Islam Hadharinya..

Seperkara lagi ialah berkenaan dengan apa yang diperkatakan oleh bekas mufti kerajaan negeri Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, iaitu "Kini wujud kelompok manusia yang mempergunakan agama untuk menjadi popular seperti 'orang itu'...ada juga orang yang menggunakan agama demi untuk mengaut keuntungan dalam berceramah..inilah apa yang dikatakan sebagai memperdagangkan agama..".

Habis sahaja ceramah yang penuh dengan kata-kata kesat terhadap pemerintah, para hadirin diminta pula menghulurkan sumbangan ikhlas untuk penceramah..



Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana mendapat wang ihsan sebagai wang royalti minyak.

Hargai dan contohilah sikap YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersyukur dan berterima kasih apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan.

*Cakap mesti bikin dan apa yang dipercakapkan mestilah sama dengan apa yang dibikin..

**Diriku keliru dan bercelaru..

2 ulasan:

  1. Agama ini mempunyai nilai komersil.. Sejak dulu lagi ada.. Dulu kat eropah, ada gereja menjual surat pengampunan dosa. Kalau kita beli surat tu, dosa kita akan terampun. Aku dah lupa bila benda ni jadi dan malas aku nak godek2 balik otak aku atau wikie2 sebab musim exam.. Penat nak fiqir hal lain. Biar hal exam dulu.. Lain kali aku akan cerita lagi samada di kedai kopi atau di laman "diari peribadi" ni..

    BalasPadam
  2. buat dosa lepas tu beli surat pengampunan. memang hal ada terjadi di eropah suatu masa dulu.

    BalasPadam