Followers

Ahad, Ogos 23, 2009

Dia betul atau guru agama saya yang salah?

Tahun ini InsyaAllah Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52. Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 manakala gagasan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963.


Suruhanjaya Reid dibentuk bagi membuat Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan merupakan Undang-undang Tertinggi Malaysia. Hal ini secara jelas dapat dilihat kerana SPB Yang Di-Pertuan Agong sendiri berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka rupanya masih ada individu yang tidak memahami perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas dinyatakan bahawa ISLAM adalah AGAMA RASMI Persekutuan Malaysia dan agama-agama lain bebas diamalkan. Apa yang menjadi kemusykilan di sini ialah wujud individu-individu yang masih JAHIL @ BODOH mengenai perkara ini. Mereka secara jelas menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.


Penghinaan terhadap Islam jelas dilihat apabila terdapat pihak yang mempertikai laungan azan subuh dan tazkirah pagi pada hari minggu di masjid. Kemudian terdapat juga pihak yang cuba menggunakan wang kutipan zakat untuk urusan pentadbiran negeri. Selain itu terdapat juga pihak yang menggalakkan penjualan arak di kawasan Melayu Islam. Walaupun arak-arak di kawasan tersebut telah dirampas tetapi kemudian arak-arak tersebut telah dikembalikan semula penjualannya.


Apa yang cukup menarik di sini ialah Islam juga telah dihina secara jelas apabila salah seorang pemimpin politik secara terbuka menghina Islam. Saya rasa tidak perlulah saya nyatakan perkara tersebut disini. Saya begitu tertarik dengan ulasan daripada Menteri Besar Kelantan YAB. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS apabila beliau mengulas perkara berkaitan penghinaan terhadap Islam oleh orang bukan Islam. Tok Guru kata orang bukan Islam tak tahu apa-apa mengenai Islam sebab tu dia hina Islam, orang Islam yang menolak Islam tu sebenarnya lebih menghina Islam. (Ini sedikit mengenai kenyataan beliau).


Bila saya dengar kenyataan daripada Ulama’ Besar Kelantan ni saya teringat satu iklan mengenai pendidikan di jalanraya oleh seorang kanak-kanak di radio, “Orang ramai betul atau cikgu saya yang salah?”. Saya nak tukar sikit ayat tu, “Tok Guru betul atau Guru Agama saya yang salah?”. Mengikut tafsiran daripada orang ramai kenyataan Tok Guru tu boleh ditafsirkan bahawa jika seseorang tu jahil mengenai Islam maka dia boleh menghina Islam. Saya agak tertarik dengan kenyataan Tok Guru. Saya begitu kagum dengannya. Hari ini saya nak mengaku bahawa setelah berumur lebih 21 tahun saya sebenarnya agak jahil mengenai agama Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, jadi adakah saya boleh menghina agama-agama tersebut? Guru Agama dan atok saya sendiri mengajar saya supaya menghormati penganut dan agama lain. Baginda Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita menghormati penganut dan agama lain.


Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka adakah mereka begitu jahil mengenai Islam? Guru saya mengajar saya supaya tidak memanggil orang bukan Islam dengan panggilan ‘KAFIR’. Hal ini kerana mereka ‘mungkin lebih Islam’ berbanding kita yang Islam. Saya mempunyai kawan bukan Islam tetapi dia begitu memahami mengenai Islam dan menghormati saya dan rakan-rakan Islam lain.


Tok Guru begitu berani menyatakan bahawa Islam yang diamalkan oleh UMNO adalah Islam palsu, dan tidak akan masuk syurga. Saya insan yang jahil di sini ingin menyatakan bahawa saya tak setuju dengan pendapat Tok Guru. Saya begitu hormat dengan Tok Guru. Syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T.


Adakah Islam yang diamalkan oleh PAS itu benar-benar Islam? Bagaimana pula Islam yang ada pada PKR? Adakah Islam itu pada mulanya dimulakan dengan Nama Allah S.W.T dan kemudian disusuli dengan maki hamun terhadap individu-individu yang tidak sependapat dengan perjuangan politik? Adakah Islam itu membolehkan kita menghina raja dan pemerintah? Adakah Islam itu membolehkan kita menggelar seseorang dengan gelaran yang menjijikkan?


Sebagai orang Islam saya betul-betul malu apabila melihat terdapat orang yang berceramah memakai kopiah dan serban tetapi memanggil bekas mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai ‘Bapak Setan’. Hal ini adalah perkara yang amat memalukan. Terus terang

saya katakan disini kalau ikut pemikiran saya yang tak rasional saya akan pukul kepala penceramah tu supaya kopiah dan serban dia tanggal. Tapi tak elok main-main kepala ni. Begitu juga dengan penghinaan terhadap mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Asri dan Tan Sri Harussani yang ‘membelasah’ kerajaan BN tetapi BN menerima dengan terbuka. Hal ini begitu berbeza dengan PAS, mereka menempelak teguran yang dibuat oleh kedua-dua tokoh ini seolah-olah hanya mereka saja yang betul.


Saya menghormati Tan Sri Harussani Zakaria bukan sahaja kerana beliau seorang mufti dan ulama’, tetapi sebagai Kulaan. Banyak kenyataan berani beliau terhadap kerajaan dikeluarkan berlandaskan ajaran Islam. Begitu juga dengan Dr. Asri yang sememangnya berani mengeluarkan hujah berserta fakta. Saya mengenali salah seorang rakan Dr. Asri di Batu Pahat yang sememangnya mempunyai pemikiran kritis sama seperti Dr. Asri. Rakan Dr. Asri adalah guru saya yang banyak mengajar mengenai Islam. Walaupun ilmu yang diajar adalah ‘ilmu kolot’ (ajaran ikut kitab lama) tetapi Islam adalah agama yang sesuai untuk setiap zaman.


Sebagai insan yang jahil mengenai Islam saya masih perlu belajar mengenai Islam. Setakat hari ini saya masih belum menemui dalam Al-Quran dan kitab yang mengatakan bahawa undi PAS masuk syurga, undi UMNO masuk neraka. Yang saya jumpa cuma kita akan masuk syurga dengan RAHMAT ALLAH. Walau sempurna mana pun solat kita, andainya amal jariah kita tinggi melangit tapi kalau tiada rahmat Allah tidak ke syurgalah kita.


Apabila seseorang itu mempunyai ilmu Islam maka ia akan dapat mengetahui atau membezakan perkara yang hak dan perkara yang bathil. Perkara yang benar adalah pahit untuk diterima.


Berfikirlah secara waras. Rasional dan bukannya emosional.


*Syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah S.W.T, bukannya milik individu.

Isnin, Ogos 10, 2009

6 dan 9 Ogos 1945..

Bom Atom

Hiroshima dan Nagasaki

Perkara ini sepatutnya ditulis pada 6 dan 9 Ogos bagi mengenang peristiwa 64 tahun pengguguran bom atom yang telah menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Atas faktor kesihatan maka terlupalah saya akan peristiwa tersebut. Sebenarnya kisah sejarah akan selalu bergerak mengikut zaman dan sentiasa relevan.

Abraham
Lincoln ada berkata, orang tidak dapat lari daripada Sejarah. Bung Karno tegaskan bukan saja tidak mungkin orang lari daripada sejarah, tetapi jangan sekali-sekali kita meninggalkan sejarah. Apa yang sebaiknya dilakukan oleh generasi berikutnya, dan berikutnya bukan saja tidak melupakan sejarah, tidak pula sekadar jangan meninggalkan sejarah, tetapi mesti berdialog dengan sejarah...

Apa pun kita semua tahu mengenai sejarah gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tak perlulah saya ulanginya lagi..

Cuba kita fikir sejenak, kenapa bom atom digugurkan di Jepun? Kenapa tak digugurkan di Jerman? Mereka mengatakan terpaksa gugurkan bom atom supaya Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke-2 tapi kenapa tidak gugurkan bom atom di Jerman? Adakah sebab agama? Budaya? Entahlah..

Beratus ribu nyawa maut sebab bom atom tu, beratus ribu nyawa juga terpaksa menanggung kesan radiasi uranium bom atom tu..

Cuba bayangkan kita semua berada di Hiroshima dan Nagasaki masa tu, seperti mana ayahanda Naib Canselor (USM) kita. Masa tu cuma ada dua pilihan sahaja iaitu Hidup ataupun Mati..

Itulah tindakan paling bodoh pihak Barat untuk menamatkan Perang Dunia ke-2..

21 tahun dalam kezaliman???

Bagaimanakah caranya untuk kita tidak membincangkan isu berkaitan perkauman? Menurut sesetengah pihak isu berkaitan perkauman cukup sensitif.

Suka ataupun tidak isu perkauman akan terus diperkatakan. Salah satu punca tercetusnya isu ini ialah parti politik yang berasaskan kaum. Banyak pihak khasnya golongan cerdik pandai yang berstatus pendidik mahupun mahasiswa mengaitkan parti-parti politik berasaskan kaum adalah penyebab wujudnya masalah perkauman.

Rakan saya mengatakan UMNO pendokong kuat kepada perkauman kerana hanya mementingkan Melayu sahaja. Begitu juga MCA yang bercakap hanya mengenai kepentingan orang Cina dan MIC yang dipelopori Singa Tuanya yang kepatahan taring hanya bercakap mengenai orang India sahaja. Suka ataupun tidak inilah kenyataan sebenarnya. UMNO, MCA dan MIC diwujudkan untuk menyatukan kaum masing-masing. Sememangnya UMNO parti khas untuk orang Melayu/Bumiputera. Akan tetapi kita kena sedar bahawa UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam satu organisasi iaitu Barisan Nasional bagi menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.

Ramai juga kawan saya mengatakan bahawa BN kerajaan yang zalim. Ayahanda saya pernah terlibat melawan Dr. Mahathir dalam UMNO pada tahun 1988. Ayahanda saya meletak jawatan sebagai guru disebabkan berbeza ideologi dengan BN dan menyertai Parti Semangat 46. Kadangkala saya berfikir tindakan yang dilakukan oleh ayahanda saya adalah tindakan yang bodoh tapi dia ada prinsip iaitu tak nak maki hamun kerajaan tapi ambil gaji dari kerajaan jugak.

52 tahun BN memerintah Malaysia. Saya dilahirkan pada tahun 1988 bererti dah lebih 21 tahun saya merasai pemerintah BN. Saya lebih gemar kepada pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tegas dan tiada dasar yang 'sekejap ada, sekejap tiada'.. Sebenarnya tiada yang zalim pada pemerintahan BN kecuali undang-undang dari penjajah iaitu ISA yang tiada bicara untuk tahanannya, dan mungkin undang-undang lain yang dirasakan terlalu mengongkong mereka yang ingin membuat kacau.

Walau apa pun saya cukup bersyukur berada di Malaysia, kalau diberi peluang saya ingin kekalkan pemerintahan yang sedia ada tapi ini mungkin khayalan sahaja kerana tulisan ini mungkin mengundang rasa kurang senang daripada 'haluan kiri'.

Satu baris ayat yang membuatkan saya tertarik ialah "ganti BN kepada PR, ubah kerajaan yang zalim..". Sebenarnya mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Sebagai contoh di Iraq, walaupun Saddam Hussein pemerintah yang kejam dan diktator tetapi dia berjaya menjadikan Iraq sebagai negara yang kaya raya, aman dan membangun. Saddam juga berjaya menjadikan Iraq digeruni musuh khasnya Israel. Tetapi apabila sesetengah rakyat Iraq inginkan perubahan maka Iraq berjaya diubah dengan kejatuhan Saddam, tetapi apa yang berlaku pada hari ini? Yang berlaku adalah kekacauan dan perang saudara di Iraq. Adakah ini yang akan berlaku di Malaysia? Entahlah..

Tidak dapat dinafikan bahawa PKR dan DAP parti berbilang kaum. Tetapi adakah mereka benar-benar memperjuangkan nasib semua kaum? Belum nampak lagi.. PKR dan DAP bercakap soal bangsa Malaysia dan mempertikai konsep Satu Malaysia.
Saya pelik, kenapa PKR dan DAP tidak mencadangkan kepada kerajaan BN supaya memansuhkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).. Melentur buluh biarlah dari rebung. Didiklah anak-anak dari kecil mengenai hubungan antara kaum sejak sekolah rendah lagi. Tutup semua jenis sekolah tu dan wujudkan Sekolah Wawasan. DAP parti yang mula-mula bantah mengenai Sekolah Wawasan tapi mereka sibuk nak hak yang sama rata.

*Berani kritik berani tanggung..

7 Wasiat Raja Melayu..


Pada 5 Ogos yang lepas Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khasnya orang Melayu tentang 7 wasiat Raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah :
  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Apa yang sangat mengecewakan ialah selepas Dr. Nazrin Shah memberitahu rakyat jelata mengenai wasiat ini banyak pihak khasnya mereka yang 'derhaka' telah menempelak Raja Muda. Mereka mengatakan Raja Muda hanya bersandiwara. Kita perlu tahu disini bahawa Raja dan Sultan tidak terlibat dalam politik kepartian. Mereka yang gemar mempertikai adalah golongan yang cetek pemikiran serta tandus ilmu tawarikh.

Ahad, Ogos 09, 2009

Fikirkan Sejenak..


Sebenarnya dah lama nak masukan post ni, tapi ada masalah sikit dengan maxisbroadband ni.. Maklum la tak bayar bil.. Ini berkaitan dengan demonstrasi di Kuala Lumpur masa 1 Ogos lepas yang membuatkan Kuala Lumpur lumpuh..bukannya Kuala Lumpur berlumpur tapi lumpuh tau..

Kat bawah ni ada keratan surat pembaca yang di ambil dari surat khabar milik UMNO iaitu Utusan Malaysia.. Nak ambil dari Harakah, Suara Keadilan & Malaysiakini macam kurang menarik jadi ambil dari Utusan la..

Kalau tak nak fikir lama-lama anda fikirlah sejenak..


Tukar lokasi perhimpunan haram ke Petaling Street, Brickfields

PERASAAN marah saya kepada penyokong perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA masih belum reda. Sakit hati melihat sikap umat Melayu/Islam yang beria-ia menunjuk perasaan Sabtu lalu.

Peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Jalan Masjid India, Jalan Tun Perak terpaksa tutup kedai. Habis rosak rancangan saya untuk membeli-belah di sana bersama isteri dan anak-anak.

Bukan sahaja banyak kedai dan gedung beli-belah menutup premis mereka, lebih teruk lalu lintas pun sesak.

Semuanya kerana tunjuk perasaan. Dan buat kali kedua saya lihat Melayu Pas, Melayu PKR jadi kuda tunggangan DAP dan Hindraf.

Selepas ini kalau Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) berhajat mengadakan perhimpunan, pastikan lokasinya bukan di tempat banyak orang Melayu berniaga. Cuba GMI buat perhimpunan haram di Petaling Street atau Brickfields.

Bertempik, berpekik dan menjeritlah di Cina Town atau di Little India itu pula supaya adil.

Kalau asyik-asyik tempat yang sama, Kampung Baru, Kompleks Beli-Belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara, macam mana orang Melayu nak berniaga? Kalau diteruskan di sana, dan hanya orang Melayu yang menyertainya, nampak sangat orang Melayu diperkudakan.

Kalau benar demonstrasi itu disokong oleh semua kaum seperti yang didakwa oleh pemimpin pembangkang, kenapa orang Melayu sahaja yang nampak beria-ia menyertainya?

Umum mengetahui demonstrasi desak mansuhkan ISA itu merupakan perjuangan DAP dan Hindraf. Tetapi pada Sabtu lalu, ke mana hilangnya penyokong Cina DAP dan India Hindraf?

Jangan marah kalau penunjuk perasaan Melayu terbabit dikatakan sudah kena cucuk hidung seperti lembu oleh pihak tertentu.

Kalau berani, berdemonstrasilah di Petaling Street, Bukit Bintang, Brickfields atau di kawasan peniaga bukan Melayu.

Cuba kita buka mata, kenapa setiap kali perhimpunan haram bermula zaman ‘reformasi’ lagi ia mesti diadakan di sekitar kawasan Jalan TAR dan Masjid Negara.

Kenapa pilih lokasi-lokasi yang sememangnya menjadi tumpuan orang Melayu dan peniaga kecil Melayu sahaja? Salahkah kalau dikatakan memang Melayu telah diperkudakan?

Gombak Selangor..

Rabu, Ogos 05, 2009

Hari Pahlawan..Tugu Negara



Sempena Hari Pahlawan 31 Julai yang lalu..

"Perbuatan mana-mana individu Muslim sama ada pemimpin mahupun rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan".

Ini merupakan kenyatan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap upacara kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan yang diadakan setiap 31 Julai.

Istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara dikatakan sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.

Dr. Asri ada mengatakan bahawa perbuatan seperti itu seakan-akan menjadikan tugu berkenaan seperti berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak ada sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan Musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberi manfaat kepada keamanan, kedamaian roh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang nyata".

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapapun sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan kembali kepada Islam yang sebenar," kata Dr. Asri.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.

(Petikan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Apa Nak Jadi Ni..?

Minggu lepas hamba balik ke Johor untuk uruskan beberapa perkara dan hamba ada berjumpa dengan kawan hamba yang sedang bercuti sebab IPTA dia tengah cuti masa tu.. Cuti sebab kena serang dengan virus paling cemerlang iaitu Influenza A..

Dalam sesi perjumpaan tu, kawan hamba ada cerita hal kawan2 dia yang sama2 menyewa rumah..maklum la IPTA tempat dia belajar kurang asrama untuk pelajar. Dia mengadu kat hamba mengenai kawan2 dia yang minum arak kat rumah tu, dah la yang minum arak tu orang Melayu, bila sebut Melayu insyaAllah Islam..kawan hamba cakap dia dah tegur semua perbuatan kawan2 dia yang sama2 menyewa kat rumah tu, tapi umpama menyiram air kat daun keladi (eehh peribahasa lagi)..

Sebagai orang Islam kita dah di ajar bahawa arak tu adalah haram bagi kita untuk meminumnya, tapi kenapa ada yang masih minum? Tak ada minuman lain lagi ke? Walau setitis kita minum air syaitan tu segala amalan kita tak diterima selama 40 hari..cuba bayangkan berapa banyak titis air dalam tin Carlsberg kat atas tu..

Apa yang merunsingkan kawan hamba tu sebenarnya dia takut terjebak sama dengan perkara2 macam tu.. Dia terpaksa menyewa dengan kawan2 sebab tak dapat kolej, kawan hamba yang sorang lagi dah cabut keluar dari rumah tu sebab tak tahan dengan ragam 'generasi muda alaf baru' tu.. Terpaksa duduk secara haram kat bilik kawan..

Satu cerita yang agak menarik ialah kawan2 dia yang sama2 menyewa tu sampai ada bagi cadangan nak bawak balik awek ke rumah tu, ni lagi dahsyat..bila dah minum arak maka akal dah tak boleh nak fikir apa2 lagi, takut jadi macam2 pulak.. Tak tahu la apa program depa nak buat bila bawak awek balik rumah sewa tu..

Inilah perkara yang amat merunsingkan kepala otak kawan hamba tu.. Hamba bagi cadangan kat dia gunalah segala 'kabel' yang ada kat U tu supaya iman dia dapat diselamatkan..bukan apa kita kena bertindak sebelum terlambat..

Anak2 muda sekarang ni makin ramai yang minum arak..kenapa? Adakah arak ni terlalu murah? Adakah disebabkan kurangnya didikan agama? Ataupun terpengaruh dengan rakan2 sebaya? Entahlah..

Kita sedia maklum bahawa arak adalah ibu segala kejahatan.. Seseorang itu boleh mencegah diri daripada melakukan maksiat dan pembunuhan, tetapi jika seseorang itu minum arak maka akalnya akan dikuasai oleh syaitan dan tak dapat berfikir secara waras.. Masa tu jugaklah nafsu akan meguasai diri dan terjadilah maksiat dan tidak mustahil akan berlaku pembunuhan..

Apa nak jadi ni..

Isnin, Ogos 03, 2009

Main Baling Batu, Tangan Tiada..

Tangan siapakah ini? Entahlah Pak Belalang..

'Baling batu sembunyi tangan'.. Agak cantik peribahasa ini, pandai orang-orang dulu mereka ayat ini. Maaflah kali ini hamba ingin menulis dengan gaya penuh skema mengikut bentuk karangan bentuk bebas..

Orang kata bila kita sanggup mengeluarkan idea maka kita kena sedia untuk dikritik, sama ada kritikan itu hadir daripada sekutu mahupun seteru kita wajar menerimanya dengan hati yang terbuka. Buang perasaan negatif terhadap kritikan yang dilempar terhadap idea-idea kita..

Bila kita dikritik oleh orang yang sama adakah kita yang bersalah atau orang yang mengkritik itu mempunyai masalah?

Penulis buku politik ada menyebut bahawa "berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik". Tapi kalau asyik berbeza dan tiada yang sependapat pun susah juga..

Setiap insan yang bergelar warganegara di Malaysia ini mempunyai hak untuk bersuara, hatta mereka orang bisu pun mereka ada hak untuk melontarkan bantahan terhadap apa yang mereka tidak puas hati.. Salah satu bentuk bantahan itu ialah menulis di blog. Hal ini sudah menjadi satu tabiat kepada anak-anak muda masa kini.

Suka atau tidak kita kena mengakui kuasa blog-blog ini terhadap situasi sekeliling.. Sememangnya diakui bahawa banyak juga blog yang dibuat hanya untuk melepaskan geram tetapi adalah lebih indah sekiranya si penulis blog itu menunjukkan identitinya supaya berani menghadapi kesan akan penulisannya itu..

