Salam dan salam sejahtera.
Kehangatan laporan oleh Ketua Audit Negara telah berjaya mengatasi Belanjawan Negara 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.
Tan Sri Ambrin Buang selaku Ketua Audit Negara telah memperincikan laporan penuh mengenai pengurusan kewangan dan aktiviti serta pengurusan syarikat subsidiari badan berkanun persekutuan bagi tahun 2010.
Di sini saya nyatakan sedikit ringkasan audit tahun 2010 negara kita yang tercinta,
KEMENTERIAN PELAJARAN
RM160.7 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer. Namun sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.
Kes di negeri Sabah suatu ketika dahulu, makmal dan komputer telah tersedia tetapi elektrik tiada.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
- Rak akhbar dan majalah : RM1,445.00
- Ubahsuai katil : RM950.00
- Katil bujang : RM700.00
- Kerusi plastik : RM761.00
- Meja kayu kecil : RM950.00
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
- 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
- Makanan tamat tempoh.
- Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)
Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga pasaran.
- Laptop dan pencetak dengan harga RM11,845.00 berbanding harga pasaran RM3,428.00 : 246% lebih mahal.
- LCD TV dan DVD Player dengan harga RM16,100.00 berbanding harga pasaran RM2,182.00 : 638% lebih mahal.
- Radar X-Band dengan harga RM47,725.00 berbanding harga pasaran RM8,255.00 : 478% lebih mahal.
- Bushnell Binocular dengan harga RM56,350.00 berbanding harga pasaran RM2,827.00 : 1893% lebih mahal.
- Marine Binocular dengan Harga RM56,350.00 berbanding harga pasaran RM1,940.00 : 2805% lebih mahal.
- Walkie-Talkie dengan harga RM4,324.00 berbanding harga pasaran RM1,561.00 : 177% lebih mahal.
JUMLAH KERUGIAN ADALAH SEBANYAK : RM172,501.00
Peralatan tidak mengikut spesifikasi kontrak :
- Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM11,553.00 - beri enjin 2 stroke RM6,549.00 : Rugi RM5,396.00
- Peti sejuk : Kontrak peti sejuk jenis Panasonic RM1,299.00 - beri peti sejuk jenis Mtisubishi RM629.00 : Rugi RM670.00
- Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM6,955 - beri dapur TAIYO RM2,110.00 : Rugi RM4,855.00
- LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM16,100 - beri jenama Philips RM195.00 : Rugi RM15,905.00
- GPS : Kontrak jenama SAMYUNG RM5,080.00 - beri jenama FURONO RM1,055 : Rugi RM4,025.00
- CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5,750.00 - beri jenama Belco RM640.00 : Rugi RM5,110.00
- Laptop dan printer : Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518 RM11,945.00 - beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM2,137.00 : Rugi RM9,808.00
MAJLIS SUKAN NEGARA
MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara rundingan terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.
KEMENTERIAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Sebanyak RM110.67 juta intensif tidak berbayar kepada 73,291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.
Di atas ini hanyalah beberapa perincian sahaja dan tidak melibatkan kesemua jabatan kerajaan.
Namun begitu, janganlah kerana terdapat kecacatan dan kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di atas ini akan melenyapkan kejayaan dan integriti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Bukanlah saya hendak menyebelahi kerajaan persekutuan, tetapi sebagai rakyat yang rata-rata dalam kalangan kita adalah berpelajaran, seeloknya tidak menyalahkan kerajaan persekutuan sepenuhnya. Pihak yang sewajarnya bertanggungjawab untuk menjawab setiap permasalahan yang berlaku seperti di atas itu adalah ketua atau pengarah-pengarah di setiap jabatan. Bagi kementerian di atas, saya rasa Setiausaha Kementerianlah yang sewajarnya bertanggungjawab.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri mungkin tidak mengetahui ketirisan atau kebocoran yang berlaku sebegitu banyak. Pihak yang bertanggungjawab adalah individu atau kumpulan urus tadbir yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sesebuah organisasi.
Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama jujur dengan diri sendiri untuk tidak mengambil kesempatan jika sekiranya mendapat kontrak membekalkan peralatan-peralatan seperti yang dinyatakan di atas.
Tahniah kepada kerajaan persekutuan kerana tidak menyembunyikan 'sampah di bawah permaidani' (sembunyikan hal-hal yang tak elok).
Keberanian kerajaan pimpinan Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan tidak menyembunyikan fakta sebenar sewajarnya dipuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan