Followers

Isnin, Ogos 10, 2009

7 Wasiat Raja Melayu..


Pada 5 Ogos yang lepas Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan rakyat khasnya orang Melayu tentang 7 wasiat Raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah :
  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Apa yang sangat mengecewakan ialah selepas Dr. Nazrin Shah memberitahu rakyat jelata mengenai wasiat ini banyak pihak khasnya mereka yang 'derhaka' telah menempelak Raja Muda. Mereka mengatakan Raja Muda hanya bersandiwara. Kita perlu tahu disini bahawa Raja dan Sultan tidak terlibat dalam politik kepartian. Mereka yang gemar mempertikai adalah golongan yang cetek pemikiran serta tandus ilmu tawarikh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan