Salam.. Salam sejahtera..
Malaysia LEBIH demokrasi berbanding Singapura.
SEMEMANGNYA Malaysia lebih demokrasi jika dibandingkan dengan Singapura.
Semester lepas, seorang pensyarah yang juga 'penasihat' kepada saya seringkali mengungkapkan kata-kata semasa di dalam kuliahnya jika di soal berkenaan demokrasi di Malaysia.
"Malaysia negara setengah tong, tong apa?
Setengah tong taik!!"
Maksudnya negara kita Malaysia ini adalah separa demokrasi.
Demokrasi Singapura pula bagaimana? Taik yang penuh dalam tong?
Sebenarnya demokrasi Indonesia, Filipina, dan Thailand lebih elok berbanding Malaysia. Namun begitu, perlu juga diketahui bahawa demokrasi di Malaysia lebih elok, lebih baik, lebih berperikemanusiaan daripada demokrasi di Singapura.
Cukup sekadar kita fokus kepada kebebasan akhbar.
Media portal yang khabarnya 'bebas' di Malaysia melaporkan bahawa Malaysia berada 10 tangga teratas berbanding Singapura yang di perintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP). PAP mempunyai hubungan 'persaudaraan' dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Malaysia.
Musim-musim pilihan raya di Singapura bolehlah diibaratkan sebagai sepi. Hal ini dikatakan sendiri oleh pensyarah saya yang pernah belajar di sana. Pemerintah di sana bukan sahaja mengawal media arus perdana seperti mana di Malaysia, malahan turut mengawal internet.
Berbeza di Malaysia. Internet di Malaysia bebas digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menyalurkan berita-berita alternatif kepada rakyat.
Di Singapura juga, deposit calon pilihan raya juga telah dinaikkan sehingga $16,000 dollar Singapura. Peningkatan deposit itu telah menyebabkan Singapura menjadi negara paling tinggi deposit untuk calon pilihan raya.
Singapore’s People’s Action Party (PAP)-dominated politics are increasingly being contested online and over social media like blogs, Facebook and Twitter. Pushed by the perceived pro-PAP bias of the mainstream media, Singapore’s opposition parties are using various new media to communicate with voters and express dissenting views. Alternative news websites, including The Online Citizen and The Temasek Review, have won strong followings by presenting more opposition views in their news mix.
Sebelum terlupa, ucapan tahniah kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kerana berjaya menang tanpa bertanding untuk terus berada di Parlimen Singapura.
Mungkin Menteri Mentor tidak membaca blog saya ini. Tapi kalau ada suku sakat mereka yang membaca sampaikanlah ucapan tahniah saya ini kepadanya. Teringat cerita Hantu Kak Limah.
Di Malaysia pemimpin di pihak parti pemerintah tidak boleh memimpin dan berkuasa sebegitu lama seperti mana di Singapura. Jika tidak, akan dijadikan isu oleh parti-parti pembangkang. Padahal pemimpin-pemimpin parti pembangkang di Malaysia kebanyakkan sudah tua dan perlu dibersarakan. Ada juga yang menjadikan parti-parti itu sebagai dinasti keluarga. Mungkin berlandaskan konsep negara seberang tambak itu.
Suka atau pun tidak, demokrasi Malaysia lebih elok jika dibandingkan dengan Singapura.
Persoalannya, adakah kebebasan media atau akhbar akan dipraktikkan jika parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional?
Jika benar Pakatan Rakyat menyokong kebebasan media, mengapa ingin memboikot Utusan Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan