Followers

Jumaat, November 20, 2009

Dunia.. dunia.. duniaaa...

Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Aspirasi.. Salam 1 Malaysia..

Saya tertarik dengan laporan berita di akhbar Kosmo hari ini berkenaan dengan "India ada 52 bilinair tetapi 600 juta tiada tandas".

India mempunyai seramai 52 bilionair atau dalam bahasa orang-orang kampung mereka adalah orang yang sangat kaya dan kaya serta kaya sangat.

Manusia terkaya di India ialah Mukesh Ambani. Kekayaan beliau dianggarkan bernilai AS$32 bilion atau RM107 bilion.

Manusia kedua terkaya pula ialah jutawan keluli iaitu Lakshmi Mittal, AS$30 bilion atau RM101 bilion.

Anil Ambani yang juga merupakan adik kepada Mukesh Ambani berada di tempat ketiga dengan kekayaan sebanyak AS$17.5 bilion atau RM59 bilion.

Walaupun mereka agak ramai yang berstatus bilionair dan milionnair, tetapi 55 peratus rakyat India tidak memiliki tandas yang sempurna.

Mereka yang kaya akan terus mengumpul kekayaan. Dengan kekayaan itu mereka akan mendirikan mahligai yang indah-indah tetapi disekeliling mahligai mereka itu dipenuhi dengan rumah-rumah yang uzur atau kita gelarnya sebagai setinggan.

Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus papa kedana..

Alhamdulillah, di Malaysia masih ada insan yang bergelar bilionair tahu asal-usul mereka bermula.

3 ulasan:

  1. Boleh tengok movie Slumdog Millionaire untuk gambaran suasana kemiskinan rakyat di India.

    Boleh baca Senja Di-Jakarta untuk melihat korupsi yang bermaharajalela sehingga meruntuhkan negara. Rakyat miskin dieksploitasi dan diabaikan, yang kaya akan terus kaya dengan wang rasuah.

    Malaysia pun ada. Jangan pertahankan orang macam itu! Tolak keras-keras!

    BalasPadam
  2. india ada ramai org terkaya??? bior beno! aku tgk cte india byk tempat2 org miskin? aku rsa yg kaya org putih la... dorg silap 2... huyo!!!! eh ha! xde tandas! sian btol miskin giler 2! spatutnya org kaya derma la kat org miskin biar sama-sama rasa... adoi... org malysia aku xthu la... tp aku pnh g melawat rumah org billionair dia bg aku rm250 duit raya!! hahahaha mmg pemurah....

    BalasPadam