Followers

Ahad, Jun 12, 2011

Merepek seketika..

Salam.. Salam sejahtera..

Merepek seketika. Lama tidak menaip diruangan ini, maklum sajalah blog rojak seperti ini pun mendapat pantauan daripada pihak-pihak tertentu.

Siapakah yang memantau? Hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu.

"Merepek!!", reaksi pertama saya apabila mengetahui blog ini di pantau oleh pihak-pihak tertentu.

Daripada mana saya tahu mengenai perkara ini? Tidak perlu saya jelaskan di sini.

Hujung tahun lepas hanya sekadar 'bisik-bisik' kedengaran. Baru-baru ini saya telah dapat mengesahkannya.

Maaf kepada sesiapa yang tersinggung disebabkan penulisan (penaipan) saya di sini.

Sebenarnya saya terlupa, saya terlupa saya adalah seorang berketurunan Banjar yang merupakan salah satu suku dalam rumpun Melayu.

Orang Melayu di negara tercinta ini tidak boleh menimbulkan sebarang perkara yang menjurus ke arah 'perkauman' walaupun hanya merujuk kepada MELAYU sahaja.

Bangganya jika menjadi seperti NAMEWEE....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan