Followers

Isnin, Disember 27, 2010

1Malaysia pun haram?

Salam.. Salam Sejahtera..

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri tersebut.

Alasan paling munasabah yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Y.B. Ronnie Liu ialah konsep 1Malaysia itu adalah bermotifkan politik dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan berbaur politik.

Rasanya 1Malaysia sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun parti-parti pembangkang di negara ini mengaitkan 1Malaysia perkara-perkara negatif dan penglibatan pihak asing dengan konsep tersebut, tetapi kesemuanya itu sudah di jawab oleh pihak kerajaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sendiri di gantung selama 6 bulan kerana gagal membuktikan tuduhan terhadap 1Malaysia.

Semua orang mampu bercakap apa sahaja tetapi lagi molek jika disertakan dengan bukti. Kalau tak ada bukti nanti kena gantung daripada hadir persidangan dewan..

Kalau iklan macam ni kena tindakan sama tak?


1 ulasan:

  1. biasa la bro...daerah seremban dun nya DAP, jadi aku penah terjumpa kafe yang sama kat town seremban ni...siap pub lagi..hahha. itulah pembangkang, da kering idea...tp itulah realiti orang melayu masih x sedar..selama ni kita jadi kambing hitam utk die orang....pan_nuklear88@yahoo.com

    BalasPadam