Sememangnya kritikan tidak dapat dielakkan..Hal ini kerana sebagai manusia kita mempunyai akal untuk berfikir dan nafsu juga selalunya menguasai akal. Apabila nafsu menguasai akal maka berlakulah seperti mana yang dikatakan sebagai tindakan 'MEMBABI BUTA'.

Hamba sendiri pernah ditegur oleh rakan hamba di UiTM supaya jangan meletakkan identiti hamba yang sebenar di blog ini, tetapi pada hamba lebih elok kita berani menghadapi cubaan dan dugaan dengan apa yang kita lakukan ini..

Jangan baling batu terhadap orang lain dan kemudian sembunyikan tangan di dalam poket.. Ingatlah kita semua sedang berada di dalam rumah kaca, jika kita baling batu terhadap orang lain maka orang itu juga akan membaling batu terhadap kita.. Masa itu habislah pecah rumah kaca kita..

"Pecah kaca pecah gelas, dah baling batu jangan pula sembunyi tangan dalam beg galas.."

*Dah lama tak buat ayat macam ni..

Ahad, Ogos 02, 2009

1 Ogos 2009 Kuala Lumpur Lumpuh..


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.

Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.

Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.

Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.

(Mingguan Malaysia)

Jadi jugak puak2 ni buat demonstrasi bantah ISA..ada 2 puak yg buat demo ni, 1 puak bantah ISA & 1 lagi sokong ISA..tapi puak yg sokong ISA ni batalkan demo dia orang waktu tu jugak & cuma hantar wakil ke Istana Negara untuk serahkan memorandum supaya ISA dikekalkan..cuma puak 1 lagi ni yg dah buatkan Kuala Lumpur lumpuh sepenuhnya..

Demonstrasi ni bagus sebab menunjukkan Malaysia sebagai negara yg demokrasi tapi yg tak eloknya demo ni ialah para peniaga yg cari makan kat tempat2 tu rugi besar masa tu..kita tengok je la peniaga pasar kat Jalan Masjid India, Pasar Seni, dekat2 Sogo & lain2 tempat, dia orang peniaga2 ni mengeluh sebab rugi besar hari tu..peniaga2 kain yg tak ikut demonstrasi pun kena sembur dengan air, habis kain2 dia orang basah.

Dalam hal ni polislah yg salah sebab main sembur je habis semua barang2 niaga para peniaga rosak..tapi dalam sudut yg lain pihak penganjur demonstrasi tu yg salah..tak ada tempat lain ke dia orang nak buat demo tu? kita tengok kat tv para peniaga mengeluh sebab cuma hari sabtu je dia orang dapat berniaga kat tempat tu,hari2 lain dia orang tak berniaga..kita tengok betapa sedihnya seorang wanita sebab barang niaga dia rosak / pecah, rugi besar dia hari tu..yg berniaga kat tempat2 tu bukan orang2 kaya..sungguh pelik perangai dia orang ni..

Kerajaan dah bagi jaminan ISA akan dikaji semula.. Setakat hari ni DS Najib dah tunaikan janji2 dia, sabarlah weh..kita tengok je la nanti sama ada ISA dikekalkan atau dimansuhkan atau dibuat undang2 baru..

Kenapa mesti buat demonstrasi jalanan? menyusahkan orang ramai..para peniaga kerugian,banyak orang tersekat kat jalanraya..penganjur demo tu betul2 tak berakal!!

Baca semula post hamba mengenai ISA ni..

Pakatan Rakyat dah kuasai negeri yg kaya, buatlah demo tu kat dalam stadium Shah Alam..Pelik & jelik..

Bantahan terhadap ISA merupakan mereka yg takut terhadap bayang2 sendiri..buat apa nak takut kalau kita tak bersalah..

Pendirian hamba ISA dikekalkan & buat rombakan semula supaya tak nampak kejam terhadap pembangkang..telu dadar atau telur goreng diharamkan kepada tahanan ISA sebab tu macam makanan anjing (Teresa Kok)..bagi peruntukan baru untuk tahanan ISA supaya dapat makanan yg sedap2 & bila kena tahan ISA dia orang tak nak keluar sebab makan sedap..

**Kepada pelajar IPTA, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dah cakap semalam tindakan keras akan diambil terhadap pelajar yg ikut sama dalam demonstrasi tersbut.. Berani buat beranilah tanggung, jangan cakap kerajaan zalim pulak lepas ni, amaran dah dibagi tau sebelum ni.. AUKU..